Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Cuti bersalin 90 hari


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
Cuti bersalin 90 hari


Sebanyak 119 negara di dunia kini menetapkan cuti bersalin untuk wanita
tidak kurang daripada 12 minggu iaitu tiga bulan atau lebih.


Namun 16 buah negara pula memberi cuti bersalin sehingga 14 minggu atau
tiga bulan setengah yang bersamaan 105 hari, iaitu tempoh maksimum yang
ditetapkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).


Begitupun Malaysia yang sedang menuju status negara maju adalah antara 31
buah negara di dunia yang memberi pelepasan kerja bergaji kepada wanita
yang melahirkan bayi. Para ibu di negara ini diberi cuti bersalin 60 hari,
kurang daripada tempoh minimum yang ditetapkan ILO iaitu sekurang-kurangnya
12 minggu atau 90 hari.


Ini bermakna, anak-anak yang dilahirkan di Malaysia hidup dan membesar
tanpa makanan susu ibu, belian dan kasih-sayang ibu sepenuhnya.


Sedangkan tanggungjawab ibu bapa ke atas bayi yang dilahirkan begitu jelas
sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam mafhum-Nya, "Para ibu hendaklah
menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin
menyempurnakan penyusuan. Dan kewajipan ayah memberi makan dan pakaian
kepada para ibu dengan cara makruf. Seseorang tidak dibebani melainkan
menurut kadar kesanggupannya.


Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan kerana anaknya dan seorang
ayah kerana anaknya, dan waris pun berkewajipan demikian. Apabila keduanya
ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan
permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin
anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu
memberikan pembayaran menurut yang patut...(al-Baqarah: 233)


Dr. Wahbah al-Zuhaily dalam tafsirannya mengenai ayat ini berkata, hukum
menyusu (memberi susu ibu) secara umumnya adalah sunat ke atas seseorang
ibu.


Namun, ia menjadi wajib jika anak enggan menyusu dengan orang lain (ibu
susuan) atau bapa tidak mampu menyediakan penyusu (ibu susuan) kerana
miskin atau sebagainya.


Imam Malik bagaimanapun berpendapat, kerja menyusukan anak adalah
tanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh ibu yang melahirkannya selagi ia
tidak bercerai atau anak tidak mahu menyusui dengan orang lain.


Malah kata Dr. Wahbah lagi, ibu-ibu yang enggan menyusui anak kerana ego
atau alasan menjaga kecantikan dan kesihatan adalah berlawanan dengan
fitrah wanita (ibu) serta telah mengabaikan keutamaan ke atas anak (Tafsir
Al-Munir Juz 2; ms:466).


Kesimpulannya seseorang ibu perlu sentiasa di sisi bagi membelai dan
memberi kasih sayang serta penjagaan sepenuhnya ke atas bayi yang
dilahirkan sehingga usianya dua tahun.


Pensyarah Jabatan Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof.
Madya Datin Noor Aziah Mohd. Awal berkata, cuti bersalin pekerja wanita
negara ini bukan lagi isu mereka perlu rehat panjang kerana bersalin tetapi
ia membabitkan isu modal insan negara untuk jangka panjang.


Pengorbanan


"Bersalin adalah pengorbanan terbesar daripada seorang wanita dalam
membantu membangunkan keluarga, ekonomi dan negara. Jadi mereka kena diberi
elaun dan pengiktirafan serta menambah tempoh cuti bersalin adalah hak bagi
seseorang wanita bekerja," katanya.


Beliau berkata demikian semasa mempengerusikan Wacana Wanita yang
membincangkan mengenai 'Patutkah Cuti Bersalin Ditambah' di dewan syarahan
Masjid Negara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Wacana selama tiga jam anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) itu
antara perjuangan Majlis Perundingan Wanita Islam Malaysia (MPWIM) dalam
usaha menuntut cuti bersalin pekerja wanita di negara ini ditambah ke
sekurang-kurangnya 90 hari atau tiga bulan.


Menurut Noor Aziah, jika produktiviti atau tenaga kerja dijadikan alasan
oleh para majikan untuk tidak memanjangkan tempoh cuti bersalin, mustahil
bagi pekerja wanita di setiap agensi cuti bersalin secara serentak dalam
satu masa.


Malah katanya, bersalin adalah pengorbanan terbesar seseorang wanita,
khususnya yang bekerja dalam membantu membangunkan keluarga, ekonomi dan
negara.


"Jadi mereka kena diberi elaun serta pengiktirafan dengan menambah tempoh
cuti bersalin," jelas beliau.


Dalam hubungan ini, ahli psikologi yang juga pensyarah UKM, Prof. Madya Dr.
Khaidzir Ismail berkata, cuti bersalin perlu lebih fleksibel.


"Dalam situasi masa kini, keperluan cuti bersalin perlu lebih daripada dua
bulan barulah modal insan yang dilahirkan itu dapat dijamin baik
kualitinya," katanya.


Ini kerana, menurut Dr. Khaidzir, pembangunan insan berkualiti adalah modal
terpenting untuk menjamin kekuatan ekonomi, negara, masyarakat dan keluarga
bagi jangka masa panjang.


Menurut beliau, sikap terlalu mengejar dan menabur kekayaan wang ringgit
dalam membesar anak-anak bukan sahaja akan merosakkan pembangunan insan dan
sumber manusia akan datang tetapi boleh memusnahkan ekonomi keluarga dan
negara.


Sebab itu tegas Dr. Khaidzir, pentingnya tempoh dua tahun pembesaran bayi
pada peringkat awal, menerima susu ibu dan dibelai serta mendapat kasih
sayang ibu sepenuhnya.


Tiga lagi panel ialah ahli ekonomi yang mewakili Persekutuan
Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Azizah Talib; Presiden Kongres Kesatuan
Pekerja-Pekerja Didalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman dan
Presiden Biro Informasi Penyusuan Dada Malaysia (BIBM), Siti Norjinah Moin.


Wacana itu bagaimanapun hanya dihadiri oleh pekerja wanita di sektor
perkhidmatan awam serta badan bukan kerajaan sahaja.
 

__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????


Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:

Erm..dngr tu..tempoh ct bsalin y pjg bknlah skdar utk memberi peluang kpd wanita berehat tp lbh kpd pembangunan modal insan..sian ank2 kecil dtnggl'n d rmh pengasuh..klu wanita xbkerja, jd s/rmh sepenuh ms..rs'y byk lak y a'n mhadapi krisis ekonomi dlm r'tangga..maklumla eko. skang mkin menekan..

Pn. Mod kt mn?aku rs dia plg sesuai menyokong isu ni!

__________________
Aku IBU si Comel...


Senior Member

Status: Offline
Posts: 362
Date:

aku sokong sgt2!!

wei! nadia ko perasan x yang sekrg ni pn.mod kita mcm senyap je...
kenape ek??


__________________

Siapa Adamku??? 



MODEST

Status: Offline
Posts: 1987
Date:

dalam senyap2 aku ada jugak yg merindu tu... patut la ari ni aku rasa terkinja2 nak bukak gc ni....

lately ni aku busy sesangat .... seangkatan dgn tuan CEO kita jugak.... tp dia busy pasal bnda lain..... aku dok ngadap keja aku yg masih menimbun ni wp bbdk dh abih exam...... tp abih exam pun tak mbenarkan aku merehatkan bdn lgsg wp aku agak tak brape sihat kebelakangan ni.....

berbalik kpd topik di atas kdg2 aku setuju...tp kdg2 tak setuju......

aku setuju sbb boleh cuti lama.... tp tak setuju gak sbb cuti lama2 ni boring gak.... biasa dok ngadap keja ari2 rindu pulak nak membusykan diri.... sepatutnye tak yah cuti bersalin lama2... 6O hari pun dh kira ok..... tp yg tambahan 30 hari lg tu mintak hubby bayar upah balik sebulan gaji ke.... ganjaran penat2 kita bersalin nak gak upah dari dia.... ok apa.....


__________________

aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah



Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:

nur izzati wrote:


wei! nadia ko perasan x yang sekrg ni pn.mod kita mcm senyap je...
kenape ek??




ko tngk kt ats 2,pjg tol..bru sbt je mst muncul..
Pn. Mod ni bz bkn stkt nk jga ank buah dia y b'duyun2 kt kampus tu..tp bz nk menambah warga M'sia jg..

__________________
Aku IBU si Comel...


Senior Member

Status: Offline
Posts: 262
Date:

aku setuju sgt cuti bersalin 90 hari
rindu kat anak tu x de lah ketara sgt.
ni korang tengok yg cuti 60 hari tu kalo keje madang jer lesu sbb rindu kat baby kecik dia.
nanti kene tegur lak sbb produktiviti kurang.
kan kesian kan kaum ibu ni
lg pun, bg lah rehat lebih sikit..
lps bersalin ni byk proses penyembuhan makan masa.


__________________

kita adalah musafir yang mencari-cari hentian terakhir...

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard