Berdasarkan trend, walaupun istilah metroseksual sering kedengaran mutakhir ini, namun trend memakai haruman floral atau bunga-bungaan masih belum berlaku di kalangan lelaki.WANGIAN mempengaruhi manusia daripada pelbagai aspek. Bukan sahaja mampu mempengaruhi emosi, bahkan ia juga sudah tentu menjadi daya tarikan. Bukan sahaja perempuan, bahkan lelaki juga seharusnya memakai haruman. Wangian yang dikenakan anda mungkin mampu membuat seseorang terhenti di jalanan.
Haruman lelaki boleh terdapat dalam beberapa bentuk iaitu perfume, cologne dan pelembap selepas cukuran. Biasanya ia adalah campuran minyak wangi dan air. Tapi, anda perlu beringat, walaupun ada pelbagai haruman di pasaran, namun haruman biasanya berlandaskan cita rasa. Tak semestinya anda serasi memakainya, rakan anda juga begitu. Itulah yang menjadi masalahnya.
Tambah pula, ada lelaki yang bimbang untuk membeli minyak wangi kerana takut diketawakan lantaran terbeli wangian berbau terlalu feminin.
Tip memilih wangian lelaki yang ingin dikongsikan ini, sebenarnya bukan sahaja sesuai untuk lelaki, bahkan wanita juga boleh mengikutinya jika mereka mahu membeli wangian untuk jejaka idaman hati.
Tapi, sebelum itu, perlu dijelaskan terlebih dahulu, antara terma wangian yang sesuai digunakan oleh kebanyakan lelaki yang terdapat di pasaran.
n Chypre: Haruman yang biasanya berasaskan kayu atau tanah ini biasanya mengandungi unsur daun saga, kayu oak dan sebagainya.
n Fougere: Ia boleh dikatakan haruman tipikal lelaki. Ia bersifat rumput dan herba.
n Orientals: Banyak haruman lelaki berasaskan terma ini yang meliputi kasturi, berempah dan bersifat outdoorsy.
n Aquatic, oceanic: Lebih ringan dan segar serta kian popular di kalangan lelaki dan wanita. Ia biasanya dikaitkan dengan bayu laut dan udara gunung.
n Fruity: Berasaskan bau buahan sitrus. Sesuai tetapi agak kurang digunakan lelaki.
Berdasarkan trend, walaupun istilah metroseksual sering kedengaran mutakhir ini, namun trend memakai haruman floral atau bunga-bungaan masih belum berlaku di kalangan lelaki. LELAKI perlu bijak memilih bau yang serasi dengan penampilan dirinya. Kebanyakan lelaki masih memilih bau-bau yang maskulin seperti berasaskan, kayu, berempah dan udara. Industri haruman dikatakan masih sama seperti dahulu atau klasik. Dengan kata lain, lelaki masih mahu bau seperti lelaki dan perempuan masih mahu bau seperti perempuan.
Dalam memilih haruman, anda perlu sedar akan kekuatan bau. Cologne atau minyak wangi boleh terdiri daripada Eau de cologne dan Eau de toilette. Eau de cologne biasanya mempunyai formulasi minyak wangi sehingga lima peratus dan Eau de toilette boleh mempunyai formulasi sehingga lapan peratus. Jika anda seorang lelaki, anda harus bijak menyesuaikan kekuatan bau sesuatu wangian dengan diri anda.
Jika anda seorang perempuan yang hendak membeli wangian untuk seorang lelaki, perlu diingatkan adalah lebih bagus mencari jalan tengah dengan mencari kekuatan bau yang agak sederhana. Tambahan pula, lelaki lazimnya tidak menggemari bau yang terlalu kuat pada diri mereka. Pasti anda tidak mahu wangian yang anda beli hanya tersimpan di dalam almarinya sahaja tanpa memakainya bukan?
Seperkara yang perlu diingat, sebelum membuat keputusan untuk membeli minyak wangi, adalah lebih baik jika anda boleh mencubanya terlebih dahulu. Anda boleh mencubanya di kaunter khas atau gunakan minyak wangi yang dikhususkan untuk mencuba selain mencuba minyak wangi milik rakan.
Anda perlu mencuba kerana bau sahaja tidak mencukupi ekoran haruman kadangkala turut bertindak balas dengan bahan kimia tubuh secara berbeza. Mungkin semasa anda menghidu, baunya menyenangkan, tetapi bila anda sudah memakainya, lain pula jadinya.
Bagi perempuan yang ingin membelikan wangian buat lelaki, ia lebih sukar kerana untuk membawa lelaki ke kedai minyak wangi atau farmasi memang payah. Jadi, apa yang boleh anda lakukan ialah dengan pergi ke kedai, dapatkan sampel percuma atau kertas berbau haruman, pulang dan pujuk dia untuk cuba dan selepas setengah jam, tanyakan padanya adakah dia menyukainya atau tidak. Jika suka, memang berbaloi usaha anda!
Tapi, sekarang ini, ada cara yang agak licik tapi lebih mudah jika anda masih bingung untuk membeli haruman. Dewasa ini, banyak sekali jejaka-jejaka kacak ternama dunia baik model, pelakon, penyanyi mahupun ahli sukan yang menjadi model atau jurucakap haruman bagi produk-produk wangian tertentu.
Pergunakan mereka! Beli saja produk-produk wangian jejaka-jejaka ini. Sekurang-kurangnya, anda sudah pasti yang wangian itu sememangnya untuk lelaki. Malahan, bukan sebarangan lelaki!
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
abih tu kalu wangian ala nirrajim bau2an najis firaun yg sll dipakai oleh Tuan CEO dan para sekutunye seumpama zulabi, mat gediks, mie penanggal, bob laksa dll tu apa citer pulak??? aku rasa pompuan haram jadahan pun tak dekat lgsg kat diaorg.... ni kan lg pompuan ayu mcm aku ni...... huish...... budak busuuukkkk... uweekkkk
__________________
aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah
abih tu kalu wangian ala nirrajim bau2an najis firaun yg sll dipakai oleh Tuan CEO dan para sekutunye seumpama zulabi, mat gediks, mie penanggal, bob laksa dll tu apa citer pulak??? aku rasa pompuan haram jadahan pun tak dekat lgsg kat diaorg.... ni kan lg pompuan ayu mcm aku ni...... huish...... budak busuuukkkk... uweekkkk
aku nak tau ape kes die sekang...adekah bob laksa yang dimaksukan itu adelah ornng yang selain nama bob disini.....siapakah bob itu wahai cik rasdin oi
abih tu kalu wangian ala nirrajim bau2an najis firaun yg sll dipakai oleh Tuan CEO dan para sekutunye seumpama zulabi, mat gediks, mie penanggal, bob laksa dll tu apa citer pulak??? aku rasa pompuan haram jadahan pun tak dekat lgsg kat diaorg.... ni kan lg pompuan ayu mcm aku ni...... huish...... budak busuuukkkk... uweekkkk
hahahaha true-merue mak radin tu baru bau ketiaks.. lom lagi bau kaki mereka yg tengiks 2..
__________________
kita adalah musafir yang mencari-cari hentian terakhir...