Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: kisah benar : seorang mangsa aids


Super Member

Status: Offline
Posts: 1268
Date:
kisah benar : seorang mangsa aids


copy n paste.... kal0 da d p0st kn, tulun delete citer nie erkh...?



"Rahimah.. nama yang menjadi siulan dan igauan anak muda di Felda., siapa yang tak kenal Imah anak gadis Hj Dollah yang menjadi sebutan ramai .. jika dia berjalan pasti ramai mata yang memandang, bagi pemuda-pemuda Felda disitu Imah dilahirkan dalam satu pakej yang sempurna, cantik, kulitnya putih bersih, tinggi lampai, bersopan santun dan berbudi bahasa, memang sesuai untuk dijadikan suri di hati mereka.Bukan setakat pemuda sahaja yang terpikat dengan Imah, Kaum Ibu juga begitu, hati ibu mana yang tidak terpikat bila melihat seorang gadis yang soleha, tidak pernah mengabaikan Suruhannya, sentiasa bertudung litup jika berjalan, cantik dan berbudi bahasa pada orang tua, semuanya mengharap Imah bakal menjadi menantu mereka. Tapi tidak sebegitu mudah Imah diibaratkan seorang puteri yang tinggal di puncak menara dan dikawal naga yang bersedia menyemburkan api pada siapa yang mendekatinya, siapa yang tak kenal ayahnya Hj Dollah guru silat terkenal dan dua abangnya Imran dan Herman orang kuat Umno dan belia kawasan itu, tiada sesiapa berani mengacaunya kerana takut dan segan dengan ayah dan abang-abangnya.

Hj Dollah begitu mengawal dan mengambil berat tingkah laku anaknya kerana Imahlah satu-satunya anak gadisnya, setiap masa pasti dia mengawasi dengan siapa anaknya bergaul dan jika Imah mahu pergi kemana-mana sama ada dia atau anak lelakinya pasti menemaninya. Imah langsung tidak berkesempatan untuk bergaul dengan teman-teman, selepas tamat persekolahan hidupnya terkurung di dalam rumah menjaga makan-minum ayahnya setelah kematian ibu dan melayan anak-anak abang sulongnya, Imah ingin juga keluar ke bandar berjalan-jalan bersama teman-teman namun tidak dibenarkan oleh ayahnya dengan alasan takut dia terpengaruh dengan gejala tidak sihat. Sebagai
seorang gadis yang sedang meningkat usia Imah tidak terlepas daripada perasaan cinta dalam banyak-banyak pemuda yang cuba memikatnya dia telah terpikat dengan Salleh pemuda di sebelah rumahnya, nampaknya Imah tidak bertepuk sebelah tangan Salleh juga begitu, bibit-bibit percintaan mula terbit dari hanya berbalas pandang mereka sudah mula rajin berbicara di telefon ataupun berutus surat, walaupun Imah tahu akibatnya jika perbuatannya diketahui oleh ayah atau abangnya, namun demi cinta dia sanggup menghadapi semua itu. Janji telah dimeterai antara mereka berdua untuk hidup bersama setelah lebih setahun berhubungan secara rahsia dan Salleh menyuarakan hasrat untuk mengambil Imah sebagai suri hidupnya. Namun mereka hanya mampu merancang jodoh pertemuan di tangan Tuhan, Salleh begitu kecewa bila mengetahui Hj Dollah menolak pinangannya dengan alasan dia tidak mempunyai pekerjaan tetap, alasan yang tidak dapat diterima kerana sejak bapanya meninggal dunia dan sebagai anak sulong dialah yang menguruskan segala kerja di kebun kelapa sawit adakah itu bukan pekerjaan???..

Imah sedih atas keputusan ayahnya namun dia akur kerana ayahnya mungkin menpunyai alasan tersendiri menolak pinangan Salleh, seminggu selepas itu ayahnya menyuarakan hasrat untuk menjodohkannya dengan anak kepada sahabat lamanya semasa dalam anggota polis dahulu dan pemuda itu bekerja Kuala Lumpur sekarang. Sebagai anak yang taat kepada orang tuanya Imah tidak menolak hasrat bapanya walaupun hatinya masih terpaut pada Salleh tapi dia redha mungkin itu sudah jodohnya. Enam bulan selepas itu berlangsunglah perkahwinan antara Rahimah dan Suhaimi calon pilihan ayahnya dan pada hari itu juga musnahlah angan-angan pemuda-pemuda yang cuba memikat Imah terutama Salleh dan seminggu selepas perkahwinan Imah, Salleh bertunang dengan gadis pilihan ibunya maka berakhirlah kisah percintaan yang tak
kesampaian dan bermulalah peristiwa sedih dalam kehidupan Imah kemudiannya.

Sebulan selepas perkahwinannya Imah mengikut suaminya di Kuala Lumpur maka bermulalah kehidupannya sebagai seorang suri rumahtangga sepenuh masa.Setahun sudah berlalu dan Imah kini mengandung anak sulong mereka namun sejak dari awal perkahwinan hingga sekarang dia menpunyai satu kemusykilan setiap kali pulang ke kampung suaminya pandangan jiran tetangga terhadap dirinya dan suami begitu dingin mereka seolah-olah seperti mendendami mereka , Imah ada menyuarakan pada ibu mentuanya tapi seolah-olah dia cuba menyembunyikan sesuatu.. masuk dua tahun usia perkahwinan mereka Imah sudah dapat merasakan perubahan pada suaminya, Suhaimi sudah jarang pulang ke rumah dan sering saja keputusan wang walaupun baru seminggu mendapat gaji, yang menjadi mangsa Imah habis semua barang-barang kemas pemberian arwah ibunya habis di gadai suaminya dengan alasan mencukupkan modal untuk menjalankan perniagaan. Kerana sering keputusan wang Imah tidak ada pilihan lain selain mencari pekerjaan bagi menampung keperluan keluarganya.

Sejak Imah mula bekerja sikap buruk suaminya semakin ketara habis duit gajinya diambil oleh suaminya jika dia membantah, pasti tangan dan kaki naik ke badan, dia tidak menyangka nasibnya akan jadi begini, jika tidak kerana mengenangkan anaknya yang masih kecil hendak saja dia lari balik ke rumah ayahnya.Oleh kerana tidak sampai hati melihat nasib Imah akhirnya kakak iparnya yang tinggal berhampiran rumahnya membuka rahsia yang suaminya ialah seorang penagih dadah sejak remaja lagi dan sebelum berkahwin dengan Imah, Suhaimi baru saja keluar dari Pusat Serenti dan keluarganya mengambil keputusan mencarikan jodoh untuknya dengan harapan dia dapat melupakan najis dadah itu. Imah terkedu bila mendengar cerita dari akak iparnya dia tidak menyangka selama ini dia di tipu bulat-bulat oleh keluarga mentuanya, dia tahu jika ayahnya tahu dulu pasti pinangan suaminya ditolak mentah-mentah dulu. tapi apakan daya nasi dah menjadi bubur, hendak dia sesalkan pun tidak berguna lagi, Suhaimi sudah menjadi suaminya yg sah.

Sejak dari itu jiwa dan sanubarinya semakin tertekan, keadaan suaminya semakin lama semakin teruk hingga sanggup membuat apa saja untuk mendapatkan benda haram jadah tu..sepak terajang, tumbuk,tempeleng dan maki hamun sudah menjadi perkara biasa bagi Imah setiap hari, jika datang gian suaminya dan dah tak berduit untuk beli benda tu Imahlah yang menjadi mangsa jika tidak diberi lebamlah seluruh badannya dikerjakan suaminya Ingin saja dia mengadu pada Ayah dan abangnya namun dia tidak mahu menambah derita ayahnya yang baru pulih dari serangan jantung biarlah dia saja yang menanggung semuanya.Dalam keadaan rumahtangganya yang kucar-kacir itu Imah telah disahkan mengandung lagi, dia redha dengan pemberian tuhan walaupun dia tahu sukar untuknya menjaga anak itu bila lahir nanti dengan keadaannya begitu. Masuk kandungannya 3 bulan suaminya Suhaimi dimasukkan semula ke Pusat Serenti semula setelah ditangkap dalam operasi Polis ke atas penagih dadah di kawasan itu, perasaannya sedih bercampur lega, sedih kerana dalam keadaannya begitu suami tiada disisi namun dia lega kerana buat sementara dia selamat dari segala deraan dari suaminya. Berita itu akhirnya sampai ke pengetahuan keluarganya, hanya deraian airmata saja yang dapat menjawab pertanyaan ayah dan abangnya ketika mereka mengunjunginya Keputusan telah dibuat untuk membawa balik Imah ke kampung dan dia telah membulatkan
tekad untuk membawa perkara ini ke Mahkamah syariah setelah didesak oleh abangnya. Kepulangan Imah ke Felda itu dipandang sinis oleh jiran tetangga, semuanya seperti memulangkan buah keras kepada Hj Dollah yang terlalu memilih menantu akhirnya penagih dadah yang dipilih Mungkin kerana tekanan dan keadaan tubuhnya yang lemah menyebabkan Imah mengalami keguguran dan ditahan di Wad selama seminggu, semasa didalam wad berdetik hatinya kerana sudah 4 kali darahnya diambil oleh doktor dengan alasan untuk membuat analisa.. dan masuk hari ke sembilan doktor telah memanggil dan menerangkan kepadanya setelah membuat analisa pada contoh darahnya dia didapati HIV positif berita itu betul-betul meragut seluruh jiwa dan raganya, lemah terus badannya, berpinar matanya dan fikirannya terbayang saat akan kematiannya nanti hanya linangan air mata membasahi pipinya sambil memeluk erat tubuh tua ayahnya.. bila doktor bertanya akan latar belakang kehidupnya tak terkata olehnya kerana dia tahu siapa yang menyebarkan virus itu kepadanya perasaan benci yang membuak-buak terhadap suaminya sudah tidak tertahan lagi.. mengapa suaminya yang melakukan dosa tapi dia yang patut menerima akibatnya.

Setelah dibuat pemeriksaan keatas suaminya di Pusat Serenti doktor mengesahkan yang suaminya pembawa virus HIV dan Suhaimi sendiri mengesahkan dia berkongsi jarum suntikan semasa mengambil dadah. Setelah menerima berita itu saban hari Imah hanya termenung dan menangis mengenangkan nasib malangnya namun dia bersyukur kerana satu-satunya zuriatnya bebas dari penyakit ini. Berita Imah dijangkiti HIV mengemparkan penduduk Felda disitu, semuanya bercerita tentang topik yang sama, tetapi bukan sempati yang diterima tapi cacian dan hinaan yang dilemparkan sehingga ada yang menabur fitnah Imah menjadi menjadi pelacur semasa di KL dulu. Imah tidak menduga hingga begitu sekali hinaan yang diterima dari masyarakat disitu, tidak tahukah mereka penderitaan yang ditanggungnya ingin saja dia bersemuka dengan mereka yang menabur fitnah padanya menyatakan cerita sebenarnya, tapi dia tidak mampu menutup mulut orang yang mengata, dia hanya berdoa pada Tuahan supaya tabahkan hatinya dalam menempuh hari-hari terakhir dalam hidupnya.

Dua tahun sudah berlalu setelah dia disahkan HIV positif, namun dia masih mampu bernafas lagi walaupun virus ini sudah memamah keseluruhan tubuhnya, Imah tahu dia hanya menpunyai waktu yang sedikit untuk melihat kecantikkan duniawi sebelum menghembuskan nafas terakhir. Suami penyebab dia menjadi begini hilang tanpa dikesan setelah berjaya melarikan diri dari tahanan Pusat Serenti, namun dia puas akhirnya dia berjaya memutuskan ikatan perkahwinan dengan Suhaimi. Selama dua tahun jugalah dia tabah melalui liku-liku kehidupan sebagai pesakit AIDS sehingga kadang kala dia tidak mampu lagi untuk menerima segala penghinaan dan cacian dari segelintir masyarakat setempat. Sehingga pada satu tahap dia tidak dibenarkan lagi bersembahyang jemaah di surau yang selama ini dilakukannya sejak belum berkahwin dulu dengan alasan takut telekung dan sejadah yang digunakannya mungkin mengandungi virus HIV??????. Setiap kali dia keluar bersiar bersama anaknya sekitar kawasan situ pasti ada suara-suara sumbang yang mengata dan menjauhkan diri darinya seolah-olah dia orang asing di kampungnya sendiri. Setiap kali menjelang hari lebaran kunjungan yang dilakukan pasti tidak mendapat layanan, tangan yang dihulur tanda kemaafan disambut dengan dengan wajah kebimbangan sehingga tiada seorangpun jiran-jirannya yang sudi datang menziarah rumahnya, seolah-olah siapa yang datang kerumahnya pasti akan menerima jangkitan HIV. Jika dulu dia dianggap gadis yang sempurna dan menjadi idaman pemuda dan kaum ibu sebagai calon isteri dan menantu tapi kini Bukan dia saja yang menerima penghinaan dan pemulauan masyarakat tempiasnya juga diterima oleh ayah, anaknya dan abang-abangnya, tiada siapa lagi yang mahu menggunakan khidmat ayahnya sebagai tukang masak, Abangnya tidak lagi dipilih sebagai ketua belia dikawasan itu dan anaknya
diejek dan dihina oleh kanak-kanak lain hingga tidak dibenarkan bermain bersama Kerana tidak dapat menanggung penghinaan dari masyarakat kampung akhirnya ayah kesayanganya menghempuskan nafas terakhir sebelum dia, kini dia hilang tempat mengadu dan hanya dengan abang-abangnya sajalah tempat dia bergantung sekarang untuk menjalani sisa-sisa kehidupannya.

Tubuhnya semakin lama semakin susut, dia juga tidak mampu lagi berjalan kerana badannya begitu lemah, Imah juga sudah tidak mampu lagi makan benda-denda yang keras hanya bubur saja yang mampu ditelan, ruam dibadannya semakin bertambah, batuknya semakin teruk hingga mengeluarkan darah dia tahu inilah penghujung kehidupannya dan dia perlu menerima hakikat itu. Keadaannya bertambah teruk dan akhirnya dia terpaksa dimasukkan ke Hospital dan semasa dalam keadaan tenat inilah dia sempat menyampaikan wasiat kepada abangnya jika dia meninggal dunia dia tidak mahu dikebumikan di Felda dia tidak mahu tubuhnya menjadi bahan hinaan segelintir masyarakat di situ biarlah dia disemadikan di tempat lain. Setelah dua hari tidak sedarkan diri akhirnya Imah menghembuskan nafas terakhir di Subuh jumaat yang sunyi itu dan berakhirlah penderitaan seorang wanita yang teguh/tabah/sabar dalam menjalani kehidupannya dan berakhirlah juga segala umpatan/hinaan/cacian segelintir masyarakat yang cetek pengetahuan tentang AIDS.. Permintaan terakhir Imah untuk disemadikan di tempat lain ditunaikan dan jenazahnya telah diuruskan pihak hospital dan selepas di sembahyangkan jenazahnya telah disemadikan di tanah perkuburan berhampiran Hospital tersebut

Buat Allahyarham Kak Rahimah.. semoga rohnya dicucuri rahmat

Al Fatihah.



__________________
away 4 SPM.. wish me gud luck yep.. *takowt!


Senior Member

Status: Offline
Posts: 108
Date:

Sedih aku membaca citer ni walau pun aku tak mampu membaca nya sampai habis.Panjang sangat.Al-Fatihah

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 262
Date:

Kejam nya masyarakat sekeliling,,
menghukum seorang insan bergelar wanita yang tidak berdosa..
Buat Roh arwah kak rahimah..
ku susuli dengan bacaan al-fatihah..
semoga rohmu tenang dan damai disana.

__________________

kita adalah musafir yang mencari-cari hentian terakhir...



Senior Member

Status: Offline
Posts: 108
Date:

aku tgh penin-penin labah2 nie...xbley nk baca lg..

__________________
Pabila kita tanya hati: Kenapa kita rindu seseorang??
Hati akn menjawab: Kau merinduinya krn dia dpt membuat kau tersenyum & merasa ditemani walaupun berjauhan..


Super Member

Status: Offline
Posts: 1209
Date:

kecian lar....
takpe conpom msuk surga tuh..erk?/

__________________
XXXXxxxx.....(^_^)....xxxxXXXX
*~Hidup ini indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan~*


Super Member

Status: Offline
Posts: 866
Date:

bace 1st dan last je...
al-Fatihah!!!

__________________

"ZeitGiest"



Senior Member

Status: Offline
Posts: 403
Date:

aku pun... panjang sangat....

__________________

aku rasa nak makan buah duku laa. umah sape ada buah duku angkat tangan!!!



Super Member

Status: Offline
Posts: 1519
Date:

malasnya ko ainie awanan.... kuda fadang fasir pun tada malas macam ko lah...!! hohoho............!!! biggrinbiggrinbiggrin

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 403
Date:

entahlah asbestos.. kalo leh, nk taip ayat pun aku malas...

__________________

aku rasa nak makan buah duku laa. umah sape ada buah duku angkat tangan!!!



Super Member

Status: Offline
Posts: 653
Date:

ni lah resam dunia.....ada yg trajik....ada yg kronik....ada yg drmatik...last skali....tik...tik...eeemm....entam lah labu......

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 555
Date:

syatanirajim tol laki kak imah nie....dush3....alfatihah wat kak imah...

__________________
Jika tiada kereta kuda, naiklah kuda, jika tiada kuda, lebih baik berjalan kaki


Senior Member

Status: Offline
Posts: 389
Date:

tulah resam kehidupan..nak wat macam mana..dunia ni kan pentas lakonan semata2.

__________________

why on earth people always do something stupid for the sake of love????

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard