SAMA-SAMA KITA RENUNGI DAN..... APAKAH AKAN KITA TEMUI ORANG YG SEBEGINI.... ...
1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selalmat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
6] Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.
10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.
12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'
16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
[ Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut... kamu akan menyesal melakukannya!
>>aku copy n paste je..kalo ada terposting,cyg ceo tolong delete ekkk<<<
lagi aku nak tambah.. org yng mencintai kamu juga akan menjaga kamu n takkan bawak kamu ke jalan2 yang tak elok..org yang mencintai kamu sentiasa akan membimbing kamu ke arah kebaikan bukan kemungkaran...org yang mencintai kamu sentiasa menjaga maruah kamu dan bukan merosakkan maruah..
sebelum ko posting tentang maruah... ko kaji selidik dulu,ko ada maruah ke tak??? aku dah busan,dengar orang bercerita tentang maruah.. sedangkan diri sendiri pun terurus...belagak jerk, bercerita tentang maruah...
Adui.. xde org ln ker nk komen selain penjual putu mayam & penjula patung sizuka ni? udah2 ler 2 xpyh tarik rmbt baik korg g lawan tiup buih belon nun ha
cik nadia junud...tak per biar kitaorang jer yang komen... komen yang bodoh2 alang aku tak nak.. nak komen...biar yang berfaedah... sekadar nAk ulang tajuk...tak payah..
kalo nak d ikutkan dari sume ayt diatas hanya org yg tul2 mencintai kite je wat cm 2.. kalo dapat yg takat nak maen2 2 jgn harap la beliau nak wat cm 2... kasi lempang 10000kali pun lum tentu lagik beliau nak wat...
__________________
"jage anak kambing sekandang lagi senang dari menjage anak dara sorang" kata bapak ak...
haah slekkan...exboy dia lagi slek. dah ada special girlfriend pun... masih nak pasang lagi...lagi slek perempuan tue...dah tahu mamat nie dah ada special gf.. lagi nak berkapel2...slek betulllllll
bertambah2 slek....sebab ko terlalu emoo... hairannnnn aku...
pesal ak emooo lak?? kalo org laki da psg laen pe jadahnye ak nak terhegeh2 lagi kat die.. buang karen umah ak je... syg 2 mmg syg la tapi org da tanak nk wat cm ne lagi ak trime ja la...
__________________
"jage anak kambing sekandang lagi senang dari menjage anak dara sorang" kata bapak ak...
sebab aku tengok,,,ko yang terlebih emo, orang macam ko,memang senangla cakap... sebab tak pernah...melaluinya... setakat cakap..memangla senang...sesenang makan cadbury...
sape kate ak xpenah lalui.. pasal ak penah lalui la ak cakap cm 2... mule2 2 mmg la marah,geram,rase cm nk hamun je pompuan 2 tapi pk positif la.. org da xnak ak nk wat cm ne lagi..lepas kan je la.. jagn brani2 ko pandg ak ngn avatar wanted ko 2... huhuhu...
__________________
"jage anak kambing sekandang lagi senang dari menjage anak dara sorang" kata bapak ak...
aku pelik la.. cik perinses sasake.. apsal klau jatuh hati kat seseorang bleh jd macam no 1 tu?
Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
klau kite mencintai seseorang bukan ke atas alasan yg tersendiri?
Pasal maruah tu, btol jugak. hehe klau xpasal maruah. dah lame aku kawen lari dgn janda jenab blakang uma ni. ahaha. malu plak mak aku nnti. kang xpasal2 aku klua berita kes anak kawen janda, then lari. heheh.
ntah..bagi aku,kalau aku suke sesorang bersebab,,, sayang aku kat rie..sebab dia suka buat lawak.. dia boleh jadi muda...dan dia jugak boleh jadi tua..
dahlaa...jom aku nak beraya rumah ko... selamat hari raya!!!!untuk ko
heppppp...sebagai manusia kenalah sayang semua.. tak kan hidup nak benci-membenci,tak kire warna kulit,warna rambut.. warna biji mata..aku sayang semua!!!lolo dan momo lagi aku sayang.. meowwww..meowwww
true..true... ak pun syg sume.. tapi nilai kasih syg 2 berbeza la ngan jenis2 org... syg pada family laen.. syg pada teman laen.. syg pada bf laaaaaagik laen.. huhuhu...
__________________
"jage anak kambing sekandang lagi senang dari menjage anak dara sorang" kata bapak ak...
pada aku, suma kat atas tu benar belaka tapi yg paling aku percaya sekali ialah bila org yang benar2 cintakan aku ITU :
SANGGUP MENGANGKAT DARJATKU DARI STATUS "BUJANG" KEPADA "BERKAHWIN" (MENIKAHIKU) & MENJAGA DIRIKU, MARUAHKU, NAFKAHKU ZAHIR & BATIN DR MULA SAAT DIA MENJADIKAN AKU ISTERINYA HINGGA SAMPAI BILA2 WALAUPUN AKU SUDAH BERADA DI ALAM BARZAH..YANG SENTIASA REDHA KEPADAKU..KERANA PADA WAKTU INI, WALAUPUN MUNGKIN JASADNYA SUDAH KEPUNYAAN ORANG LAIN TAPI DOA2 IKHLAS DARINYA AKAN TERUS SAMPAI KEPADAKU..
__________________
nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee