" sejahat-jahat manusia pada hari kiamat nanti ialah orang yang bermuka dua. Barangsiapa bermuka dua di dunia maka di hari
kiamat kelak dia akan mempunyai dua lidah dari lidah api neraka jahannam".
Sabda Rasulullah s.a.w lagi:
"tidak akan masuk syurga orang yang suka membesar-besarkan cerita".
Pabila ditanya apa hikmahnya, Baginda s.a.w menjawab:
" sesungguhnya Allah s.w.t telah menciptakan semua makhluk itu mempunyai
lidah, sama ada yang boleh berkata-kata ataupun yang tidak boleh berkata-kata.
Salah seorang sahabat pun bertanya, "kenapa ikan tidak mempunyai lidah?"
Sabda Rasulullah s.a.w:
" Setelah Allah selesai menciptakan Adam a.s. maka diperintahkan sekelian malaikat agar tunduk sujud kepadanya. Semua malaikat patuh pada perintah
itu kecuali iblis laknat. Oleh kerana iblis enggan sujud, maka Allah melaknatnya
serta mengusirnya keluar dari syurga dan dihapuskan rupanya yang elok itu lalu
dihantar iblis itu ke bumi.
Apabila diturunkan ke bumi, iblis terus menuju ke laut. Pertama sekali yang dijumpai
oleh iblis ialah ikan. Iblis pun menceritakan akan keburukan serta kekurangan Adam
kepada ikan, katanya,
"sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuh binatang-binatang yang
ada di lautan dan juga di daratan".
Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu ia pun segera menghebahkannya kepada
binatang laut yang lain berita tentang Adam a.s. Oleh kerana Allah tidak menyenangi
perbuatan ikan inilah lalu dihilangkannya lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan
berita yang tidak sebenarnya.
Oleh itu, marilah kita "jaga" lidah kita supaya tidak hilang seperti lidah ikan.
Berkatalah yang baik, kerana kata-kata yang baik itu adalah sedekah.
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
ooo alhamdullillah.. akhirnye ko hantar juga posting ni amir shah aku ada jumpa kat internet tp x sempat nak copy & letak kat GC. Ko dah buat ni.. time kasih yer.., boleh kita kongsi ilmu ni ramai2
__________________
kita adalah musafir yang mencari-cari hentian terakhir...