PUTRAJAYA 16 Okt. Kerajaan hari ini melarang serta-merta pengimportan agen penaik ammonium bicarbonate dari negara China berikutan bahan itu didapati mempunyai tahap melamin melebihi piawaian yang dibenarkan.
Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai berkata, bahan penaik itu yang diimport dari negara-negara lain pula diletakkan di bawah pemeriksaan rapi sebelum dibenar masuk ke pasaran tempatan.
Beliau berkata, tindakan larangan itu diambil apabila analisis yang dilakukan terhadap sampel produk dua kilang biskut tempatan, Khong Guan di Johor dan Khian Guan di Pulau Pinang mendapati 18 daripada 47 sampel biskut yang dianalisa melebihi tahap melamin yang dibenarkan iaitu 2.5 mg/kg atau 2.5 ppm.
Hasil analisis menunjukkan hanya agen penaik ammonium bicarbonate mengandungi paras melamin yang tinggi iaitu 33.4 ppm bagi kilang biskut jenama Khong Guan dan 508 ppm bagi kilang biskut jenama Khian Guan, dan sumber ammonium bicarbonate bagi kedua-dua kilang biskut itu adalah dari negara China, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Serentak itu, Liow berkata kementerian telah mengarahkan 12 biskut jenama Khong Guan iaitu Biskut Soda, Biskut Lemon Puff, Biskut Lemon Pof, Biskut Butter Cream, Biskut Baby Fish, Biskut Healthy Cracker, Biskut Cocoa Puff, Biskut Sandwich Oren, Biskut Family Crackers, Biskut Bentuk Binatang, Biskut Gulung dan Biskut Mini Puff ditarik balik dari pasaran.
Enam biskut berjenama Khian Guan iaitu Biskut Creamy Chocolate, Biskut Lemon Puff, Biskut Square Puff, Biskut Cocoa Puff, Biskut Jagung Puff dan Biskut Campuran (Party) turut menghadapi tindakan yang sama, dan kementerian akan memantau dan memusnahkan mana-mana biskut itu jika masih berada di pasaran, katanya.
Kami juga meminta mereka (Khong Guan dan Khian Guan) untuk menarik balik produk mereka yang lain secara sukarela sehingga ia mendapat kebenaran dari kementerian, dan mereka memberi kerjasama yang baik, katanya.
Liow berkata, kementerian sedang mengenal pasti pengimport, pengedar dan pembekal ammonium bicarbonate dari negara China, selain menjalankan pemeriksaan terhadap kilang biskut di seluruh negara dan jika terdapat ammonium bicarbonate dari negara China digunakan, ammonium bicarbonate dan biskut berkenaan akan disita dan sampel akan diambil bagi tujuan analisis. Bernama
Elifen wrote:Enam biskut berjenama Khian Guan iaitu Biskut Creamy Chocolate, Biskut Lemon Puff, Biskut Square Puff, Biskut Cocoa Puff, Biskut Jagung Puff dan Biskut Campuran (Party) turut menghadapi tindakan yang sama, dan kementerian akan memantau dan memusnahkan mana-mana biskut itu jika masih berada di pasaran, katanya.
Cocoa Puff.... hohohoho..... teringat budak yang ade iras-iras bob wahab dalam iklan nie... melepaskan aura kentut untuk dapatkan beskot tersebut....
Mat... yg iklan budak gemuk kentut tu bukan cocoa puff Mat... tu Cocoa Pie... Jangan silap. Nanti tak pasal2 terfitnah lak...
Yang CTIE kata biskut HUP SENG, Cream Cracker, cap ping pong tu memang mengandungi "ammonium bicarbonate". Bahaya tu... Kat bungkusan siap tayang menang pingat emas bertahun-tahun lagi...
Lee Biscuit punye Cream Cracker pun ada ammonium bicarbonate gak. Jadi hati-hati apabila membeli biskut. Periksa bahan-bahannya dan buatan negara mana. Kita Adalah Apa Yang Kita Makan. Ehheeee
naseb baek la ak xmkn biskut..... sume da xslmt da... err.... cik elifen...cm ne lak ngn gadis biskut??? adakah beliau tergolong dalam glgn biskut yg xslmt dimkn????
kelengkung!!!!! CTIE :asal ketuk pale ak.. ELIPEN : 2 org la bukan biskut
__________________
"jage anak kambing sekandang lagi senang dari menjage anak dara sorang" kata bapak ak...