Mungkinkah manusia (di Malaysia) tanpa kebudayaan atau kebudayaan tanpa manusia? Mustahil bukan? Kebudayaan adalah citra khusus sesuatu masyarakat. Ancaman terhadap bahasa adalah ancaman kebudayaan. Dan, begitulah sebaliknya.
Anda pastinya sependapat seperti saya. Apakah manusia akan hidup dalam kebudayaan monolingual? Idealkah bila hanya ada satu bahasa universal di dunia, dengan demikian, mengabaikan keanekaan bahasa yang telah menjadi citra budaya manusia sepanjang zaman?
Pakar-pakar bahasa dan linguistik berkesimpulan, tidak akan ada satu pun bahasa mampu bertahan jika tidak didukung oleh 100,000 orang penuturnya.
Hakikatnya, kini di seluruh dunia setengah daripada 6,000 bahasa atau lebih, digunakan oleh kurang dari 10 ribu orang penuturnya. Punahnya bahasa bukan fenomena baru. Sejak munculnya pelbagai bahasa, setidak-tidaknya 30,000 bahkan lebih, punah tanpa kesan.
A, bahasa umumnya bertahan dalam tempoh waktu relatif singkat dan pada masa yang sama risiko kepunahannya cukup tinggi. Mungkin hanya beberapa yang masih hidup dan kini berusia lebih 2,000 tahun. Antaranya bahasa Basque, Mesir, Sanskrit, Cina, Greek, Ibrani, Latin, Parsi dan Tamil.
Anda pernah membaca hasil penelitian oleh ahli pasikologi bahasa, Ranka Bjeljac-Babic dari Universiti Poitiers, Prancis? Beliau mengkaji hubungan antara kepunahan bahasa dan kolonialisme.
Penjajahan
Hasil kajian tersebut dimuatkan dalam tulisannya, 6,000 Languages: an Embattled Heritage (2000).
Kesimpulan yang dibuat oleh Bjeljac-Babic ialah kepunahan bahasa turut disebabkan oleh penjajahan. Dapatan Bjeljac-Babic ialah kolonialisme telah melenyapkan sekurang-kurangnya 15 peratus bahasa yang digunakan pada saat penjajahan itu berlangsung.
Buktinya, sekitar 100 bahasa etnik di Eropah punah akibat penjajahan penjajahan lebih 300 tahun oleh etnik yang lebih dominan. Di Australia hanya 20 dari 250 bahasa digunakan akhir abad ke-18. Begitu juga di Brazil, Portugal telah memusnahkan lebih 400 daripada 540 bahasa etnik di negara itu sejak penjajahan pada tahun 1530.
Sebenarnya sahabatku A, apa yang saya ketengahkan itu hanya sebuah analogi. Saya sama seperti anda, khuatir dan bimbang tentang masa depan bahasa Melayu (Malaysia). Adakah, bahasa yang kita sayangi ini juga akan punah?
Baru-baru ini, karya-karya sastera picisan telah disenaraikan dalam Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (Komsas) untuk sekolah menengah pada 2010.
Saya tahu anda pasti memahami apa itu karya picisan? Antara ciri-ciri karya seperti itu ialah penggunaan bahasa rojak dengan sasaran golongan remaja.
Temanya? Seperti anda maklum A, biasanya sekitar kisah cinta remaja. Kalau ada sedikit kelainan pun, kisah anak angkat dan pengembaraan mencari asal usul keluarga.
Namun, inilah hakikatnya. Novel-novel dengan bahasa rojak itulah yang dicadangkan untuk diajar kepada pelajar-pelajar sekolah kita. Pada masa yang sama karya-karya Sasterawan Negara dipinggirkan. Anehkan sahabatku?
Sebenarnya fenomena ini ini melanda sebahagian daripada negara-negara bekas jajahan. Ketika mereka mulai membangun, muncul faktor lainnya yang memusnahkan bahasa.
Faktor itu adalah keperluan bahasa yang mampu mengisi bidang teknologi dan industrialisasi selain fenomena baru iaitu internasionalisasi pasar modal dan globalisasi informasi melalui media elektronik mahupun media cetak.
Oleh itu, A berdoalah untuk bahasa Melayu (Malaysia) ini. Kita mesti ingat, setiap kali satu bahasa lenyap, satu babak sejarah manusia juga berakhir. Bahasa tidak hanya alat komunikasi. Ia juga cara berfikir masyarakat penuturnya.
Anda ingat tentang perjuangan kaum asli Zaparo di sepanjang tepi Sungai Conambo, sekitar 240 kilometer selatan Quito? Mereka berjuang semata-mata mempertahankan bahasa ibunda mereka.
Ia dikupas dengan bernas dalam tulisan Carlos Andrade, seorang pakar bahasa dan lingustik, Equador, Zaparo's lost Secrets yang turut membantu perjuangan kaum Zaparo.
Sikap memandang rendah kepada bahasa sendiri akan membawa akibat kepada kepunahan. Mematikan satu bahasa sangat mudah. Cukup dengan mengajarkan bahasa lain di sekolah.
Andre Breton berpendapat, apabila bahasa dipinggirkan peringkat sekolah, maka kita turut mempercepat pembunuhan bahasa dan jati diri tersebut. Itu bererti, membunuh sejarah peradaban dan kebudayaan penuturnya.
Sekali lagi, mari kita berdoa A, supaya bahasa Melayu ini terus kekal dan tidak mengalami nasib sama seperti bahasa-bahasa yang telah punah.
Akhirnya saya merayu dan mengharapkan agar saudara2ku, sokonglah dan perjuangkanlah penggunaan bahasa ibunda dalam subjek Matematik dan Sains. Diharapkan agar bangsa kita maju dan mampu duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan bangsa lain terutamanya bang Cina yang sudah jauh meninggalkan kita.
Aku bukan orang fanatik bangsa, tapi aku orang yang sayang dengan bangsaku sendiri. Aku lebih bangga bangsaku maju dengan berbahasa Melayu dari maju dengan berbahasa Inggeris sehingga malu untuk bercakap dalam bahasa ibunda sendiri.
Sebarang komen, kritikan dan nasihat aku alu-alukan. Salam diskusi dari aku.Wassalam
"SAHABATKU A, percayakah anda dengan fakta ini? Setiap tahun 10 bahasa di dunia akan punah. Sejak dulu kala, bahasa lahir, hidup dan lenyap dengan masyarakat penuturnya. Lenyapnya bahasa-bahasa itu amat cepat.
Bukankah ia begitu menakutkan A? Saya tidak tahu kenapa harus memberi tahu anda tentang perkara ini. Gejala ini, ternyata, merupakan salah satu akibat dari apa yang disebut peperangan bahasa. Sekitar 6,000 bahasa besar di seluruh dunia terancam punah dalam waktu yang terlalu singkat. Keragaman bahasa sebagai bahagian daripada warisan kerencaman kebudayaan umat manusia pastinya ikut terancam musnah."
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
yelah,, masa form 6 tahun aku dolu2 pun dah ada komsas. pastu masa aku ngajar selama 2 tahun pun dah ada komsas utk subjek BM.. bahasa memang bahasa rojak.. jadik aku sokong dengan kenyataan amir khan ni
__________________
kita adalah musafir yang mencari-cari hentian terakhir...
tu lah.... aku pun hanya faham ayat yang nombor 3 tu... memang jelas dan sahih sekali... kepada mat the matics, jangan la bila keranda diusung, barulah ko nak bercucuran air mata.... insaflah... sesungguhnya pintu bilik zul sentiasa terbuka untuk nyah cam ko....
seburuk2 ketiak mcm tapir.... ada lagi ketiak yg buruk lagi jahanam mcm zionis.....
udah2 la tu zulabi... daripada ko ngutuk ketiak tapir2 tu baik ko cukur bulu ketiak ko yg dh pajg ala2 cipanzi tu..... tak rela aku melihatnya...apa lg shbat sekatil ko mat gaytics tu...
berdiri bulu ketiak busuk mu.....
__________________
aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah
true ... true memang ketiak mat the gedik buruk lagi jahanam cam zionis tapi ketiak ko sepuluh kali ganda lagi neraka pada ketiak mat the gedik
sebenarya aku sayang nak cukur bulu ketiak aku nie dah hampir sepuluh tahun aku simpan sekarang dah jejak kat paras lutuk baru dua minggu lepas aku suruh mat the gedik tolong cuci siap buat cam rambut negro lagi....
(sekarang nie bulu ketiak sya guna jari pun boleh...)
__________________
Sejahil-jahil Peragai YAHUDI ....JAHIL Lagi Tingkah Laku ICU
zul,apa kaitannya bulu ketiak dengan bangsa yang hilang? adakah kerana bulu ketiak melambangkan bangsa? kerinting halus mewakili negro, lurus perang mewakili omputih..macam tu yer?
__________________
aku rasa nak makan buah duku laa. umah sape ada buah duku angkat tangan!!!