Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Aku.Wira.Kamu


Modestos

Status: Offline
Posts: 3401
Date:
Aku.Wira.Kamu


Mister Rie wrote:
tak terpikir la gab... apa ek azabnya?

Tergamam kejap aku bila CEO Rie Cipan bertanya aku soalan ni tempohari bilamana membincangkan hal azab buat org2 yg kufur nikmat. Hoh! Tu la.. soh gi sekolah, ponteng.. Apa azab buat org2 yg kufur nikmat pun ko tak tau? Meh sini aku cakap.. AKU PUN TAK TAU! Huarghh! Huarghh! biggrin Adalah lebih afdhal ko bertanya pada ustaz2 ya Encik Rie..

Tapi yg pasti, Allah S.W.T telah berfirman, dlm Surah Al-Ibrahim, ayat 7 yg bermaksud "Dan ingatlah tatkala Tuhan kamu (Allah S.W.T) memberitahu, demi sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambahkan nikmatKu kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, ingkar, azabKu amatlah keras".

Aku pun tak faham, apa lagi yg tidak puas hatinya lagi dgn negara kita ni. Pada aku, beruntung sgt kita, semuanya ada. Of coz, takde negara yg perfect dlm dunia ni. Takde negara yg boleh jd serba serbi indah, serba serbi mudah, kalau ada minyak - minyak free, ada makanan - makanan free, rumah, makan pakai free.. x payah kerja - gaji tinggi.. bebas berbuat sesuka hati.. Oppss! Aku silap.. Ada satu "negara" yg sebegitu indah mcm tu.. Negara itulah Syurga Allah S.W.T...

Tapi kalau dh negara tu mengamalkan budaya politik, bgtau aku mcmmana negara tu nk menjadi indah spt syurga? Toksah tipu la.. tak kira la politik apa pun, kalau ada mainan politik, mmg negara akan musnah. Buat reformasi pun takkan berubah, selagi hati2 kotor pemimpin tak berubah.. Sebut reformasi, teringat kisah lama.. Ya.. aku pun pernah bersama "Wira" melaungkan reformasi satu ketika dulu. Pernah gak la merasa betapa pedihnya bijik mata aku terkena gas pemedih mata FRU. Giler.. punya la pedih siap kuar hingus automatik, korg tak boleh kontrol hingus tu kuar.. paling penting, betapa aku pernah gak la jatuh cinta dgn anak dara beliau, puteri reformasi pd masa tu.. tp syok sendiri la.. biggrin

Tapi hari ni, aku terfikir sendiri.. Terpana kejap dgn tindak tanduk "Wira" kebelakangan ini. Kenapa "Wira" sanggup meng'halal'kan budaya 'berpaling tadah'? Bukankah berpaling tadah tu sgt2 tidak bermoral? Kenapa "Wira" perlu canang2kan tanpa segan silu nk menjemput "30 toyol" (kalau ada la..) masuk ke kem "Wira" demi "Wira" nk meraih jawatan sebagai No.1 negara dgn segera?

Mungkin persoalan aku kali ini agak sukar diterima penyokong2 "Wira".. Mungkin Rie Cipan, Zul Yahya, Mat The Gaytics, Gayah akan marah aku seakan bencikan  "Wira". Tapi ketahui la, aku juga pernah merespek beliau. Tapi tindak tanduk "Wira" kebelakangan ini, buat aku malu sendiri. Kenapa mesti pilih jalan ini utk "naik ke atas"? Apa "Wira" tak boleh tunggu dlm 5 tahun lagi ke, jd Perdana Menteri secara terhormat.. dgn mengalahkn kerajaan secara undian rakyat Malaysia? Malaysia ni kan negara yg mengamalkan Demokrasi Berperlembagaan. Para pemimpin dipilih melalui undian rakyat iaitu Pilihanraya Awam.

Aku pun tak tau kenapa "Wira" memilih sebegini. Agaknya "Wira" takut umur beliau tak panjang, tak sempat tunggu 5 tahun lagi, nnti kempunan nk jd Perdana Menteri.. atau paling ditakuti, dlm tempoh 5 tahun lagi, sokongan rakyat pd kem "Wira" akan berkurangan agaknya. Jd kem "Wira" terpaksa memilih menghasut sebilangan pemimpin lawan, berpaling tadah sekarang, tatkala kem "Wira" tgh kuat, tgh mendapat sokongan org ramai.. begitu ke?

Nasihat aku pd "Wira", stop this nonsense.. kalau pun berhajat menjadi org No.1 Malaysia, dan tuan pasti berjaya memulihkan negara ini menjadi ibarat syurga, lakukanlah.. tp lakukan dgn cara yg dihormati.. Kalau perlu tunggu 5 tahun lagi, tunggu la.. kalau benar rakyat Malaysia semakin ramai menyokong tuan, tidak perlu la ada timbul kegusaran dari pihak tuan.. nescaya kalau tuan pemimpin yg benar, akan tuan beroleh kejayaan.. Tak perlu risau, Allah S.W.T Maha Mengetahui..

Gilerr.. Gilerr.. Ini la pertama kali aku bercerita politik.. Rie Cipan, ko rasa posting aku ni boleh masuk suratkhabar tak? biggrin Sesungguhnya tak best langsung senario politik negara kita skrg ni.. Bukan hapa, aku sememangnya benci sgt perbuatan BERPALING TADAH ni. Ini pulak ada yg tanpa segan silu mengajak org berpaling tadah. Tak kira la apa kata korang, tp respek aku dh hilang.. Dah! Dah! Ckp panjang2 kang kena ISA 2 tahun pulak aku ni.. Adalah lebih elok aku duduk bersimpuh menikmati hidangan.. Hoh! Dah kul 11am.. masuk waktu berbuka puasa bagi Wilayah Timur Laut Moscow, Russia dan neraka sewaktu dgnnya.. kena la aku buka puasa ni.. Nyumm.. Nyuumm... biggrin

GaBRiEL The Nukes (Tokey Modesto's GC)



__________________

"Sejahat-jahat manusia, adalah sebaik-baik jin. Sejahat-jahat jin, adalah sebaik-baik Mister Rie.."



Senior Member

Status: Offline
Posts: 323
Date:

abg GAB..malas nye nk baca..pnjang nor..

__________________
YucHi Not EppY \:D/ hehehehe


Modestos

Status: Offline
Posts: 3401
Date:

YuCHi ElmiNa@PlaTiNuM PriNCEsS wrote:
abg GAB..malas nye nk baca.. pnjang nor..

Ko ingat ko sorg je malas nk membacanya? Abg Gab sendiri pun malas nk membaca apa yg abg tulis kat atas tu.. Mmg panjang sgt, laksana karangan Bahasa Melayu ujian percubaan UPSR je.. tapi nk buat camne, dh Abg Gab ni terkenal dgn serba serbi panjang2 (kecuali 'panjang tangan'). Bkn mcm Abg Rie, terkenal dgn pendek2..

Dari adik membuang masa lapang adik membaca karangan tahap jamban abg kat atas tu, adalah lebih afdhal adik Yuchi mengeluarkan diri berdating dgn abg sambil kita jalang2 cari kuih buat bukak pose kang.. pas bukak pose, kita bukak la plak apa2 yg patut.. biggrin



__________________

"Sejahat-jahat manusia, adalah sebaik-baik jin. Sejahat-jahat jin, adalah sebaik-baik Mister Rie.."

ZUl


Super Member

Status: Offline
Posts: 1414
Date:

inilah dinamakan balasan
walaupun aku tidak setuju mengambil alih kerajaan
dari jalan belangkang tetapi siapa yang mula² berbuat demikian
sapa yang percetusnya....setiap pebuatan mesti ada pembalasan
jangan ingat ALLAh lupa aper yang telah kita lakukan

nyawa umat islam dimamali masih lagi dalam ingatan....al fatiahah






__________________

Sejahil-jahil Peragai YAHUDI ....JAHIL Lagi Tingkah Laku ICU


Senior Member

Status: Offline
Posts: 323
Date:

yuk abgGAB..nk mkn pe erk berbuka nnt..

tp YUCHI xmo la beli kuih...

YUCHI nk PIZZA...

mcD..KFC...AYAM NANDOS..

KENNY ROGERS..cukup r..

kta g cari bnde ni je la abgGAB...

__________________
YucHi Not EppY \:D/ hehehehe


Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

So Wira tu dah kena la kan balasan dia dengan dipecat dan dimalukan seluruh dunia... so betul la apa dia buat sebelum ni?

Abih agaknya kalau kerajaan baru dah berubah... apa yang bertukar agaknya?

Harga minyak konfem turun...

tapi yang lain? Rasuah? Rasuah takkan hilang... sebab nak ajak lompat pun dah kena kasik rasuah...

Agihan perdana menteri mengikut kaum? Mungkin ada sistem penggiliran perdana menteri mengikut kaum sebab ni kan negara MALAYSIAN!!!

Dan aku heran... tuk guru dah lama berjuang menentang kerajaan sekarang dari dulu lagi dan menjadi pembangkang paling lama menentang kerajaan... alih-alih yang jadi PM ialah pembangkang yang baru setahun jagung jadi pembangkang.... tak ke gila kuasa namanya tu?

Kalau si wira plak dah jadi PM, so camana plak tuk guru nak menegakkan negara Islam seperti yang diperjuangkan? Si Wira nak buat? Wira pun buat konsert sampai tunjuk punggung, apetah lagi nak menegakkan negara Islam...

Lepas tu plak... terdengar la KONONNYA azan tak boleh pakai speaker dan tak boleh guna jawi kat papan tanda... Tak kisah la cerita tu betul ke atau tak atau hanya putar belit media kerajaan... Tapi yang aku heran... parti tuk guru langsung tak berbunyi... langsung tak bersuara... berbisik pun tak... SEBABNYA, KO GENG AKU... so tak payah bising...

Lepas tu plak... aku lagi la heran... hari2 wira dok canang kerajaan sekarang duk rasuah sana sini... tapi langsung takde satu pun laporan BPR yang dibuat... kalau laporan dibuat tapi BPR tak pegi tangkap tu lain citer... ni langsung takde laporan.... tapi si wira yang melingkup dalam penjara sebab rasuah... tapi takpe... dia dah kena pembalasan Tuhan....

Tapi tengok cara dia gila kuasa aje dah cukup... aku lebih suka tuk guru jadi PM baru dari orang yang canangkan diri dia sendiri jadi PM... bila dah jadi PM, akibatnya, huru-haralah negara sebab masing2 pun nak jadi PM.... pastu yang 30 orang dari parti kerajaan yang nak melompat tu dijanjikan plak jawatan menteri... adeeii.. abih orang yang dah lama dalam pembangkang pun nak jadi menteri.... so... berebut-rebutlah nanti tu...

Yang nyata nya... pembohongan tetap nampak.... dari kerajaan mahupun pembangkang... last-last boss aku yang rugi ribu2 ringgit sebab saham jatuh masa 16 september dulu.... tu nak kata sapa punya angkara tu?


Keseimpulan dia... rata-rata rakyat marah sebab minyak dan harga barang... tapi sebenarnya dari sudut lain, kerajaan yang ada sekarang lebih baik pengurusannya walaupun ada segelintir toyol... tapi yang aku lebih nampak... kerajaan yang ada sekarang masih lagi bertuankan Melayu...

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Senior Member

Status: Offline
Posts: 323
Date:

harga myk mna nk trun klu harga myk dunia xtrun???

xkisah la pe2 pn..yg penting klu ley nk kerajaan bertuan kn melayu..

xmo la bangsa asing...nnt de bnde yg mengarut yg jd..

mau berkecamuk dunia...

tatutnye...

__________________
YucHi Not EppY \:D/ hehehehe


Modestos

Status: Offline
Posts: 3401
Date:

ZUl wrote:
inilah dinamakan balasan walaupun aku tidak setuju mengambil alih kerajaan dari jalan belakang tetapi siapa yang mula² berbuat demikian sapa yang percetusnya.... setiap pebuatan mesti ada pembalasan jangan ingat ALLAh lupa aper yang telah kita lakukan

nyawa umat islam di mamali masih lagi dalam ingatan... al fatihah

Tu la.. aku ingat ko x sedar Zul Yahya.. cuba ko renung dlm2 diri.. ko tau benda tu x elok.. in fact ko sendiri ngaku benda tu pun ko x suka.. tapi kenapa akal fikiran mesti ikut jugak? Adakah sbb sifat2 amarah, benci pd pihak lain tu dh semakin membuak2 dlm hati, maka kita sanggup ketepikan kata hati kita.. Kenapa nk merosakkn diri dgn nafsu amarah.. sedangkan amarah itu sebenarnya takde kena mengena dgn diri kita pun.. sesaja suka2 nk marah, tak puas hati..


Aku tak pandai nk bg ceramah agama.. tp aku tau Allah S.W.T. tidak menyenangi sesiapa yg melakukan kerosakan ke atas diri sendiri, dgn tangannya sendiri.. Alaaa.. Ko kan hero citer "Pepaya", Zul Yahya.. xkan la menda2 camni ko tak bleh fikir.. biggrin



__________________

"Sejahat-jahat manusia, adalah sebaik-baik jin. Sejahat-jahat jin, adalah sebaik-baik Mister Rie.."

ZUl


Super Member

Status: Offline
Posts: 1414
Date:

Mister Rie wrote:

So Wira tu dah kena la kan balasan dia dengan dipecat dan dimalukan seluruh dunia... so betul la apa dia buat sebelum ni?

Abih agaknya kalau kerajaan baru dah berubah... apa yang bertukar agaknya?

Harga minyak konfem turun...

tapi yang lain? Rasuah? Rasuah takkan hilang... sebab nak ajak lompat pun dah kena kasik rasuah...

1)Agihan perdana menteri mengikut kaum? Mungkin ada sistem penggiliran perdana menteri mengikut kaum sebab ni kan negara MALAYSIAN!!!

2)Dan aku heran... tuk guru dah lama berjuang menentang kerajaan sekarang dari dulu lagi dan menjadi pembangkang paling lama menentang kerajaan... alih-alih yang jadi PM ialah pembangkang yang baru setahun jagung jadi pembangkang.... tak ke gila kuasa namanya tu?

Kalau si wira plak dah jadi PM, so camana plak tuk guru nak menegakkan negara Islam seperti yang diperjuangkan? Si Wira nak buat? Wira pun buat konsert sampai tunjuk punggung, apetah lagi nak menegakkan negara Islam...

3)Lepas tu plak... terdengar la KONONNYA azan tak boleh pakai speaker dan tak boleh guna jawi kat papan tanda... Tak kisah la cerita tu betul ke atau tak atau hanya putar belit media kerajaan... Tapi yang aku heran... parti tuk guru langsung tak berbunyi... langsung tak bersuara... berbisik pun tak... SEBABNYA, KO GENG AKU... so tak payah bising...

Lepas tu plak... aku lagi la heran... hari2 wira dok canang kerajaan sekarang duk rasuah sana sini... tapi langsung takde satu pun laporan BPR yang dibuat... kalau laporan dibuat tapi BPR tak pegi tangkap tu lain citer... ni langsung takde laporan.... tapi si wira yang melingkup dalam penjara sebab rasuah... tapi takpe... dia dah kena pembalasan Tuhan....

Tapi tengok cara dia gila kuasa aje dah cukup... aku lebih suka tuk guru jadi PM baru dari orang yang canangkan diri dia sendiri jadi PM... bila dah jadi PM, akibatnya, huru-haralah negara sebab masing2 pun nak jadi PM.... pastu yang 30 orang dari parti kerajaan yang nak melompat tu dijanjikan plak jawatan menteri... adeeii.. abih orang yang dah lama dalam pembangkang pun nak jadi menteri.... so... berebut-rebutlah nanti tu...

4)Yang nyata nya... pembohongan tetap nampak.... dari kerajaan mahupun pembangkang... last-last boss aku yang rugi ribu2 ringgit sebab saham jatuh masa 16 september dulu.... tu nak kata sapa punya angkara tu?


Keseimpulan dia... rata-rata rakyat marah sebab minyak dan harga barang... tapi sebenarnya dari sudut lain, kerajaan yang ada sekarang lebih baik pengurusannya walaupun ada segelintir toyol... tapi yang aku lebih nampak... kerajaan yang ada sekarang masih lagi bertuankan Melayu...



1)itu tidak mungkin kerana didalam pelembangaan hanya org melayu beragama islam sehaja yang boleh jadi pm .... klau nak rombak sekali pun terpaksa  mintak persetujuan dewan rakyat & agong....(so xda isu)

2)mula² jatuhkan dulu org yang dah hilang pedomen sebab terlalu lama  mendapat kuasa...kemudian cari jalan untuk ISLAM & MELAYU bersatu...
kebiasaan bila dalam susah senanglah manusia ingat pada perciptanya....
(mungkin lepas nie ada parti baru berteraskan islam wujud....insyaallah)

3) cukup terasa kok masuk ISA dgn isu azan... xpayah nak cari masalah dgn isu yang x jelas...mungkin khabar angin xperlu Tok guru buat penjelasan (xda bukti)

4)Isu kejatuhan saham xda kena mengena dgn 16 sept ... xkan hebat sangat WIRA sebab tarikh 16 sept LEHMAN BROTHER kena jual ...AIG nak bankrup...
saham US jatuh hampir 500 mata...(cerita untuk tipu org kg ....kesian)


APA PUN aku amat berharap malaysia tetap maju dan makmur
bersama negara kebajikan (sempat lagi tu)..hahaha











__________________

Sejahil-jahil Peragai YAHUDI ....JAHIL Lagi Tingkah Laku ICU


Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

1)itu tidak mungkin kerana didalam pelembangaan hanya org melayu beragama islam sehaja yang boleh jadi pm .... klau nak rombak sekali pun terpaksa mintak persetujuan dewan rakyat & agong....(so xda isu)

(Memang la tak mungkin, tapi tokey roket tu dok mintak.... perlembagaan boleh diubah, kalau la kata tokey roket tu menang 100% kat malaysia, orang melayu ke akan jadi PM? Bila dah wira berkuasa nanti, lagi la senang diorang dok mintak...perlembagaan boleh diubah dik, macam ISA... itupun termasuk perlembagaan, kan nak dimansuhkan kalau diorang berkuasa. So perlembagaan boleh diubah. Dan perlu diingat, tokey roket dok canang Malaysian Malaysia iaitu sesiapa pun boleh menjadi TUAN di negara ni.... memang la mula2 wira jadi PM dulu... SELEPAS ITU? Takkan TOKEI duk diam je kot, hak keistimewaan Melayu pun diorang suh mansuh, apatah lagi takat PM melayu tu)

2)mula² jatuhkan dulu org yang dah hilang pedomen sebab terlalu lama mendapat kuasa...kemudian cari jalan untuk ISLAM & MELAYU bersatu...
kebiasaan bila dalam susah senanglah manusia ingat pada perciptanya....

(Takpe, 2010 orang yang hilang pedomen tu akan turun dan diganti dengan penggantinya, tapi lagi teruk kalau Malaysia diperintah oleh Wira yang langsung takde pedoman dan tak dapat terima hakikat yang beliau tak dapat membentuk kerajaan Malaysia dalam masa terdekat ni, tak sabar nak tunggu PRU akan datang, dan sanggup memberi habuan kepada mereka yang nak lompat. Kalau iya pun terjadi pertukaraan kerajaan sekali pun, adakah kerajaan baru ni berpedoman? Pada aku hanya parti Tuk Guru je berpedoman, sebab tu la parti tuk guru sanggup menunggu PRU untuk menjatuhkan kerajaan, sebab itu cara yang paling jujur. Kalau kalah, terima dengan hati terbuka. Jadi pembangkang yang baik di parlimen. Sebagai contoh tengok saja la di Perak. MB nye parti tuk guru, tapi corak pemerintahannya tak sama langsung dengan Kelantan yang amat Islamik.... kat perak pusat hiburan ditutup ke? Aku rasa kerajaan sekarang dah cukup dapat pengajaran, memang mereka lalai dan hilang pedoman, tetapi dengan arus senario politik sekarang ni, aku rasa mereka dah terima balasannya dan masa ni lah masa untuk membetulkan keadaan.... sebab tu lah Pok Cik tu nak turun 2010)

3) cukup terasa kok masuk ISA dgn isu azan... xpayah nak cari masalah dgn isu yang x jelas...mungkin khabar angin xperlu Tok guru buat penjelasan (xda bukti)

(Dah lupa ke dengan video perempuan bogel ketuk ketampi dalam balai polis yang didakwa teresa sebagai gadis China, kemudian diperjuangkan habis-habisan bahawa kerajaan pada masa itu zalim terhadap wanita (sebab sama kaum dengan dia) tiba-tiba seorang gadis melayu mengaku yang itu adalah dia, terus teresa senyap silu even nak meminta maaf sekali pun, yaa... sebab teresa nak memperjuangkan sesuatu walaupun pada akhirnya memakan diri dia sendiri, walaupun dia membuat tuduhan tanpa usul periksa, so samalah juga dengan isu azan, memang takde bukti teresa buat kerja tu, sebab sebelum teresa nak buat abang toyo dan angkatannya dah bising dulu, sebab memang terjadi ada satu masjid tak pakai speaker, sebelum teresa meleluasakan perkara ni, baik abang toyo bising dulu.... walaupun takde bukti, dan akhirnya teresa dan partinya berjanji takkan terjadi perkara azan ni, bayangkanla kalau ORANG MELAYU diamkan aje, apa akan terjadi? Sama la modus operandinya masa teresa BERBUNYI pasal video ketuk ketampi tu.... At Least Kita kena tunjuk MALAY POWERS walaupun hanya khabar angin.....jangan duk diam je sebab KO GENG AKU....)

4)Isu kejatuhan saham xda kena mengena dgn 16 sept ... xkan hebat sangat WIRA sebab tarikh 16 sept LEHMAN BROTHER kena jual ...AIG nak bankrup...
saham US jatuh hampir 500 mata...(cerita untuk tipu org kg ....kesian)

(Bang, 16 Sept punya worst bukan hanya berkait dengan Isu saham je, Isu saham tu hanya sebahagian saja dari trilogi 16 september tu, yang nyatanya banyak lagi benda lain yang kasi effect, yang paling utamanya kebimbangan kakitangan2 awam yang menunggu dengan penuh debar, ada kebanyakan mereka dah memikirkan terpaksa mencari kerja baru kerana pertukaran kerajaan akan membuatkan mereka hilang jawatan... Kebimbangan para penender yang ada kontrak dengan kerajaan juga terkena tempias dimana mereka menghentikan kerja-kerja kerana khuatir kontrak akan tamat serta-merta.... tapi yang nyatanya, memang kerajaan yang ada sekarang gelabah dengan apa yang wira buat tu, terpaksa la kerajaan buat macam2 seperti lawatan sambil belajar tu, dah abih duit rakyat.... kerajaan tipu orang kampung je, tapi wira tipu satu malaysia malah satu dunia yang dia dah ambil alih kerajaan sehingga agensi berita AFP pun buat laporan hasil penipuannya.... dah dah la tu... baik duk diam biar orang lain perintah seperti yang diamanahkan oleh rakyat pada PRU lalu)


Apsal tanak ulas yang ini?
(Lepas tu plak... aku lagi la heran... hari2 wira dok canang kerajaan sekarang duk rasuah sana sini... tapi langsung takde satu pun laporan BPR yang dibuat... kalau laporan dibuat tapi BPR tak pegi tangkap tu lain citer... ni langsung takde laporan.... tapi si wira yang melingkup dalam penjara sebab rasuah... tapi takpe... dia dah kena pembalasan Tuhan....

Tapi tengok cara dia gila kuasa aje dah cukup... aku lebih suka tuk guru jadi PM baru dari orang yang canangkan diri dia sendiri jadi PM... bila dah jadi PM, akibatnya, huru-haralah negara sebab masing2 pun nak jadi PM.... pastu yang 30 orang dari parti kerajaan yang nak melompat tu dijanjikan plak jawatan menteri... adeeii.. abih orang yang dah lama dalam pembangkang pun nak jadi menteri.... so... berebut-rebutlah nanti tu...)





__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila
ZUl


Super Member

Status: Offline
Posts: 1414
Date:


Spoiler


Sapa kata xda ....

a) PKR bawa isu Balkis ke BPR
   (http://newsyoumavemissed.blogspot.com/2008/05/pkr-bawa-isu-balkis-ke-pr.html)

b)Laporan BPR terhadap MB NS
  (http://amkns.blogspot.com/2008/04/laporan-bpr-terhadap-mb-ns.html )

c) Laporan pertama pada 5 Ogos lalu tidak dipedulikan oleh BPR
 (http://www.myblogmix.com/malaysiaku/dollah-guna-duit-kem-penerangan-untuk-perjumpaan-dan-rasuah-ahli-umno)


banyak lah cuma dia org sibuk xsempak nak siasat....byk kerja lain kut...
klau tgk saluran Rtm & Tv3 memang lah xda... (jadi ada kan...)


xkisah sapa yang nak jadi PM yang penting ISLAM jadi teras...
itu kata TGHH ... klau x PAS akan kuar pakatan....
memang kena gila kuasa ...kalau xda kuasa cam  manernak tegakkan undang²
islam .... xkan nak berperang....

itu adalah fitnah semata² xda pun bukti dia org nak yg lompat akan jadi menteri....


Syukur minyak turun sepuluh 10 sen.....
bagusnya kerajaan malaysia memahami kesusah rakyat
infalasi dah cecah 8.5%.......
(pikr dulu sebelum undi.....)



-- Edited by ZUl at 12:58, 2008-09-25

__________________

Sejahil-jahil Peragai YAHUDI ....JAHIL Lagi Tingkah Laku ICU


Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

banyak lah cuma dia org sibuk xsempak nak siasat....byk kerja lain kut...
klau tgk saluran Rtm & Tv3 memang lah xda... (jadi ada kan...)

(ok, ada laporan, tapi ada laporan terhadap Pokcik ngan Pokjib? Takkan la wira bodo sangat kalau laporan ada terhadap mereka berdua tapi takde tindakan dilakukan, wira takkan duduk diam... dia mesti lakukan sesuatu, abih tidak pun dia akan report SAHABAT KARIBNYA iaitu amerika bahawa BPR kat sini tunduk pada pemerintah... tapi takde pun berita tu... takat blog adress yang ko tunjukkan tu hari2 aku baca. .. harakahdaily pun hari2 aku masuk... tapi beritanya takde apa yang lebih dari nak perintah negara pada 16 sept ni.... harakahdaily pun macam dah malas nak siarkan rancangan wira untuk jadi PM.... tapi aku rasa, takat berita rasuah, tengok berita RTM ngan TV3 pun aku bleh dapat maklumat, kan dah berpuluh2 kes rasuah orang UMNO di laporkan dalam berita RTM dan TV3, malah kes berjudi pun aku dah tengok... tapi yang wira dok canang, pemimpin kerajaan dok rasuah... tu aku heran, pokcik ngan pokjib takde kisah pun pasai diorang? Apa kata wira sendiri yang gi report kata 2 kepala ni makan rasuah...sama la macam sebelum PRU dulu, wira dok kata SPR ni kuda tunggangan kerajaan, dok bawak pengundi hantu, SPR akan pastikan kerajaan menang... tapi bila PR menang besar camni, kenapa diam? Kenapa tak tuduh SPR cam tu lagi, sama la retoriknya menuduh BPR kuda tunggangan kerajaan...masa buat perhimpunan BERSIH tu pun sebenarnya satu propaganda nak raih undi je, yang nyata SPR memang telus... kat permatang pauh pun dia menang)



xkisah sapa yang nak jadi PM yang penting ISLAM jadi teras...
itu kata TGHH ... klau x PAS akan kuar pakatan....
memang kena gila kuasa ...kalau xda kuasa cam manernak tegakkan undang²
islam .... xkan nak berperang....

itu adalah fitnah semata² xda pun bukti dia org nak yg lompat akan jadi menteri....

(bro, maksud gila kuasa ni ialah "Saya akan ambil alih kerajaan dan saya akan jadi PM ke 6"... ini maksud gila kuasa.... kalau tak gila kuasa "Kami akan ambil alih kerajaan dan kita akan minta undi dari ahli-ahli pakatan bahawa siapa yang berhak jadi PM"... ini baru betul, ini baru tak gila kuasa.... tapi sebelum 16 sept dah dicanang-canang bahawa SAYALAH PM... SAYALAH pemimpin baru... kesian tuk guru, dari dulu duk menentang kerajaan sampai terkeluar amanat kafir mengkafir, alih-alih orang lain jadi PM... tak ke gila kuasa namanya tu..... ok... memang tak kan berperang kalau nak tegakkan undang-undang.... Islam pun cintakan keamanan... tapi tak retikah menerima qada' dan qadar Tuhan bahawa pemerintahan di Malaysia ni akan bertukar setiap kali PRU? Tak bolehkah tunggu 5 tahun lagi? Selepas tu kalau PR ambil alih kerajaan sekalipun awak yakin ke yang negara Islam akan tertegak? ke sama je dengan corak kepimpinan Islam pimpinan Pokcik ni? Di selangor, apa bezanya pemerintahan dulu dan sekarang? Pusat perjudian ditutup ke kat selangor? Pastu buat Karnival Minyak Turun siap ada konsert, tetapi siap dibantah oleh wakil dari tuk guru, tapi konsert tu tak dihentikan pun....takde bezanya parti tuk guru bergabung ngan parti wira ke ataupun parti pokcik... sebab dua-dua pun sama... yang berbeza ialah parti tuk guru...memang harapan dari dulu lagi aku nak tengok parti tuk guru memerintah... tegakkan Islam... tapi akhirnya hanya melukut di tepi gantang.... memang patut tuk guru kluar dari pakatan... sebab sebenarnya parti tuk guru tak perlukan pakatan sebab kalau diorang hantar calon kat semua adun dan parlimen seluruh malaysia, gerenti diorang menang.... tapi sebab dah ada pakatan, terpaksa agih kerusi...aku berani jamin, tak pakai peralihan kuasa pun, ikut PRU hari tu, gerenti tuk guru jadi PM....)

(yang pasal lompat jadi menteri tu, apsal plak ianya fitnah, sebab benda tu tak berlaku lagi pun, lain la kalau dah berlaku dan ia bawak cerita tak betul... itu ialah fitnah.... apa yang dikatakan ini bukanlah fitnah tetapi serkap jarang atau perasaan tak sedap hati, boleh dikatakan satu tanggapan buruk... ok lah, kalau awak jadi seorang boss, awak nak seorang pekerja yang hebat dari kompeni lain, apakah yang awak akan janjikan kat pekerja tu agar pekerja tu kerja dengan awak? Sudah mestinya gaji yang lebih mahal dan jawatan yang lebih baik... kalau sama je ngan kompeni lama, baik pekerja tu kerja je kat kompeni lama, sebab pekerja tu dah tau dah selok belok dan environtment tempat kerja lamanya.... ni kalau tukar kerja plak kang tak tau lagi camana hati budi boss, hati budi member2... undang2 dia lagi... so sama la cam kes katak lompat ni... takkanlah wira nak pakai mulut je ajak lompat...mestilah dengan janji2 manis... kita agak-agak je la... may be dijanjikan jawatan menteri.... takkan nak kata wira kasik rasuah plak kot...beliau kan baik... so mestilah dia kasi jawatan.... kalau tak buat apa nak lompat sebab sah-sah skang diorang memang kerajaan)


Syukur minyak turun sepuluh 10 sen.....
bagusnya kerajaan malaysia memahami kesusah rakyat
infalasi dah cecah 8.5%.......
(pikr dulu sebelum undi.....)

(syukur jugak minyak turun, tapi inilah sebenarnya punca kemarahan rakyat kat kerajaan ni, aku pun marah jugak, naikkan minyak sesuka hati...kerana sebab ni abih semua reputasi yang dibina selama ni... tapi bila duk pikir2 balik.. kerajaan dah turunkan 25 sen selepas minyak naik tempohari... kalau ikut wira dia nak turunkan 50 sen.... dari harga 2.70 dulu.... cuma cara pokcik ni dia buat lambab2 nak turun... tapi turun gak la... tapi sepatutnya yang dijanjikan wira ialah menurunkan minyak 50 sen dari harga 1.95 iaitu harga sebelum PRU dulu tu... itu janji wira...bukan dari 2.70... ok... meh kita tengok... dapatkah wira menurunkan minyak dari 1.95 ke 1.45 bukannya dari 2.70 ke 2.20... sebab 2.20 adalah masih mahal dari harga 1.95 masa pokcik memerintah dulu.. dan harga 1.95 ni la yang duk buat rakyat marah sangat.... so mari kita lihat sapa yang kena...)


adoiii.. ponek betul aku berceramah... nak minum air jap la... CTIEEE... bawak air tu...

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Super Member

Status: Offline
Posts: 2028
Date:

uiks..apa topik yg dibincangkan ni? hebatnyeeeee...

abe rie..gayah rasa, la...Tok Guru tu diam bukan bererti dia mengalah tapi dah menyampah dengan kerenah yang berlaku sekarang. Wawasan Tok Guru ialah membentuk kerajaan yang berteras dan berlandaskan hukum2 Islam. Tapi apa yg terjadi sekarang sebaliknya..ialah bila je TG bersuara nak melaksanakan hukum Hudud, ramai la pulak yg pandai2 mengatakan nanti SEMUA orang kudung tangan. Logiknya org yg bersalah je la yg kudung tangan, itupun setelah mengikuti sepenuhnya syarat2 hukum hudud itu, tapi SEMUA plak yg kudung tgn.. apa ni??
itu baru bab kudung tangan akibat mencuri, belum lagi yg lain2...mcm, kes lompat parti tu

Jadi drp TG bising2 menambah dosa dan pening kepala, lebey baik TG berdiam diri..lantak korang la apa nak jadi..harga minyak naik ke, harga barang naik ke, kehidupan TG begitu jugak..sentiasa low profile

yang kes si wira tu..tak brani la nak komen...kang bak kata si Gab the nukes, kena ISA plak den....tapi bak kata pepatah..."kl xde angin, masakan pohon bergoyang"

ahaks........

__________________

nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee

 



Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

dik gayah... yang abang maksudkan TUK GURU tu ialah keseluruhan parti bulan tu.. bukan merujuk tuk guru tu sorang je...

Aku ni plak kang kena tahan ISA ni kang.. banyak plak cakap aku today..

Encik Isa : Encik rie... awak ditahan sebab awak kurang sopan di bulan romadhon ni...

Mister Rie : Aisee... jangan la tahan saya encik ISA... saya bujang lagi.. anak pun ada lapan...takat makan beger mekdonal ni ape la sangat..

Encik Isa : bak sikit...

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

Sebab tu Tuk guru tak perlu masuk ke pakatan ni... mereka boleh berdiri dengan sendiri...lagi mudah nak tegakkan undang2 Islam...masalah sekarang, dulu berjanji, tapi tak dapat tunaikan... tau kan apa hukum dia..

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Super Member

Status: Offline
Posts: 2028
Date:

maksud sy pong begitu la jugak abe rie...TG tu merujuk kepad suma yg ada dlm parti tu la..ahaks..

En. Isa : cik gayah, saudari harus ikut sy ke balai polis..

gayah : eh, apa salah sy, cik..

en Isa : you hv right to remain silent..

__________________

nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee

 

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard