Beberapa hari lepas aku ada peluang duduk semeja dengan pak lebai dari golongan tabligh yang dah merantau di Pakistan, India, negara2 Arab dan tak terkecuali di Acheh.
Bila aku tanya kenapa Acheh sebuah negara yang kuat pegangan agamanya dan mendapat jolokan Serambi Mekah, dilanda bencana yang paling teruk. Apakah bentuk peringatan yang ditunjukan oleh Allah S.W.T kepada kita sebenarnya.
Jawapan dia yang pertama yang juga merupakan satu pertanyaan, Pernah ke aku ke Acheh? Tentu jawapannya aku tak pernah ke sana. Itulah banyak orang yang tak tahu keadaan disana. Bila dia ceritakan perkara yang sebenarnya apa yang berlaku semasa dia disana pada tahun 1996 selama lebih sebulan, orang kata itu adalah fitnah.
Dia kesana bersama jemaahnya pada bulan puasa. Apa yang dilihatnya, menimbulkan kegaguman pada Islam disana. Orang yang bersembahyang jemaah disana untuk Maghrib dan Isyak memang ramai. Katakan masjid tu boleh muat seribu orang, yang pergi 3 ribu. Semua berduyun-duyun. Bukan satu masjid, bahkan hampir kesemua masjid menampung bilangan 2-3 kali ganda kapasiti yang boleh muat, melimpah sampai ke jalan.
Apabila tamat saja Ramadhan, bilangan amat jauh berbeza. Bilangan yang sembahyang jemaah hanya satu saf saja. Bila ditanya, jawapannya semua sibuk dengan kerja. Waktu Ramadhan, memang adat sembahyang jemaah dan tarawikh, macam satu pesta. Maknanya Islam disitu lebih kepada adat.
Bila malam bulan Ramadhan, memang diadakan Tadarus Al-Qur'an di masjid2. Tapi tadarusnya lain sekali dari Malaysia. Caranya dengan selalng seli antara bacaan oleh pihak perempuan dan lelaki yang berkumpul dalam satu bulatan. Antara waktu rehat, diadakan jamuan makan yang juga bercampur antara lelaki dan perempuan yang bertepuk tampar dalam masjid.
Disana juga ada pasentern atau sekolah agama. Pelajar perempuan memang diwajibkan bertudung. Tapi yang mengecewakan adalah, mereka memakai skirt yang menampakkan betis mereka. Sedangkan itu juga adalah aurat yang wajib ditutup.
Pada malam2 tertentu, diadakan ceramah agama. Tapi yang peliknya, ia lebih kepada cerita jenaka. Tak kira penceramah itu bercakap soal neraka atau syurga, pendengar akan ketawa terbahak-bahak sampai menepuk lantai, bukannya seperti kita yang kekadang sehingga menitis airmata keinsafan.
Dari segi penghayatan agama juga amat berlainan. Dalam satu rumah boleh ada agama yang berbeza. bapa mungkin seorang Islam, tapi anak belum tentu. Dalam satu rumah Islam, boleh ada ayat2 suci al-Qur'an dan boleh juga ada salib.
Si bapa yang Islam tidak akan menghalang anaknya menganut agama lain kerana Pancasila negara juga tidak menghalang. Jadi bila pak Haji ni nak jumpa bapanya yang Islam, anaknya boleh cakap, urusan agamu adalah urusan kamu, jangan ganggu agama aku dan bapanya boleh mengiyakan.
Kalau kita kata ramai Hafiz atau penghafaz Qur'an disana, kita silap. Di Malaysia lagi ramai. Kerajaannya sanggup mengeluarkan tawaran, barangsiapa anaknya Hafiz, anaknya beserta dia suami isteri akan dihantar ke Mekah untuk menunaikan haji secara percuma.
Apa yang berlaku disini adalah kerana ulama' disana telah dikatakan menjadi ulama' pemerintah. Ketika penjajahan Belanda, ramai ulama' Islam dibunuh dan kitab2 dibakar. Ulama' tulen telah hampir tiada dibumi Acheh.
Umat Acheh adalah Islam kerana adat sahaja, walaupun bukan semua. Mereka amat marah jika ada pihak menghina Islam, tapi Islam mereka tidak begitu sempurna.
Apa yang berlaku pada mereka adalah hampir sama dengan apa yang berlaku kepada kaum Nabi Luth mahupun kaum Nabi Nuh, mereka dihilangkan dari bumi Allah dan digantikan dengan kaum yang baru. Begitu juga yang berlaku di Bosnia misalnya.
Itu adalah salah satu pandangan yang aku perolehi. Ada juga pandangan dari orang lain yang aku lihat hampir sama dengan pandangan itu tadi.
Kemaafan aku pohon kalau ada yang terguris dan terasa dengan penjelasan ini. Walau apapun, bersama-samalah kita renungkan cerita pak haji itu tadi. Kalupun cerita itu tak betul, sekurang-kurangnya ada sedikit pengajaran.
Tsunami: Hebatnya Kekuatan Allah
....YUZLY....
Bencana Tsunami yang berlaku pada 26 Disember 2004 yang lalu masih menjadi tajuk hangat akhbar bukan sahaja di Malaysia tetapi akhbar antarabangsa. Ini kerana kesan dari bencana tersebut begitu hebat dan mengorbankan lebih daripada 150,000 jiwa dan kerosakan harta benda berbilion ringgit. Negara-negara yang menerima kesan gempa bumi dasar laut pada skala 9 ialah Indonesia, Malaysia, Sri Lanka, Pulau Maldives, India, Somalia, Kenya. Ombak setinggi 10 meter yang melanda tidak pernah dilihat manusia zaman ini. Di Indonesia beberapa pulau telah lenyap dari peta dunia berserta dengan penghuninya sekali.
Sebagai orang Islam kehebatan bencana alam ini seharusnya tidak menghairankan kalau dibandingkan apa yang akan terjadi bila kiamat berlaku. Pada waktu itu nanti ayah tidak pedulikan anak, perempuan yang mengandung akan gugur kandungannya kerana hendak menyelamatkan diri. Waktu itu tidak siapa yang selamat.
Bencana Tsunami ini sepatutnya membangunkan kita daripada tidur dan khayalan. Lihatlah betapa hebatnya kekuasaan Allah. Manakah kekuatan Kafir Amerika yang digeruni oleh orang Islam selama ini? Apakah kerana kesyirikan orang Islam zaman moden ini Allah telah memusnahkan mereka? Tanyalah diri kita sendiri.
Memang tak dinafikan Indonesia terletak di laluan gunung berapi dan gempa bumi. Tapi bila bencana berlaku, seorang yang bertakwa akan lebih dulu memuhasabah diri kerana mungkin ada amalan yang tidak diredai Pencipta Yang Maha Agong. Marilah kita melihat dari aspek kemungkinan bahawa bala ini merupakan hukuman Allah.
Acheh terkenal dengan jolokan Serambi Mekah. Apakah dari segi realitinya Islam itu betul-betul diamalkan oleh penduduknya. Kezaliman pemerintah Indonesia terhadap pejuang Islam dan kepada ulama sungguh terserlah. Mereka menurut apa yang Amerika mahu. Abu Bakar Basir difitnah dan dipenjarakan kerana menyampaikan ajaran Islam. GAM yang menentang kezaliman pemerintah Indonesia berjuang atas dasar apa? Apabila Allah menurunkan bala ianya akan mengena yang bertakwa atau tidak. Untungnya, yang bertakwa akan mendapat rahmat daripada Allah walaupun pada pandangan manusia ia kelihatan seperti hukuman juga. Begitu juga dengan kanak-kanak. Musnahnya bangunan-bangunan, rumah-rumah di Bandar Aceh tapi Masjid yang beratus tahun tidak terjejas. Mungkin Allah hendak membersihkan Serambi Mekah ini daripada bangunan yang dibina dari sumber haram.
Masih ingatkah kita sebuah Masjid lama di Turki tidak mengalami kerosakan padahal bangunan sekelilingnya ranap ke bumi semasa berlaku gempa bumi dulu.
Malaysia berbangga kerana berada di luar garisan gunung berapi dan gempa bumi. Maka pesta-pesta maksiat tidak dihiraukan malah mendapat sokongan kuat dari pihak berkuasa. Diadakanlah Pesta Penang Fullstop. Pesta ini dipromo habis-habisan oleh NTV7. Orang Melayu berpesta. Selang beberapa hari mereka berduka. Lihatlah perempuan- perempuan Melayu di pesta tersebut. Yang sedihnya perempuan yang bertudung pun turut terjerit-jerit. Bila bala datang ianya tidak memilih yang bertudung, kanak-kanak atau sesiapa sahaja. Konsert Sureheboh sudah dilancarkan. Mufti telah mengharamkan. Tapi tidak dihiraukan. Tunggulah balanya nanti. Banjir paling teruk telah melanda Kelantan. Hukum Allah dicabar di mahkamah. Rakyat Kelantan memberi sokongan kepada mereka yang mencabar hukum Allah ini.
Tunggulah masanya. Belajarlah dari sejarah umat-umat yang terdahulu di zaman Nabi Lut, Nabi Salleh, Nabi Noh. Perdana Menteri telah mengarah supaya tidak berpesta seperti biasa ketika menyambut tahun baru 2005. Penganjur pesta maksiat ini yang kebanyakan orang Melayu akur. Seruan yang sama telah disuarakan oleh alim ulama sejak dulu lagi kerana bertentangan dengan Islam tapi tak dihiraukan. Bukankah syirik namanya? Semoga kita dilindungi dari bala Allah.
Kerajaan Thailand telah membunuh beratus-ratus orang Islam pada bulan Ramadhan yang lalu. Sedih kita melihat saudara kita menangis atas syahidnya keluarga. Ombak Tsunami membalas dengan membunuh beribu-ribu rakyat Thailand dan pelancong asing di bandar maksiat Phuket. Bukan itu sahaja berjuta-juta ringgit kerosakan harta benda juga dilaporkan.
Di Sri Lanka, kekejaman tentera Tiger Tamil Ilam dan juga tentera kerajaan terhadap penduduk Islam bukan menjadi rahsia lagi. Apakah Bencana Tsunami yang mengena Sri Lanka merupa balasan kepada perbuatan mereka?
Pulau Maldives sebuah negeri penduduk Islam. Presidennya seorang Islam yang berkelulusan Universiti Al Azhar. Pulau ini merupakan pusat peranginan yang popular di kalangan pelancongan dari barat. Nilailah sendiri akan apa yang disediakan di hotel-hotel dan tempat- tempat peranginan di Negara ini. Mungkinkah Tsunami merupakan amaran kepada Presiden berkelulusan Al Azhar ini?
Di India penindasan Hindu kepada orang Islam sudah diketahui umum. Sehingga Masjid mereka pun dirobohkan. Memang layak mereka menerima sedikit balasan daripada Allah.
Bencana Tsunami sepatutnya menyedarkan kita dari khayalan dan kederhakaan kita kepada Pencipta Yang Maha Gagah. Marilah sama-sama kita berdakwah menyampaikan apa yang patut disampaikan sekadar yang kita mampu. Larangkan anak-anak kita, ahli keluarga kita dari berada di tempat-tempat maksiat seperti Konsert Sureheboh. Orang Islam tidak akan maju dengan Konsert Sureheboh dan pesta maksiat yang lain.