Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: cinta si buta
taurus_girlz82

Date:
cinta si buta


Once Upon a Time.......


Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran.
Amin,pemilik restoran itu juga berperanan
sebagai pelayan mendatanginya dan
menghulurkan menu.

"Saya orang buta dan saya tak boleh membaca
menu.Tolong bawakan sudu kotor yang telah
dipakai oleh pengunjung sebelumnya dan saya
akan menciumnya. Dari situ nanti saya tahu
masakan apa yang enak untuk dipesan," kata
lelaki buta tersebut.

Amin mengumpulkan beberapa sudu bekas
dipakai yang ada dan memberikannya kepada
lelaki tersebut. Ia mencium sudu itu dan akhirnya
berkata, "Saya pesan ikan pais dan sayur masak
asam bang"....

Dengan agak terperanjat Amin mencatat pesanan
lelaki buta itu.Menu itu memang menjadi
kegemaran para pengunjung restoran tersebut.
Beberapa hari kemudian lelaki buta tersebut
datang lagi.Sekali lagi dia minta sudu bekas
dipakai untuk dicium, tetapi bukan yang habis
dipakai utk makan ikan pais dan sayur masak
asam. Hanya ada satu sudu yang habis dipakai
untuk makan menu lainnya.

Amin memberikannya kepada lelaki buta tersebut
yang kemudian mencium sudu itu dan berkata,
"Bau sudu yang ini sedap juga, seperti habis
diguna untuk makan ayam bakar dengan sayur
ulam dan sambal belacan. "

Amin mengiyakan dan si lelaki buta memesan
makanan tersebut.
Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula
beberapa hari kemudian. Dia datang lebih awal
ketika belum ada satupun pengunjung yang
datang sehingga tidak ada sudu bekas diguna
yang boleh diberikan untuk dihidu.

Entah dari mana datangnya, tiba- tiba sifat nakal
bodoh Amin muncul. Dia menghampiri isterinya
yang berperanan sebagai tukang masak didapur.

Diberikannya satu sudu dan berkata,
"Yati, garu ketiak kamu" "Apa-apalah abang ni ?"
tanya Yati tak faham.
"Sudahlah ikut je lahhhh, untuk kemajuan restoran
kita," kata Amin setelah memaksa. Yati menurut,
mengusapkan sudu tersebut di "ketiak! nya" dan
menyerahkan kembali kepada Amin.

Dibawanya sudu tersebut ke lelaki buta yang
duduk menunggu. Lelaki buta melakukan seperti
biasa dan berkata,........
"Aku tidak menyangka makwe lamaku Yati
bekerja di sini..........boleh saya jumpa dia"
Amin: ???????????

tang... tang...tang.. Sesungguhnya Cinta itu
Butaaaa.......... "


 


 


walaupun buta masih ingat kat awek....syabas lah si buta....



__________________
juliyana@82

Date:

terima kasihlah kerana buat saya ketawa................

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard