Kebanyakkan kita hanya belajar setelah kepala kita kena ketuk! Mengapa? Kerana lebih senang tidak berubah. Jadi kita terus saja buat apa yang kita buat sampai terlanggar tembok. Contohnya, kesihatan kita. Bilakah kita mengubah pemakanan dan mula bersenam? Apabila badan kita sudah teruk. Apabila Doktor berkata : "Kalau tak ubah cara hidup, maknanya mencari maut!" Barulah kita tiba-tiba mahu berubah.
Dalam hubungan - Bilakah selalunya kita menyatakan kasih sayang? Apabila rumah tangga kita hampir runtuh, apabila keluarga sudah dekat porak peranda!
Dalam pelajaran - bilakah kita mula tekun belajar? Apabila kita nyaris gagal.
Dalam perniagaan - bilakah kita mencuba fikiran baru dan membuat keputusan yang sukar? Apabila bil bertimbun tidak berbayar. Bilakah kita akhirnya belajar melayan pelanggan? Setelah semua pelanggan angkat kaki!
Bilakah selalunya kita berdoa? Apabila hidup kita kucar-kacir! "Tuhanku, aku tahu aku dah tak lama berdoa kepada-Mu, sejak kali terakhir ku ditimpa bala.."
Kita mendapat pengajaran terbesar dalam kesusahan. Bilakah anda membuat keputusan terpenting dalam hidup? Apabila anda jatuh menluntut. Setelah di timpa bencana, dilanda kecewa, ditendang di kepala. Ketika itulah hati kecil kita mendesis : "Aku dah bosan hidup sempit, dah jelak ditendang orang. Aku dah jemu jadi orang picisan. Aku nak buat sesuatu." Kejayaan kita sambut. Tetapi tak banyak pengajaran yang kita dapati. Kegagalan pedih - semasa itulah kita terdidik. Diimbas balik, jelaslah bahawa "bencana" membawa perubahan yang baik.
Orang yang berkesan tidaklah mencari masalah, tetapi tertampan dengannya, mereka menyoal: "Bagaimanakah perlu kuubah apa yang kifikirkan dan kulakukan? Bagaimanakah dapat kutingkatkan mutu diriku?" Orang yang menempa kegagalan tidak menghiraukan tanda-tanda yang memberi amaran. Apabila ditimpa bencana, mereka bertanya : "Kenapakah aku ini asyik kena bala saja?"
Kita manusia terikat kepada tabiat. Kita terus saja buat apa yang kita buat sampai kita terpaksa berubah.
Mary ditinggalkan pasangannya Al. Dia patah hati. Berkurung seminggu di dalam bilik tidur. Kemudian, perlahan-lahan, dia menelefon kawan lama dan mendapat kawan baru. Selepas itu dia berpindah rumah dan bekerja di tempat lain. Dalam tempoh enam bulan sahaja dia lebih bahagia dan yakin kepada dirinya berbanding bila-bila masa sebelum itu. Ketika mengimbas kembali, dia sedar bahawa "bencana" kehilangan AL itu sebenarnya kejadian terbaik hidupnya.
Fred dibuang kerja. Dia gagal mendapat kerja lain, lantas membuka perniagaan kecil. Bagi kali pertama dalam hidupnya, dia menjadi "bos" sendiri, dapat buat apa yang betul-betul dia nak buat. Masalah tetap ada, tetapi hidupnya kini ada erti dan keghairahan baru - hasil "bencana" yang menimpa.
JADI, ADALAH HIDUP INI SATU SIRI BENCANA PEDIH?
Tidak semestinya. Jagat sentiasa meningatkan kita dengan isyarat halus. Apabila kita buat tak tahu, diingatkannya dengan belantan. Prose bertumbuh terasa paling pedih apabila kita melawannya.
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
mengapa aku perlu di sakiti dengan cobaan di bulan Ramadhan ini? mengapa aku perlu menghadapi segala rintangan sebelum ku mengecapi kebahgiaan? jika di lihat dengan akal logika, ujian2 dan cubaan itu adalah seksaan semata2. tetapi ku sedar bahwa utk mengotakan jannji ku bahawa aku ini hamba yang beriman, aku perlu menempuh segala dugaan.
"Dia Yang Mematikan dan Menghidupkan untuk menguji siapa di antara kamu yang terbaik amalnya. Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun." (Surat Al-Mulk: 2)