Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: SUATU HARI DI BILIK DARJAH BERNAMA 'GC'


Senior Member

Status: Offline
Posts: 268
Date:
SUATU HARI DI BILIK DARJAH BERNAMA 'GC'


Al kisah Suatu hari dalam kelas GC...

Masa Pertama : Kelas dah bermula 1 jam yang lalu
CIKGU : Riepang... awak baru masuk kelas? Kenapa awak lambat sangat masuk ni?
RIEPANG : Bukan salah saya cikgu... papan tanda tu...
CUKGU : Papan tanda apa ni?
RIEPANG : Papan tanda tertulis macam ni " Awas, Perlahan! Kawasan Sekolah di Hadapan"

Mata Pelajaran : Sejarah Dunia
CIKGU : Laila, pergi ke peta di hadapan kelas ni dan tunjukkan kedudukan Amerika Utara.
LAILA : Kat sini!
CIKGU : Betul. Murid-murid, sekarang beritahu cikgu, siapa yang telah menemui Amerika Utara.
MURID-MURID : Laila cikgu....

Matapelajaran : Matematik (so kena guna Bahasa Inggeris)
CIKGU : Mattakmatik, why are you doing your math multiplication on the floor?
MATTAKMATIK :   You told me to do it without using tables! (table? meja ker? sebenarnya cikgu tu kata jangan tiru jadual sifir...)

Matapelajaran Bahasa Melayu (Ejaan)
CIKGU : Sasookee macam mana awak nak eja Beaufort (nama satu tempat kat Sabah)?
SASOOKEE :  'B..O..F..O..T'
CIKGU : Tidak Sasookee... salah.
SASOOKEE : Mungkin salah, tapi cikgu tanya macam mana saya na eja kan...?

Matapelajaran Sains (Bahasa Inggeris sepatutnya tapi dah terjemah...)
CIKGU : Zoel, apakah formula kimia untuk air?
ZOEL : H I J K L M N O!!
CIKGU : Apa yang awak cakap ni?
ZOEL :  Eh.. kan semalam cikgu cakap H to O...!

Matapelajaran Bahasa Inggeris (Grammar)
TEACHER : Herleona, give me a sentence starting with ' I. '
HERLEONA : I is...
TEACHER : No, Herleona..... Always say, 'I am.'
HERLEONA : All right... 'I am the ninth letter of the alphabet.'

Matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kenegaraan...
CIKGU :  Radingaz  telah memotong semua pokok-pokok bonsai kesayangan     ayahnya... Apabila ditanya oleh ayahnya, Radingaz tidak takut untuk mengakui perbuatan nakalnya itu. Ayahnya kemudian memaafkannya dan tidak menghukum Radingaz. Kenapa agaknya ayah Radingaz tidak menghukum Radingaz?
GABRIS: Sebab Radingaz masih memegang kapak cikgu!

~He.. he.. he... Semoga... panjang umur semua cikgu-cikgu dalam dunia ni... Aminnn~


__________________



Senior Member

Status: Offline
Posts: 167
Date:

elipen..waa..manyak cantik..apsal name ko xde dlm bilik darjah GC ni?..ko ponteng duk dlm toilet eh?..
woi..buruknye name aku ko tukar gitu..huhu..

__________________

arrive..raise HELL..leave..



Senior Member

Status: Offline
Posts: 268
Date:

Eh... Herleona... aku ada dalam kelas tu.... ko jer yang tak prasan... Ada banyak lagi classmate yg belum sempat buat hal... sebab loceng tamat persekolahan hari tu dah berbunyi... so... tak sempat la nak menunjukkan kecerdikan dorang.. ini baru hari pertama sekolah... nanti Insyaallah ada lagi hari2 sekolah seterusnya...

__________________



Member

Status: Offline
Posts: 21
Date:

Eli, ni cerita betul ka ni? Macam real la. Abang lan teringat balik zaman2 sekolah dulu. Memang banyak kisah2 lucu. Nanti abg lan crita...

__________________
love is magic


Senior Member

Status: Offline
Posts: 268
Date:

Contohnya cerita kena denda ketuk ketampi kereta api ka Encik Tak Magic? Atau pon kisah kena pelempang dgn cekgu ppuan setelah ko ngorat dia? Ha ha ha ... dapat membayangkan macam mana..

__________________



Senior Member

Status: Offline
Posts: 326
Date:

sasooke??? wahh!! ade nama den kat dalam crita tu (perasan) biggrin.gif

__________________



Senior Member

Status: Offline
Posts: 268
Date:

he he he... memang nama sasookee tu utk putera yang hensem... tapi tuan putera harus ingat... ada juga sasokee versi puteri... Korang dua orang kongsi la kan...

__________________

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard