Tangan kiri terbuka tapak ke dalam, tangan kanan 'D' hujung telunjuk tangan kanan buat satu bulatan arah jam di depan hujung jari kiri.
Bagaimana
Kedua-dua belah tangan terbuka, hujung jari ke dalam, rapat kedua belakang tangan, lalu pusingkan tangan ke depan sambil kedua belah tangan menghadap ke atas.
Berapa
Tangan kanan 'dikecupkan, kemudian dibuka.
Bila
Tangan kiri 'D' hujung jari kiri ke atas, hujung jari kanan buat satu bulatan arah jam di depan hujung jari kiri.
Kalau
Kedua-dua belah tangan 'F' tapak menghadap satu sama lain, lalu digerakkan naik dan turun secara bergilir-gilir.
Kenapa
Tangan kanan 'A' tapak ke kiri, ibu jari menghadap muka, lalu digoncangkan sedikit ke dalam paras bahu.
Mana
Tangan kanan 'D', hujung jari ke atas paras bahu, lalu digoyangkan ke kanan dan kiri.
Mengapa
Tangan kanan terbuka, hujung jari dikenakan pada dahi, tapak ke bawah, lalu dibawa ke depan sambil menjadi 'Y'.
Siapa
Tangan kanan 'D', hujung jari mengelilingi bibir ikut arah jam.
Soalan
Tangan kanan 'S' paras muka, lalu digerakkan buat seperti tanda '?'.
Tanya
Tangan kanan 'T' paras muka, lalu digerakkan buat seperti tanda '?'.
Yang Mana
Kedua-dua belah digenggam dengan ibu jari di tegakkan menghadap satu sama lain lalu digerakkan turun dan naik bergilir-gilir.
AgamaTangan kanan 'U' tapak menghadap kiri, rapatkan di tengah dada, lalu gerakkan ke depan.IslamTangan kanan 'D' diletakkan rapat ke dada lalu digerakkan sehala ke hadapan.AllahTangan kanan 'A' kenakan ibu jari pada tengah dahi, lalu digerakkan ke atas.
Al-Quran
Tangan kiri mencekup telinga kiri, tangan kanan 'D' hujung jari ke depan, lalu digerakkan berombak-ombak ke kiri.
Nabi
Tangan kanan 'N' tapak ke bawah, lalu dibuat satu bulatan di dahi.
Doa
Kedua-dua belah tangan diangkat ke dada dengan tapak terbuka ke dalam.
Bersyukur
Kedua-dua belah tangan '5' jari terbuka tapak ke atas, lalu dinaikkan sedikit ke atas.
Ibadat
Kedua-dua belah tangan 'I' lalu buta isyarat 'sembahyang' .
Iman
Tangan kanan 'I' kenakan bahagian ibu jari pada tengah dahi..
Puasa
Kedua-dua jari telunjuk dikenakan, lalu dibawa dekat dengan mulut.
Masjid
Kedua-dua belah tangan 'M' pada paras dada lalu digerakkan melengkung naik ke atas sehingga kedua belah tangan bertemu.
Gereja
Tangan kiri terbuka tapak ke bawah pada paras dada, tangan kanan 'C' dikenakan pada belakang tapak tangan kiri, lalu tangan kanan 'C' digerakkan naik turun.
Surau
Kedua-dua belah tangan 'S' pada paras dada lalu digerakkan melengkung naik ke atas sehingga kedua belah tangan bertemu.
Pahala
Tangan kanan 'P', jari hantu diletakkan ditengah tapak tangan kiri lalu dibawa ke paras dada.
Dosa
Kedua-dua belah tangan 'D' pada paras dagu lalu digerakkan kebawah keparas bahu dengan tapak terbuka.
Paderi
Tangan kanan 'G', di paras tengah leher lalu digerakkan ke kanan.
Syurga
Tangan kiri melintang dengan tapak ke bawah, tangan kanan 'Y' tapak ke bawah di atas tangan kiri, lalu buat satu bulatan.
Neraka
Tangan kiri melintang dengan tapak ke bawah, tangan kanan '5' tapak ke bawah di bawah tangan kiri, lalu digerakkan ke atas dan bawah sambil mengerakkan jari.
Sembahyang Islam
Kedua-dua belah tangan '5' tapak dikenakan pada kiri dan kanan telinga, lalu diturunkan ke bawah tangan bersilang tangan kanan di atas belakang tapak tangan kiri.
Tuhan
Tangan kanan 'T' dikenakan pada tengah dahi lalu dibawa ke atas.
Hukum
Tangan kiri 'A' tegak tapak ke kanan, tangan kanan 'H' memukul pangkal lengan.
Niat
Tangan kanan 'N' pada tepi dahi kanan lalu dibawa ke bawah ke dada kiri.
Nafsu
Tangan kanan '5' bengkok pada tengah leher lalu digenggam perlahan menjadi 'S'.
Zakat
Tangan kiri terbuka tapak ke atas, tangan kanan 'D' lalu di lakar 'Z' atas tapak tangan kiri.
by Amirshah
-- Edited by Amirshah at 23:29, 2008-10-18
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
wah pandainyer ko nanti kalau ko jumpa aku jom kita cakap pakai bahasa isyarat jerr... coz mmg kat tempat keje aku ramai oku tidak boleh bercakap dan mendengar dan dgn ini untuk bercakap ngan dorang terpaksa aku ckp bahasa isyarat, sampai 1 ari tu depart aku ada terima org baru pas2 dia xtau aku bleh cakap dier ingat aku bisulah tu tapi aku diam jerr.. malas nak kecoh2 sampaikan bila dier nak cakap ngan aku dier bantai tulis atas kertas, 1ari tu dier terkujut aku bleh cakap apa lagi dier kejar aku satu pejabat kecoh org baru kejar org lama tp aku still slumber.... malas nak layan mulut org tapi baguslah engkau belajar bahasa isyarat.