aiseh. nenek aku merokok slumber je. tp skang da stop. pastu mak long aku sejak jd pelakon ni pun mule merokok. aku pk generasi lame lebeh dulu merokok. tp generasi baru klau isap rokok mesti orang pandang serong. hehe. dah nasib idup bermasyarakat. ade je yg serba tak kene.
aku pun merokok. hehe tp aku laki. relek je. sape nak persoalkan?? heheh. tp klau da terlantar sakit. wah, mesti byk soklan dari doktor nanti.
aku taw... mest ko nak sebut macam beach(laut) kan2???? aku takde dalil..... tapi aku ade pendapatan tersendiri la..... pendapatan aku adelah Ringgit Malaysia lapan riban sebulan.... ok tak pendapatan aku???
nombor 8 adalah my ong nombor maa,,, lantakla diorang nak merokok,..dah tak nak hidup lame..merokok arrr.lagi pon orang yang merokok banyak duit.. so tak kisahla perempuan nak merokok..perempuan pon manusia jugak...perempuan yang tak hisap rokok..tak semestinya baik...yang hisap rokok pulak tak semestinya jahat...
rokok nie lebih sinonim ngan org laki... kalo dgr org pompuan merokok rase cam janggal lak.... bagi ak org pompuan kan mempunyai sifat semulajadi yg lemah lambut,sopan santun so mmg xsesuai la kalo dikaitkan ngan rokok..... tapi zaman skg org mane xpk 2 sume g dah.. sedangkan nenek kite sendiri pun merokok inikan plak la pompuan2 skg nie... buakn isu baru g dah nie....
__________________
"jage anak kambing sekandang lagi senang dari menjage anak dara sorang" kata bapak ak...
dulu mase i blaja kat kl. i balik dgn train. asal balik je lapa so singgah la food kot kat kl sentral nun. then i dah biasa makan kat smokin arena. hehe. dah biasa sgt dah lihat gadis2 bertudung lepak kat situ isap rokok. try la g sane. klau untung bleh tgk gadis tudung labuh merokok. hehe
soal isap rokok tak de dalil tp berhukum. makruh bile jadi pembaziran dan haram bila jadi persoalan. sebagai contoh, klau tak salah aku la, klau ikut ahli sunah wal jamaah atau lebeh dekat lg fahaman mazhab shafie dan hanafi. merokok salah satu care mencegah orang arab yg menghisap chandu. ( aku dah lupe dah kisah nye ) cume selepas kepesatan dunia. rokok sudah sinonim dgn manusia. dan berkurang nye penghisap chandu2 yg satu ketika dahulu sgt laku. jd halal hukum nye. kemudian bile manusia ketagihan rokok dan rokok mula di jadi kan penyebab penyakit, kerajaan seluruh dunia mewujudkan cukai dan meningkat setiap tahun. jd penghisap rokok tegar semakin dianggap membazir dan mula la dibincang kan. sejak pembaziran di jadi kan tanda aras bg menghentam perokok. so dari akibat ini, badan2 kesihatan dunia mempersoalkan tentang sistem outonomi cukai yg tidak diendah kan sesetengah perokok. maka mereka membuat kempen2 penyakit teruk yg terhasil dari racun asap rokok.
aku pun dah lupe tahun bile, tp klau korang igt sekitar awal 90an kempen merokok mengguna kan tema asap rokok menjejaskan kesihatan keluarga dan persekitaran anda. ( lebeh kurang la ) then keluar plak lg mase tu fatwa yg mengatakan asap rokok bleh meracun paru2 orang yg tidak menghisap dua kali ganda lebih dari si perokok. hehe
so ape beza laki dan perempuan isap rokok?? same je kan. sinonim pada lelaki je ke? ni fatwa masyarakat malaysia je yg ske set kan pemikiran yg sempit. koz ape beza laki dan wanita isap rokok? same je.
aku pena bace salah satu artikel tentang kebaikan merokok. nisbah kebaikan lebih kurang 2:8 dari 10. hehe salah satu kebaikan adalah merokok boleh menyebab kan saraf2 yg tegang ketika stress menjadi kendur. ngee so sebab tu la orang merokok kurang stress lepas merokok.
wahh! aku mmg ske komen panjang2! harap maklum! ahahahhahahaha!!
TABIAT merokok di kalangan pelajar perempuan berumur di bawah 18 tahun amat membimbangkan. Kini, sesetengah mereka tanpa segan silu melepak sambil merokok di pusat beli-belah dan tempat strategik.
Perkara ini bukanlah asing bagi pelajar apabila rokok boleh diperoleh tanpa ada pengawasan. Keadaan kini sudah berubah kerana wanita merokok boleh ditemui di mana-mana, berbanding suatu ketika dulu agak sukar untuk kita melihat wanita merokok, lebih-lebih lagi pelajar.
Perangkaan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan menunjukkan jumlah perokok wanita di bawah 18 tahun semakin meningkat daripada lima peratus pada 1996 kepada lapan peratus daripada 3.6 juta perokok di negara ini pada 2008. Lebih membimbangkan ialah perokok wanita dewasa diunjurkan akan meliputi 10 peratus daripada jumlah perokok di Malaysia menjelang 2025.
Peningkatan tabiat merokok di kalangan pelajar perempuan, berpunca daripada kepercayaan bahawa merokok boleh menenangkan fikiran dan menunjukkan bahawa mereka yang merokok adalah seorang yang matang. Selain itu juga, terdapat tanggapan bahawa merokok dapat membantu mengekalkan bentuk badan yang ideal di samping menghalang daripada penambahan berat badan.
Tidak dinafikan bahawa pengaruh daripada rakan sebaya dan media elektronik memberi kesan yang besar kepada pelajar ini.
Di Barat, gejala merokok di kalangan pelajar perempuan bukanlah asing bagi mereka dan tabiat ini seolah-olah, satu keperluan dalam kehidupan seharian mereka.
Antara punca utama gejala ini berlaku ialah faktor adab dan ilmu. Mereka ini kehilangan adab dalam diri dan masyarakat kerana merokok di mana-mana saja tanpa memikirkan akan memberi kesan kepada orang di sekitarnya. Faktor ilmu pula lemah dalam penguasaan, pemilikan, dan penghayatan ilmu sehingga menyebabkan mereka terjebak dengan gejala ini. Jika mereka menghayati dan memahami kesan merokok ini mereka akan sedar dan insaf akan penyakit yang sedia menanti mereka kelak.
Kesan merokok ini boleh membawa maut di samping sangat berbahaya kepada wanita terutama ibu yang sedang hamil kerana akan memberi kesan kepada anak yang dikandungnya. Merokok boleh menyebabkan penyakit kanser paru-paru, sakit jantung, setiap batang rokok yang dinyalakan mengeluarkan lebih 4,000 bahan kimia beracun yang berbahaya dan boleh membawa maut.
Antara bahan beracun termasuk bahan radioaktif (polonium-201) , bahan yang digunakan dalam cat (aseton), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naftalena), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenik), gas beracun (hidrogen sianida).
Gejala merokok perlu ditangani bukan saja di kalangan pelajar perempuan, malah merangkumi semua peringkat umur. Dalam membanteras tabiat merokok ini, pendidikan perlu diberi perhatian serius ketika di rumah dan sekolah. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam memantau setiap pergerakan dan aktiviti anak mereka supaya tidak terjebak di dalam aktiviti yang tidak sihat ini.
Begitu juga di sekolah, guru perlu menerapkan nilai murni di dalam kurikulum yang diajar dan memberi kesedaran bahaya merokok. Usaha ini tidak akan berjaya jika tiada sokongan padu daripada Kementerian Pelajaran, guru, ibu bapa dan masyarakat dalam melahirkan pelajar yang bersahsiah tinggi dan cemerlang pada masa akan datang.
Majlis Hal Ehwal Siswi Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mencadangkan agar diwujudkan Kelab Nafas Baru di sekolah dalam usaha memberi kesedaran kepada pelajar di samping membuat program kerjasama dengan Jabatan Kesihatan setiap negeri. Majlis HEWI PKPIM juga menawarkan diri kepada sekolah yang ingin bekerjasama dengan PKPIM dalam memberi kesedaran mengenai isu ini.
Kerajaan perlu lebih tegas dalam menangani isu ini seperti mengharamkan aktiviti penajaan oleh syarikat rokok di dalam program besar, pengawasan aliran penjualan rokok di tempat awam dan tindakan yang lebih tegas kepada mereka yang menjual rokok kepada golongan di bawah umur. Semoga dengan usaha yang bersungguh-sungguh ini dapat mengurangkan sedikit sebanyak statistik jumlah perokok di Malaysia
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
hehe macam penah bace jek artikel ni. budak2 xbleh merokok kerana undang2. tp ape beza klau dorang dan orang dewasa merokok?? aku pun xbrapa paham lah.
org merokok sbb kedai jual rokok.. kedai jual rokok sebab de pembekal rokok.. de pembekal rokok sbb de kilg wat rokok... de kilg wat rokok sbb de pokok rokok.. pokok rokok??? i mean pokok tembakau n pokok2 yg dpt menghasilkan rokok yg sewktu dgnnya... sape yg harus disalahkan??? mereka dan kluarga mereka....
__________________
"jage anak kambing sekandang lagi senang dari menjage anak dara sorang" kata bapak ak...
panjang nar le komen nko tu amir shahdad woi..letih mata aku nak membc nye.. pompuan merokok, ye..alahhh apa nak dikalutkan sgt dgn pompuan merokok.. dah dorang tu adik beradik jin, suka makan asap.. nak wat camne.... kl cakap dorang tu jin, marah le plak.. tapi cb korang peratikan..pompuan yg isap rokok ni perangai depa camne.. kekadang tu lebey 'hebat' dr jin..ahaks
__________________
nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee
suka ati mak perut diaorg la nak merokok... bkn amik duit kita pun... dia jugak perabih duit dia.... dh tau bnda tu bahaya... isap gak... ha.. isap le puas2... sok dh dpt penyakit baru le depa tau....
alah.... yg laki merokok tu sama jugak... asap dia tu sampai kat kita jugak... lagi la asap lebihan dr usus perut mereka2 tu.... lagi teruk bg pnyakit kat org
__________________
aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah
rtu ms ak tgh tgu train nk blik uma, ak nmpk 1 group pompuan mrokok tnp segan silunya...
memangla kita kata dorng punye psl...xamik duit kita... org kata mrokok xmesti jahat, xrokok xmesti baik
tp disebabkn perokok2 yg berleluasa ni la, ak yg xpnah2 ade lelah, terus termasuk dlm golongan pesakit asma...
mata kita kn hakim pertama yg mengadili mende yg kite pandang...
pd pndapat peribadi ak la...
dulu gadis timur ni jdik rebutan sbb keayuan dorng... tpi bila gadis + wnita timur, tmbh3 dr ngara kita yg merokok, hilang terus keayuan tu.. kadang3 ak rs mcm nk bg tazkirah je kt org3 yg merokok ni.. disbabkn mereka2 yg mrokok tu, ramai kwn2 ak hilang nyawa.. tp dorng slaku prokok aktif, xmsuk2 gk spital
bru2 ni ak dok kt spital, sembang3 dgn macik kt ctu, ank dia kne knser paru3 sbb bau asap rokok sedangkn nk dia xmrokok... n fam dia pom xde yg mrokok...
so spe2 yg mrokok tu, terutama yg pompuan...
cubela utk benti...
scr jujurnye, k menyampah dgn ukhti3 yg mrokok.... org akn judge 1 kelompok by 1 person.. sbb tu de pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga...
so kesimpulannye bila gdis2 yg mrokok ni, org akn pndang -ve.. wlupun sesetengahnye bukanla jhat..
stu2nya sebab yg ak leh tima orng merokok, bila dorng merokok atas sebab perubatan... tp bukanla guna rokok2 yg biasa tu...
aku sokong ngan kau....aku pun benci tengok wanita hisap rokok.
aku bkn takat pompuan mrokok jer yg aku x suke...lelaki mrokok pun aku menyampah gak... few years ago (cewah...cewah...speaking)....2 org bapak sedara aku meninggal pasal banyak isap rokok... peparu dah rusak.. baru-baru ni pon sorang member aku meninggal pasal rokok gak la.... sedih tol... dpt apa mrokok ni? best ke mcm mkn nasik?..
Kanser payudara - Wanita yang mula merokok sebelum berumur 20 tahun atau sekurang-kurangnya lima tahun sebelum mereka hamil dan merokok bagi tempoh yang lama mempunyai risiko yang jauh lebih tinggi untuk mendapat kanser payudara.- HARIAN METRO
AKU X SUKA ARR POMPUAN MROKOK!!! NNTI XDA PAYUDARA SBB KENA POTONG.. HAHAHAAAAA
rokok brand hapa tue cik asb??? haku pun nak cube try testla...sedap ke rokok macam ko cakap tue???apa kebaikan hisap rokok tue??? mahal ke rokok macam ko cakap tue???kat kedai mana jual???
rokok brand hapa tue cik asb??? haku pun nak cube try testla...sedap ke rokok macam ko cakap tue???apa kebaikan hisap rokok tue??? mahal ke rokok macam ko cakap tue???kat kedai mana jual???
huhu.... rokok yg takde asap nie ko kena tanya radenmaskayu tu.... dia suka bangat isap rokok tu.. tak pon ko tanya enchek rei, dia pun amat menyukainya...
kesian die ko cakap die macam tu.... aku ingat lagi mase korang taraf budak-budak hingusan merangkap kanak-kanak baru nak up alias kanak-kanak rebena... die la teman ko main tarik-tarik rambut... main masak-masak... ingat tak mase tu ko jadi mak, aku jadi bapak.. pastu adik ko jadi baby kite.... pastu kite tido same-same.... malu plak aku bile cite pasal zaman budak-budak dulu...