Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Bagaimana nak jadi SMART


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
Bagaimana nak jadi SMART


KITA sering kali mendengar istilah "SMART" yang digunakan dalam melaksanakan pelbagai urusan. Pada umumnya sekiranya istilah tersebut ditujukan kepada manusia maka ianya membawa pengertian bahawa seseorang individu itu perlu menggunakan daya intelektualnya serta digabung dan diimbangkan dengan aspek fizikal dan spiritual supaya segala pilihan dan tugasan yang dibuat dapat menghasilkan sesuatu yang terbaik serta memberi faedah tanpa sebarang pembaziran.

"SMART" membawa pengertian Sentiasa Mahu Ambil Risiko dan Tanggungjawab. Huraiannya adalah seperti berikut:-

S (Sentiasa) Sentiasa membawa pengertian sesuatu yang dilakukan itu perlulah secara konsisten atau berterusan. Kejayaan tidak boleh dicapai hanya dengan semalaman tetapi melalui ketekunan yang diamalkan setiap hari sedikit demi sedikit secara berterusan. Pepatah melayu ada mengatakan "Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit."
Usaha secara berterusan setiap hari dapat mengurangkan tekanan. Tekanan akan terasa sekiranya sesuatu tugasan itu dibuat hasil daripada tangguhan kerja dari masa yang lalu.

M (Mahu) Kemahuan adalah punca segala kejayaan. Ianya lahir dari jiwa yang suci. Kemahuan juga ada kaitannya dengan matlamat hidup. Seseorang yang mempunyai matlamat sama ada matlamat jangka panjang atau matlamat jangka pendek akan sentiasa bermotivasi dan berkeinginan untuk terus berusaha ke arah kejayaan berketepatanlah dengan pepatah melayu berbunyi " di mana ada kemahuan, di situ ada jalan."

A (Ambil) - Segala keinginan tidak akan tercapai sekiranya kita tidak melakukannya. Dengan lain perkataan, sekiranya seseorang itu tidak mengambil inisiatif untuk melaksanakan segala yang diidamkan maka ianya hanya akan wujud dalam imaginasi dan ilusi sahaja. Oleh itu tindakan harus diambil untuk merealisasikan matlamat yang menjadi hasrat dalam jiwa kita. "Bulat tidak akan datang menggolek dan pipih tidak akan datang melayang" tanpa usaha yang gigih.

R (Risiko) - Risiko membawa maksud cabaran. Kehidupan ini penuh dengan cabaran. Seseorang yang inginkan kejayaan harus sanggup menghadapi cabaran. Cabaran dapat menggerakkan kita ke arah kehidupan yang lebih dinamik. Manusia ingin mendaki Gunung Everest kerana ianya penuh dengan cabaran. Cabaran juga akan mematangkan seseorang itu dalam meniti usianya.

T (Tanggungjawab) - Tanggungjawab adalah sifat yang amat diperlukan pada setiap individu. Seseorang yang bertanggungjawab akan berusaha untuk melakukan sesuatu tindakan yang dapat memberi faedah kepada dirinya, keluarga, masyarakat dan negara. Seseorang yang bertanggungjawab juga akan cuba mengelak membuat sebarang tindakan yang boleh mendatang kerugian serta keburukan.

Dari huraian yang ringkas tadi kita dapati seseorang yang "SMART" adalah mereka yang sentiasa mahu ambil risiko dan tanggungjawab.
Sebagai seorang pelajar, anda perlulah sentiasa mempunyai keinginan untuk menimba ilmu pengetahuan tanpa rasa jemu. Dalam proses menimba ilmu pengetahuan sudah tentulah anda akan menempuh pelbagai cabaran.

Sebagai seorang insan anda harus cekal menghadapi cabaran. Cabaran adalah merupakan mainan dan asam garam dalam kehidupan. Kesabaran adalah ubat yang paling utama dalam menghadapi cabaran dan kesabaran itu juga adalah separuh daripada iman.
Sebagai seorang pelajar anda juga perlu lah bertanggungjawab di atas segala tindakan. Anda perlulah percaya serta yakin terhadap kebolehan diri sendiri. Sekiranya anda yakin dan bertanggungjawab di atas segala tindakan yang anda lakukan, maka insyaAllah tindakan yang akan anda ambil itu adalah sesuatu yang diredhai Allah.

Oleh itu lakukan sesuatu tindakan itu dengan hati yang jujur dan ikhlas, tanpa dipaksa dan dengan penuh rasa tanggungjawab. Sebagai seorang guru pula sifat berani mengambil risiko dan tanggungjawab adalah merupakan sifat yang paling mulia. Sesungguhnya golongan guru sentiasa menanggung risiko dan tanggungjawab di dalam melaksanakan tugas mereka.
Risiko dan tanggungjawab ini dapat dilihat melalui pelbagai perancangan dan aktiviti yang dijalankan di sekolah-sekolah ke arah mewujudkan pelajar-pelajar yang cemerlang. Mereka lakukan ini tanpa mengira masa, wang ringgit dan tenaga.
Sesungguhnya seseorang yang takut pada risiko bukan sahaja membantutkan segala kreativiti yang ada pada diri mereka malah ianya merupakan penghalang ke arah proses anjakan paradigma.



__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard