Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Perkara-perkara asas ketika memilih fesyen bertudung-wanita shj


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
Perkara-perkara asas ketika memilih fesyen bertudung-wanita shj


Saiz leher. Leher jinjang atau tinggi, tiada masalah besar mengenakan sebarang fesyen bertudung. TETAPI, pada mereka yang berleher pendek harus berhati-hati. Tudung yang bersaiz pendek mampu menyelamatkan keadaan.

Saiz badan. Bagi yang bersusuk tinggi, anda ada kelebihan mengenakan tudung labuh kerana kain tudung masih punya ruang jatuh ke bawah dan tidak nampak ketara. TETAPI, bagi mereka yang pendek atau katik, jangan sesekali bertudung labuh. Tidak sesuai langsung!

Bentuk muka. Bagi anda yang mempunyai pipi yang tembam, tudung boleh digunakan untuk menutup sedikit permukaan pipi tersebut. Kesannya, wajah akan dari sisi depan kelihatan mengecil dan anda akan nampak kurus.

Teknikal yang harus anda jaga ketika bertudung
Anak tudung. Jangan memilih anak tudung yang kainnya sespesis stokin tebal. Pilih yang lebih nipis. Lebih selesa dan tidak berkuap. MaklumlahMalaysiakan panas. Anak tudung berwarna hitam dan putih boleh dipelbagaikan dengan semua jenis warna tudung.

Tona warna tudung. Tidak seperti kasut. Cuma waktu-waktu tertentu, orang akan pandang kaki anda. Tetapi, orang akan pandang wajah anda 90% ketika berbual. Sudah tentu, anda perlu memilih warna yang berseri dengan WAJAH anda BUKAN WARNA KULIT anda semata-mata. Apabila warna tudung, anda kebiasaannya tidak boleh memilih warna kesukaan sebarangan TETAPI beberapa faktor lain perlu diambil kira contohnya padanan dengan PAKAIAN, KASUT, BEG TANGAN, KONSEP RASMI MAJLIS sekiranya ada. Dengan kata lain TUDUNG ANDA adalah SEBAHAGIAN daripada WAJAH anda.

Cara memakai dan mengikat tudung. Terlalu subjektif. Bergantung kepada SIKAP si pemakai. Dalam hal ini, si pemakai harus mempunyai teman yang bertudung, paling cantik bertudung pada pandangan anda dan TIDAK KEDEKUT memberikan tips dan pandangan.
Sekadar meniru dalam majalah tidak begitu efektif. Anda memerlukan pengkritik yang jujur. Selain itu, anda harus mengambil inisiatif berlatih memakai dan mencuba semua jenis cara pemakaian tudung di depan cermin walau pun berjam-jam lamanya.
Ambil masa untuk diri sendiri. Barulah anda tahu fesyen tudung yang bagaimana bersesuaian dengan wajah dan personaliti anda. Yang pentinglogik!

Citarasa fesyen bertudung
Tudung plain, biasa dan tidak bercorak langsung. Selamat dalam semua acara. Selamat untuk dipakai oleh semua orang. Tetapi, nampak dull. Anda dilihat sebagai tiada citarasa peribadi.

Tudung plain tetapi bercorak-corak di bahagian ekor tepi tudung. Sekurang-kurangnya anda ada sedikit citarasa. Hehehe.

Tudung plain tetapi bercorak manik, batuan, sikuin dan lain-lain. Sedikit hiasan berkilat membuatkan anda kelihatan ekslusif dalam majlis rasmi. Tetapi, untuk aktiviti riadah seperti bersukan di tengah panas atau berkepit bersama pak we di taman rekreasi awam amat tidak digalakkan. Terlalu menarik perhatian awam.

Tudung bercorak penuh. Jika tudung anda bermanik penuh. Jangan beli, jangan pinjam dan jangan pakai. Nampak macam gila glamor dan materialistik. Jika tudung bercetak bercorak-corak, anda harus fikir 10 kali sebelum benar-benar yakin. Kerana anda perlu beberapa kriteria khas seperti TINGGI, PUTIH DAN BERLEHER JINJANG sahaja yang layak dan sesuai. Jika tidak melepasi kriteria tersebut, janganlah cuba-cuba. Kelakar jadinya

Tudung bercorak tulisan. Saya tak tahu apakah motifnya. Mungkin sesetengah pereka cuba mencetak jenama mereka pada tudung anda. Perlu anda ingat, kepala anda bukan PAPAN TANDA IKLAN. Tapi, saya hairan ada juga perempuan yang berminat. Tayang brand kononnya. Sepenuh-sepenuh tudung tercetak nama jenama. Hehehe. Buat lawak je. Free advertisement!

Haaatips untuk ORANG-ORANG LELAKI
Daripada corak tudung awek anda saja, anda sudah boleh tahu sama ada awek anda itu benar-benar cantik atau tidak. Cantik dari segi apa? Sudah tentu iras wajahnya.

Perlu melekat dalam kepala, tudung juga seperti alat kosmetik mereka. Jika awek-awek anda TIDAK SESUAI memakai tudung bercorak-corak penuh, ini bermakna awek anda memang seorang yang RUPAWAN. Wanita yang benar-benar cantik wajahnya TIDAK MEMERLUKAN alat kosmetik, tudung yang fancy dan hiasan yang berserabut untuk mencantikkan diri mereka. Natural beautyless is more. Awek anda punyai kecantikan semuajadi..
 
Bersahabat dengan penjual minyak wangi,
kita akan menerima percikkan wangiannya,
manakala bersahabat dengan tukang besi,
percikan apinya akan mencarikkan baju kita.


__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????


Super Member

Status: Offline
Posts: 804
Date:

aloh..
xyah fesyen2 deh kalo nk pilih tudung....
ak kalo beli tudung ak beli je ikut kale bj kurung ak....
xkuasa ak nk pilih yg manik2 la,
labuci2 la,yg de tulisan la...
hishhh...
wat pening pale ak je..
janji pat tutup
pale ak sudah....

__________________

"jage anak kambing sekandang lagi senang dari menjage anak dara sorang" kata bapak ak...



MODEST

Status: Offline
Posts: 1987
Date:

aku lg la pakai tudung tak yah nak fesyen2... tetap anggun dan menawan... kalu tak masakan si gab tuyut ngn riepan sentiasa tgoda dgn keayuan aku..... kalu zul lagila... tak abih2 mintak aku bakarkan lemang utk beliau makan..... lemang aku juga igauan beliau....

__________________

aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah

ZUl


Super Member

Status: Offline
Posts: 1414
Date:

pirahhh radinaz
jgn katakan nak makan lemang yang ko buat
nak tgk ko pun aku dah berbulu ketiak
inikan pulak nak makan makanan yang ko masak
sudahlah radinaz aku tahu ko masih lagi mencari
calon sesuai untuk hiduh semati...
tapi sempai sekarang blum jumpo
aper kata ko gie melawat zoo negara...
maner tahu jodoh ko ader kat sana .....

__________________

Sejahil-jahil Peragai YAHUDI ....JAHIL Lagi Tingkah Laku ICU


Senior Member

Status: Offline
Posts: 115
Date:

Betul tu Ceti ops Ctie, pilih jer tudung yg sesuai asal leh tutup pale. Tak payah pening nak ikat tudung camne, kang berjam jam dlm bilek ikat tudung ngamuk le mak kat dapor. Tak pun terbelit sendiri ngan tudung napeh pun susah. Tak pun susah  sangat ambik jer tudung saji mak kat dapor. biggrin

__________________

"Hanya dikau dihatiku, onak & duri, ombak & badai kita tempuh bersama."



Senior Member

Status: Offline
Posts: 248
Date:

wah wahhh..kak tulip kta da pndai bergurau erk....
pe yg dikatakn ctie tu btul..
stuju sgt2 ng ctie tu....
jnji ley tutup pale...

__________________
sedapnye cokelat!!!!!!!


MODEST

Status: Offline
Posts: 1987
Date:

ZUl wrote:

pirahhh radinaz
jgn katakan nak makan lemang yang ko buat
nak tgk ko pun aku dah berbulu ketiak
inikan pulak nak makan makanan yang ko masak
sudahlah radinaz aku tahu ko masih lagi mencari
calon sesuai untuk hiduh semati...
tapi sempai sekarang blum jumpo
aper kata ko gie melawat zoo negara...
maner tahu jodoh ko ader kat sana .....






aku tau...wp cacian dari mulut busukmu itu berjela2... tp bila malam hari menjelma... makananku juga menjadi habuang isi perutmu juga... sudah la zul... mngaku saje la... bahwa panjang bulu ketiakmu sudah menjangkau ke hujung kakimu yg bercagu...

__________________

aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah



Super Member

Status: Offline
Posts: 804
Date:

kitkcadbury wrote:

wah wahhh..kak tulip kta da pndai bergurau erk....
pe yg dikatakn ctie tu btul..
stuju sgt2 ng ctie tu....
jnji ley tutup pale...




sebagai tanda ucapan trime kasih kepada
coklat  marilah kite same2 holiday
ke  Langkawi sambil beramah mesra
dan cuci2 mate di tepi pantai
d samping menikmati coklat
kitcadbury....



__________________

"jage anak kambing sekandang lagi senang dari menjage anak dara sorang" kata bapak ak...

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard