Hidup untuk berkahwin telah menjadi fitrah semulajadi manusia sejak zaman Nabi Adam a.s. sehinggalah dunia ini dikiamatkan oleh Allah S.W.T. Meskipun sejak kebelakangan ini ramai dikalangan anak gadis belum berkahwin sehingga ada yang digelar Andartu, ini bukan bermakna mereka tidak mahu berkahwin. Berbagai alasan yang boleh diberi namun keinginan dan kemahuan untuk berkahwin tetap subur, cuma jodoh belum dipertemukan.
Sememangnya perkahwinan itu menjanjikan pelbagai keindahan dan kemanisan. Kebenaran tanggapan memang ada, tetapi ia bergantung kepada sejauhmana pasangan suami isteri itu mengendali bahtera perkahwinan itu. Pahit maung dan manis madunya perkahwinan itu terserlah kepada kita. Kitalah yang mewarnai perkahwinan itu dan hari-hari yang seterusnya.
Perkahwinan yang diredhai, itulah perkahwinan yang diberkati. Ini bukan bermakna perkahwinan hanya mendapat restu dari ibu bapa setelah memadai untuk mengecapi keberkatan. Tetapi konsepnya yang sebenar ialah perkahwinan yang dilangsungkan itu menurut Al Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W.
Di sinilah neraca kita menilai perkahwinan itu diredhai atau tidak. Tidak cukup hanya suka sama suka, dapat restu dari ibu bapa tetapi pelaksanaan bermulanya pertemuan dua hati sehinggalah hari diijabkabulkan hendaklah berada di dalam syariat Allah S.W.T, maka itulah perkahwinan yang didatangi para malaikat dan doa para solehin dan aulia.
Perkahwinan itu adalah tradisi orang soleh malah para Nabi pun berkahwin dan mempunyai zuriat. Justeru itu perkahwinan mereka juga adalah suatu modul yang perlu kita teladani kerana hasil dari perkahwinan dan perhubungan hati yang intim sesama insan dan kepada Allah telah melahirkan zuriat yang soleh dan solehah.
Dunia dipimpin dan ditadbir orang yang mulia hatinya dan mendapat pertolongan Allah S.W.T. Apakah kita tidak mahu memiliki anak yang soleh? Apakah kita tidak mahu dipimpin oleh suami yang soleh? Apakah kita tidak mahu hidup di dalam masyarakat yang beriman?
Ini adalah idaman setiap insan dan juga diri kita. Yang pasti perkahwinan itu di atas disusun dan diuruskan mengikut sebagaimana yang Allah S.W.T mahukan. Kerana segala-galanya bermula di awal perkahwinan kita. Kalau silap dan tidak betul kita laksanakan, tentunya perkahwinan itu tidak menghasilkan kebahagiaan apatah lagi rahmat dan kasih sayang dari Allah.
Kepada para pembaca yang budiman, dapat kiranya tulisan sehingga akhir. Jika masih terdapat kekurangan, sesungguhnya itu adalah kelemahan kami yang tidak disengajakan. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah S.W.T dan yang buruk itu adalah dari nafsu ini. Wallahu alam
Isteri yang kamu nikai tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidaklah setabah Fatimah. Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya.
Isteri ladang tanaman, kamu pemagangnya.
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya.
Dan isteri adalah murid, kamu mursyidnya.
Isteri Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya.
Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya.
Seketika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya.
Seandainya isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya.
Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah SubhanAllah Wa Taala kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa
Bahawa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W. Pun Bukanlah Sayyidina Ali Karamallahuw Ajhah. Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh Aamiin Aamiin Ya Rabbal Alamiin
by..Amirshah