Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: JANGAN MAKAN IKAN SARDIN


Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:
JANGAN MAKAN IKAN SARDIN



CEDOK DARI EMAIL JE NI..saja nk kongsi dgn korang suma



Assalamualaikum wbh



Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun
getah. Waktu kecil,
 apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam
tin,
ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan
sardin.
Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau
pun
saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap
maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.

Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam
lingkungan RM3 - RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau
nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya
lebih
mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu memproses
buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata,
kalau
beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan
dengan
cili, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin.

Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak
kerap kerana
 isteri kurang gemar ikan sardin. Setelah saya berkenalan
dan
berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari
makan ikan
sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya "JANGAN
MAKAN IKAN SARDIN". Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin,
sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur
untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin.
Selepas
itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa
jam
kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.

Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan
sardin.
Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama
arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan
sardin,
akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak akan
memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang
 dihidangkan setiap
kali mesyuarat di pejabat saya.

Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin
dahulu,
saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut.
Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi
lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah
dengan
merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan,
insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan
lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure
cooker
memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya
akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.

Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan
sardin
ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah
sudah
tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan
sardin
 ini
yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan
tulang
ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi
ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.

Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian
pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya
amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang
keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya.
Semenjak sekian
lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui
anak-anak
saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar
memakan
ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan
kerjaya
besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah
ialah
memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok
mee
maggi sentiasa
 tersedia.

Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an.
Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan
gemar
makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam
rahim
akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah
sejenis
kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya
berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan
seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang
bersifat
karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah
cukup
tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau
malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid
dalam rahim dan tumor.

Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah
seorang
hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya
iaitu seorang
 anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin.
Hampir
setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah
ini akan
makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja anak
perempuan
keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan
ini.
Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak
silap
saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan
sardin. Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu
makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya
hamba
Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik
dan
tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini
alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali
mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.

Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua,
 cuba lah
buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang
pernah
mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah
sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang
gemar dan
kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot
makan
ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang
penyakit
berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.

Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin.

Wassalam wallahualam



__________________
Aku IBU si Comel...


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 49
Date:

ok boss

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 362
Date:

aku x minat makan ikan sardin....
klu slalu makan ikan masin ape jadi plak???

__________________

Siapa Adamku??? 



Senior Member

Status: Offline
Posts: 113
Date:

bukan kata ikan sardin..

tapi banyk lagi makanan yang boleh ancam nyawe..

macam skg nie..susu dari china...right??

kata susu bagus untuk kesihatan..tapi ape dah jadi..

skrg nak citer pun...memang susah...sebab

makanan yang kite hari2 makan pun leh ancam nyawe kite tau...

s0..jauh2 kan lah diri dari benda yang tak elowk...erk...

ternasihat pulak...

__________________
aku aweks Happy Loe..


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 49
Date:

nanti kene kencing masin.isk..isk

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1268
Date:

ikan sadin rase s0s t0mat0...
xminat.. buwek!

__________________
away 4 SPM.. wish me gud luck yep.. *takowt!


Super Member

Status: Offline
Posts: 2430
Date:

alamak...ikan sardin memang favourite aku..
dikala diriku dilanda krisis kewangan..dan
kerisis kemalasan...so pasni makan buah-buahan jerlaaa


__________________
~~***Two Is Better Than One***~~


Super Member

Status: Offline
Posts: 804
Date:

ak baru terniat balik nie nak
beli ikan sardin wat kucing ak mkn..
naseb baek ak bce postingsi NAD nie..
kalo x kanser pak cik rahim
la kucing ak 2..


__________________

"jage anak kambing sekandang lagi senang dari menjage anak dara sorang" kata bapak ak...



Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:

He2 sayangila kucing anda & diri anda slalu
aku pn sk mkn sadin
tp sjk dpt email ni
termenung la kejap
xleh mkn ikan sardin dlm tin slalu
huh mst ketagih nnt
jom diet
kita mkn bubur nasi jela
klu xde lauk di kala bln xmgambang
(xde $$$$ hjg bln daa)

__________________
Aku IBU si Comel...


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 146
Date:

vebret aku tu ikan sardin....tp insyAllah aku tak nak da mkn ikan sardin..takut bile rahim ade masalah..belum kawin lagi..huhuhu takut nye....
aku akan buang jauh2 istilah ikan sardin dalam hidup aku...huhuhuhuhuuhu

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 248
Date:

ctie...megi pn sma la..
bkn ikan sardin je..
da..benti kasi meow mkn
megi tomyam..
nnt dpt cancer lak meow..
kot nk jimat pn..



__________________
sedapnye cokelat!!!!!!!


MODEST

Status: Offline
Posts: 1987
Date:

bukan tak leh makan lgsg..... sesekali boleh la...ikutkan semua makanan yg diawetkan ada kesan sampingan... yg bgsnye masak sndiri dari lauk yg fresh.... bersih dan menyihatkan...

mcm megi pun... bkn sbb serbuk megi tp disbbkan oleh megi mi tu sndiri yg telah disalut dgn wax (dr sumber food).... sbb tu dia thn dan tak cpt lemau.... dan sbb tu dia ada expired date... so kalu nak mkn megi gak... rebus dl mi nye... br lps tu msk balik letak perencah.. kalu takut perencah tu jdk penyakit... letak je skit pastu buat la perencah sndiri

dan st lg penah tahu kan kisah bwg goreng yg disalut plastik... mmg ada... tu yg diproses di kilang... so kalu nak bwg goreng yg elok goreng la sndiri.... kalu nak kasik rangup sblm goreng bwg tu letak tepung skit... dh agak sjuk trus msk dlm bekas kedap udara....

st je.... bukan semua bnda tu tak leh dimakan.... tp cara penyediaan kita ubah suai la skit... ni yg jdk kes kalu mls.... ye la dh panggil makanan segera...segera je la buatnye...lg la yg bujang2 belaka ni...

__________________

aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah



Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:

Aduh pjg lak makcik radin ni membebel
psttt...ingt suma org bujang mls ker akak?
eh hr2 dapur rmh kitaorg berasap tau
xdela bk tin sadin n megi jer
hr2 msk sayur fresh dkt cameron ni
tp y xbest'y sayur2 fresh pn byk racun
buah2 pn disembur dgn racun
blh kata setiap mggu
sbb 2 nmpk cntk jer
di nasihatkn korg suma
klu nk mkn buah cam epal,strwbry @ nk masak sayur
rendamla dl dlm air garam
plg kurang 10 mnt
de sstngh jns buah lak cam rock melon disuntik utk d masuk'n air gula bg tmbh manis
bkn org jer pndai suntik botox
tp buah pn kn suntik jg
ha camner 2?
pndk kata mkanan d sekeliling kita ni
suma'y xsihat
hatta y y segera @ y fresh
LU PIKIRLA SENDIRI

__________________
Aku IBU si Comel...


Senior Member

Status: Offline
Posts: 221
Date:

aku mmg tak gemor mkn ikan sadin nih..cuma kadang2 beli jugak....bila da sesak sangat................huk huk..huk................

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard