Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Ibu penawar atau racun…?


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
Ibu penawar atau racun…?


Semua agama di dunia ini mengajar pengikutnya agar menghormati ibu sebagai ummy.jpg menghargai jasa dan pengorbanan mereka mendidik serta membesarkan anak-anak.

Kemesraan antara anak dan ibu menjadi pemangkin kepada pembinaan akhlak dan pembangunan keluarga.

Kebiadaban terhadap ibu bapa pula boleh menimbulkan kemarahan dan merenggangkan hubungan. Derhaka kepada ibu bapa adalah perbuatan yang sangat ditakuti mereka yang mempunyai asas agama kerana khuatir tidak dapat mencium syurga kerana Rasulullah S.a.w telah bersabda yang bermaksud:

Syurga di telapak kaki ibu.

Terdapat kisah sejarah yang menceritakan tentang seorang anak di zaman Rasul yang tidak mengendahkan panggilan ibunya sehingga mengalami kesukaran yang amat sangat ketika nazak.

Jika dikaji dengan lebih teliti, ia sebagai satu iktibar tentang peri pentingnya hubungan mesra dan kesediaan untuk segera menyelesaikan masalah jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Penghormatan kepada ibu tidak pula bersifat mutlak, anak-anak masih boleh tidak mentaati ibu andainya perintah si ibu bertentangan dengan perintah Allah s.w.t. Hal ini dijelaskan Rasulullah s.a.w dalam hadith yang bermaksud:

Tidak wajib ditaati perintah makhluk jika ia bertentangan dengan perintah Allah.

Ada kalanya anak-anak tersepit di antara ibu dan pasangan hidupnya sehingga terkeluar daripada mulut suami:

Isteri boleh dicari tetapi ibu tidak boleh ditukar ganti.

Kekata seperti ini amat melukakan perasaan seorang isteri dan tidak wajar diucapkan walau dalam keadaan marah kerana hati yang luka sukar diubati.

Ketegangan hubungan rumah tangga mempunyai banyak sebab - sama ada berpunca daripada ibu yang bersifat mengongkong, suami yang tidak bijak memainkan peranan atau si isteri yang kurang dapat menyesuaikan diri dengan keluarga barunya.

Seorang ibu akan mendapat penghormatan apabila beliau menunjukkan sifat keibuan yang tulen, bersedia berkorban untuk kebahagiaan anak, memahami keadaan yang berubah dan membentuk identiti dalam keluarga barunya.

Suami bukan sahaja perlu memberikan keyakinan kepada ibunya, malah beliau diharap dapat menerangkan dengan baik dan menyelesaikan apa jua masalah yang timbul.

Ketaatan membuta tuli tanpa mempertimbangkan keperluan isteri hanya akan menyulitkan kehidupannya sendiri.

Si isteri juga harus sedar apabila dia mendirikan rumah tangga, keluarga suami akan menjadi bahagian daripada hidupnya dan harus menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru.

Kegagalan suami dan keengganan isteri untuk memberikan kerjasama akan menjadikan si isteri merasakan ibu mertua sebagai madunya yang mengancam kestabilan rumah tangga.

Kehidupan seperti ini hanya akan meletakkan rumah tangga di tepi jurang yang menunggu saat untuk runtuh dan berderai.

Tidak ada sesiapa yang untung dalam keadaan tersebut, suami atau isteri harus menyedari matlamat atau wawasan mereka mendirikan rumah tangga, bersedia bertolak ansur dan berfikir dengan saksama agar kebahagiaan yang ingin dicapai mendapat restu orang tua dan kewujudan ibu bapa sebagai rahmat dan bukan punca rumah tangga yang gawat.



-- Edited by Amirshah at 19:54, 2008-05-29

__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????


Senior Member

Status: Offline
Posts: 262
Date:

Setuju sangat dengan artikel ni..
ibu dah banyak berkoban..
setiap masa,..saat dan ketika.. kita sentiasa disayangi oleh ibu kita.
Kalo mak marah mcm mana pun,.. sebenarnya dlm hati mereka menangis.
X baik ckp kasar dengan mak..
kalo rasa2 dah buat salah mintalah maaf.
ingan ni..
syurga dibawah tapak kaki ibu..
walau segunung emas sekali pun belum tentu kita dapat bayar jasa dan pengorbanan ibu terhadap kita.
waaaa.
mak tunggu..malam ni owang balik melaka...
wa....rindunyer kat mak aku ni..


__________________

kita adalah musafir yang mencari-cari hentian terakhir...

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard