Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Ayah


Super Member

Status: Offline
Posts: 653
Date:
Ayah


Assalamualaikum,

Ape kabor geng2 smuer - lame dah blues x aktif - mintak maap sbb kebelakangan ni hati ni gundah gulana dek krana kehilangan dan kembalinye Ayahnda yg disayangi (seminggu sblum Ramadhan) - Al Fatihah - Semoga Allah Mencucuri Rahmat kpd Ayahnda Mohamad dan dikumpulkan ke dalam golongan2 org yg BerIman dan Bertaqwa KepadaNya
.

Di kesempatan ni izinkan blues menulis sipnosis perjalanan Ayahnda Mohamad utk menjadi tatapan kita dan jadikan ikhtibar dan panduan.

Ayahnda Mohamad dilahirkan pada 14hb March 194, di dalam keluarga yg sederhana ttp mempunyai adab ugama yg tinggi. Keturunan berasal dari Pagar Ruyung dan dari turun temurun menjadi Ulama, antara yg terbilang adalah Maulana Syeikh Omar Al-Bentani, As-Syeikh Hassan Al-Banjari, Al-Allamah Al-Khana'ah Al-Syeikh Nur Asnan Al-Siak dan beberapa lagi.

Ayahnda Mohamad adalah anak ke-3 dari 7 adik beradik, beliau telah menunjukkan sifat bertanggungjawab terhadap keluatga semenjak dari kecil lagi. Ditakdirkan oleh Allah - Ayahnda Mohamad amat disukai oleb bapa saudara nya yg bergelar Tan Sri ketika itu. Maka Ayahnda dibawa ke Singapura dan dibesarkan disana.

Ketokohan Ayahnda Mohamd di dalam mempelajari ilmu amat dihormati rakan2 beliau yg berada di Raffles High School - sehingga ditawarkan biasiswa oleh University Cambridge utk belajar disana. Maka berangkat lah Ayahnda Mohamad ke sana diiringi doa ibubapa nya. Tidak sampai 1 tahun  beliau
disana - ibunya jatuh sakit buah pinggang yg kronik - beliau kembali semula ke tanah melayu meninggalkan pelajarannya semata-mata ingin menjaga ibunya yg tersayang. Namun begitu takdir Allah melebihi segala2nya, ibunya kembali ke Rahmatullah 3 bulan didalam penjagaan beliau. Betapa tabah dan sayangnya Ayahnda Mohamad terhadap ibunya - dimasa sakitnya ibunya, beliau sanggup berbuat apa saje utk keselesaan ibu nya - sehinggakan membasuh najis pada ibu nya dia sanggup melakukkannya. Di antara petikkan kata2 ibunya terhadap beliau yg diambil dari mulut adik2 nya ialah:-

1) Mat..!!!  Syurga di tapak kaki Mak ni utk kau Mat (tertunduk Ayahnda Mohamad gan kata2 ibunya)

2) Akulah ibu yg paling beruntung melahirkan kau Mat

3) Ya Allah - "Kau kekalkanlah keturunan ku ni seperti anak ku Mohamad ni - doa nenda Siti selepas solat subuh yakni 1/2 jam sebelum ke Rahmatullah.

Selang 1 tahun kemudian, k'jaan M'sia menawarkan beliau utk menyambung pelajaran yg tergendala dahulu, maka berangkat lah Ayahnda Mohamad kali ke-2 ke University of Cambridge. Namun, selang 2 tahun kemudian, bapa nya pula jatuh sakit - tidak mengendahkan kepentingan diri sendiri beliau kembali ke tanah melayu utk menguruskan bapanya dan berkerja utk menyara adik2 nya. Alhamdullilah usaha beliau terhadap adik2 nya berjaya kesemuanya berjaya menjadi atau mencapai pangkat tinggi baik di sektor swasta dan k'jaan. Namun yg paling mengembirakan adalah beliau dapat mengembalikan kesihatan bapanya ke tahap normal.

Ayahnda Mohamad telah dijodohkan kepada Bonda Laila - maka lahirlah 5 cahayamata yg mengembirakan beliau - di antaranya adalah blues sendiri. Beliau amat dihormati oleh rakan sekerja dan org2 kaws taman kami tinggal. Jika 1 hari beliau x dpt mengimamkan masjid taman kami - maka kariah dimasjid nya akan serta-merta menjenguk beliau di rumah. Amat kasih mereka semuanya terhadap Ayahnda Mohamad - bg mereka beliau seumpama bapa atau abg yg byk memberi nasihat dan panduan idup bg mereka. Kami adik-beradik terkadang terasa Ayahnda kami selalu dicuri dari kami. Setelah beliau kembali ke Rahmatullah baru lah blues faham keadaan Ayahnda Mohamad - itulah ciri2 seorg Aulia - sentiasa berkorban utk Agamanya.

Ketika Sakartulmaut menghampiri beliau semasa homeodialisis di HKL - beliau2 x henti2 menyebut
"Allah hu Allah" - sayu hati ni melihat Ayahnda sendiri dlm keadaan begini. Blues mengalah & sbg seorg doktor kali ni Blues mmg x bleh buat apa - rakan2 Blues tlh mendiagnos Ayahnda Mohamad mempunyai beberapa situation critcal - di antaranya usus beliau telah pecah, kidney totally fail, jantung beliau been infected by germs - ketika itu lah di dalam hati ni menjerit sekuat2 nya "Allaaaaaaah" anak jenis apakah aku ini - telah beliau meberi pelajaran yg tinggi - namun x dpt membantu bapa sendiri. Ayahnda Mohamad seakan tahu perasaan blues - ketika menunggu beliau dialisis - beliau memegang tgn blues sambil mengatakan - x pe lah nak - "Ayah tahu blues dah berusaha sedaya-upaya". Ketika itu menitik airmata blues dan serta merta menangis (nak segan apa ketika itu jantan x bleh nangis lah - blues ketepikan) ni sbb bapa sendiri yg mengatakan kpd kita. Last word from him:-

"Ya Allaaaaaah........Kau ampuni lah diri ku.....isteri ku dan anak2 ku...........dan Ayah maaf kan kau
Nazri dan adik-beradik kamu dan mak kamu..."

maka berakhirlah perjalanan Ayahnda Mohamad didunia ini. Ketika itu cume blues saje berada disisi ayahnda Moahamd. Ibunda dan adik2 lain balik kerumah kerana terlalu penat setelah menjaga Ayahnda Mohamad 3 hari sebelum tu

Di masa pengembumian beliau - Allah tunjukkan sapa sebenarnya Ayahnda Mohamad ni. Ribuan manusia telah hadir utk memberi penghormatan terakhir kpd beliau sehinggakan Solat jenazah terhadap beliau dilakukkan Sahibul Sama'ah Dato Murtadza - Mufti Besar N.Sembilan dan beberapa ahli majlis fatwa peringkat kebangsaan yg dtg. Manusia yg hadir kebanyakkan menyatakan (mengaku) mereka adalah anak kpd Ayahnda Mohamad - dek kerana kebaikkan Ayahnda Mohamad terhadap mrk dan mengganggap Ayahnda Mohamad adalah bapa mereka.

"Ya Allah sesungguhnya janji Kau benar - maut itu benar, seksaan kubur itu benar, hari kebangkitan itu benar, syurga dan neraka itu benar, Maka Kau tetapkanlah hati2 kami utk mempercayai janji2 Kau ini Ya Allah" - doa yg selalu diulang2 oleh Ayahnda Mohamad

Wassalam

Maaf perjalanan Ayahnda Moahamd masih pjg cume blues terlalu sedih utk meneruskan - mungkin di lain kali Insya Allah


-- Edited by blues6906 at 12:37, 2008-10-20

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 380
Date:

innalillahiwainnalillahhirojiun... sesungguhnya dari allah maka kepada allah kami kembali..

insya allah, tuhan adalah maha pengasih. lebih pengasih dari yang kita pikirkan. semoga kisah dan pengalaman allahyarham tersemat sebagai ilmu berpanjangan dan menjadi pahala berterusan kepada beliau di sana.. insya allah..

__________________
http://www.audioentertainment.blogspot.com   ^_^


Senior Member

Status: Offline
Posts: 189
Date:

takziah blues....

semoga roh ayahanda mohamad berada di tempat org2 yg soleh...

jadi la anak yg soleh...sentiasa doakan ketenangan rohnya....

__________________
**So HaPpY BuT nOw So LoN3Ly***
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard