Lelaki tulen. Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki
Lelaki yang berharga. Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.
Lelaki yang teguh jiwa. Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita
Lelaki yang sederhana. Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.
Lelaki yang cantik. Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.
Lelaki yang punya pendirian. Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.
Lelaki yang kemas bersih. Menjaga kebersiha n serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.
Lelaki yang cerdik. Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.
Lelaki yang cekap. Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.
Lelaki yang bijak. Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.
Lelaki yang tabah. Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas
Lelaki yang berwawasan. Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.
Lelaki yang baik. Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.
Lelaki yang sopan. Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.
Lelaki yang mengasihi. Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Satu masa, wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.
Lelaki yang ceria. Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.
Lelaki yang sebenar nya bukan Lelaki MISTER RIE....HuA ! HuA ! HuA !
abang jofrie tak setuju sekali ngan kata-kata adik elifen ku manja ni...
lelaki tulen bukan semakin berkurangan... malah dah takde langsung..
sebagai contoh cuba tanya abang bob wahab... beliau memang mempunyai bulu dada yang berserabai kat dada... tapi dada beliau juga membesar bagaikan sakti... so nampak sangat beliau bukan lelaki sejati... siap injek kat dada lagi...