Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Besi dari langit


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
Besi dari langit


Sembilan puluh peratus meteor ditemui di bumi berasal dari meteoroid:-


BESI yang jatuh dari langit atau bebola api gugur dari angkasa adalah antara tanggapan umum mengenai meteor (tahi bintang), objek semula jadi berasal dari angkasa yang berjaya mengekalkan bentuk dan komposisi bahan asasnya walaupun berlaku impak perlanggaran ketika menembusi atmosfera bumi.

Ketika di angkasa, meteor mempunyai jaringan orbitnya yang tersendiri dan lebih dikenali sebagai meteoroid (saiz rentas kurang dari satu kilometer) dan juga asteroid (apabila membabitkan saiz lebih besar (lebih satu kilometer).

Ada juga meteor yang pada asalnya berbentuk ketulan besar berubah menjadi debu akibat sesaran udara dan perubahan suhu yang ketara (batu menjadi cair) ketika menembusi atmosfera bumi dan apabila jatuh ke permukaan bumi tidak meninggalkan kesan nyata.

Difahamkan, fenomena meteor jatuh ke bumi berlaku setiap malam dengan bilangan purata empat bilion meteor, kebanyakannya bersaiz kecil (besar sedikit daripada saiz atom) dan berat terkumpul melebihi beberapa tan metrik.

Satu jumlah yang agak besar dan memeranjatkan namun boleh diabaikan kerana kebanyakannya menjadi debu dan jika ia berjaya merentasi halangan sesaran serta suhu yang amat tinggi, saiz batu terbabit tidak berbahaya dan amat kecil jika dibandingkan dengan berat keseluruhan bumi pada 6,600,000,000,000,000,000,000 tan metrik.

Meteoroid dan Asteroid yang sudah melengkapkan putaran mengelilingi orbit masing-masing (ada yang sudah berputar mengikut orbit berjuta-juta tahun lamanya) berhenti berfungsi dan dipercayai akan ditarik sistem graviti yang paling dekat dengan posisi di mana mereka berhenti berpusing.


Sebanyak 90 peratus daripada meteor yang dijumpai di muka bumi di seluruh dunia berasal daripada meteoroid yang berlegar di antara planet Marikh dan Jupiter, manakala selebihnya berasal luar dari lingkaran itu.

Apa yang menarik mengenai fenomena kejatuhan meteoroid adalah pada keindahan cahaya yang dipancarkan.

Cahaya berkenaan terhasil apabila meteoroid berlanggar dengan molekul udara membuatkan kehilangan elektron pada jumlah yang banyak dan pertemuan antara atom yang tertinggal dengan elektron dari udara membuatkan cahaya terpancar pada warna tertentu.

Di udara apabila kelihatan meteoroid berwarna jingga kekuningan, elemen natrium dipercayai hadir dan jika cahaya yang terpancar berwarna kuning, kemungkinan besar elemen pada meteor itu adalah besi.

Bagi cahaya biru kehijauan, elemen magnesium, ungu menandakan kehadiran kalsium, manakala cahaya merah menandakan kehadiran elemen silikon.

Di Malaysia, bagaimanapun, fenomena kejatuhan meteoroid jarang berlaku tetapi di rantau Asia beberapa insiden kejatuhan serta penemuan meteor kerap dilaporkan dan terbaru membabitkan kejatuhan meteoroid di sebidang tanah bendang di Kemboja yang menyebabkan tanah di sekitar tempat jatuhnya batu itu terbakar.

Dari segi jenis meteor, ia boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu batu, besi dan batu berbesi. Batu meteor jenis berbatu pula terbahagi kepada jenis chondrites beku dan chondrites cair.

Chondrites dipercayai terbentuk pada satu masa yang sama dan dari bahan sama seperti planet berbatu di bahagian tengah sistem suria.

Pengkajian chondrites boleh menjelaskan mengenai bagaimana planet tercipta dan bahan asal yang membentuk planet dalam sistem suria.

Secara saintifik, Chondrites adalah campur-aduk daripada pelbagai bahan; kebanyakan mengandungi bintik campuran logam besi dan tembaga putih yang berkilat, serta tompok berwarna pucat CALs (Calcium and Aluminium-rich Inclusions) yang mengandungi sedikit kalsium dan aluminium.

Mekanisme pembentukan planet boleh diselidik melalui tiga cara, sama ada dengan melihat kepada batu yang terbentuk diawal sejarah sistem suria atau cara kedua dengan memerhati bintang muda untuk mendapatkan tanda pembentukan planet.

Cara ketiga adalah melalui model teori pembentukan planet. Ketiga-tiga pendekatan ini berupaya menambah pengetahuan manusia mengenai asal usul planet.

Batu meteor yang melalui sedikit pencairan boleh memberikan gambaran mengenai struktur dan komposisi bumi.

Komposisi yang terkandung dalam batu meteor ini merangkumi keseluruhan lapisan utama yang menjadikan bumi ini - dari isi perut besinya hingga kelapisan luar batu batan.

Dengan adanya bukti fizikal berupa serpihan batu meteor, pengkajian mengenai pembentukan planet serta ciri fizikal luar dan dalam bumi dapat dicapai dan pengetahuan ini dapat memberi faedah kepada generasi sekarang dan akan datang.

Meteor berusia berjuta-juta tahun yang ditemui di bumi bukan saja amat bernilai untuk kajian seumpama itu malah ada sesetengah pihak yang mengambilnya untuk diproses dan dijadikan perhiasan seperti cincin, rantai dan pelbagai lagi. Malah keris yang ditempa daripada meteor dipercayai lebih berbisa dan mempunyai kekuatan tersendiri.

Kini pameran meteor sedang diadakan di Bastion House dekat Jalan Kota, Melaka sehingga hujung bulan ini.


FAKTA: Meteor

Meteor dianggap besi atau bebola api jatuh dari dari angkasa Terbahagi kepada tiga jenis iaitu batu, besi dan batu berbesi Dikenali sebagai meteoroid (saiz rentas kurang dari satu kilometer) dan asteroid (apabila membabitkan saiz lebih besar (lebih satu kilometer). Fenomena meteor jatuh ke bumi berlaku setiap malam dengan bilangan purata 4 bilion meteor Terdiri daripada batuan dan bongkahan logam seperti besi dan nikel. Meteor yang sampai ke atmosfera selalunya jatuh ke bumi. Apabila jatuh, kerosakan yang dilakukannya adalah berdasarkan kepada saiznya. Meteor besar yang jatuh ke bumi akan membentuk kawah seperti kawah Barringer di wilayah Arizona. Kawah ini terbentuk oleh meteor yang jatuh kira-kira 40,000 tahun lalu. Jika jatuh, mempunyai cahaya yang melewati langit seperti bola api. Orang Yunani mengatakan maksud meteor ialah tinggi di udara. Tiga jenis meteor iaitu batu, besi dan batu berbesi. Tahi bintang besi yang mempunyai komposisi 90 peratus besi dan 10 peratus nikel, lebih sukar didapati.

__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????


Senior Member

Status: Offline
Posts: 293
Date:

FYI, Allah menurunkan besi hanya sebanyak ini dan tidak akan bertambah atau berkurang daripada banyak ini.
Maksudnya, besi kat bumi ni tu je la banyaknya. Tetap. Gali la lagu mana pun besi tetap banyak tu. Pasal tu manusia recycle besi dan fyi lagi, besi adalah satu2nya bahan semulajadi yg boleh direcycle 100%! Subhanallah!!

__________________


hihi huhu haha hoho...gatalnye dia....


Super Member

Status: Offline
Posts: 1519
Date:

ermmm..... kalau besi berani lak caner...?
ermmm..... kalau kg batu kat jln kucing tu plak caner..?
kui kui kui.....!!

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard