Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: renungan untuk makhluk tuhan bergelar ABAH..part 1


Newbie

Status: Offline
Posts: 3
Date:
renungan untuk makhluk tuhan bergelar ABAH..part 1


actually this is my 1st post of all..

kisah ni aku harap dapat dijadikan renungan untuk setiap insan yang sudah menjadi bapak orang..atau bakal jadi bapak..atau dah termimpi-mimpi nak jadi bapak orang...

true story guys...

aku lahir dalam sebuah keluarga sederhana yang, ada 4 beradik dan aku yang sulung..aku juga berasal dari keluarga yang tidak berpelajaran tinggi.. sewaktu childhood time, aku juga seperti kanak-kanak biasa..yang tak pernah mengerti perasaan orang lain dan memahami apa itu penderitaan hati dan jiwa..apa yang aku tahu enjoy dan terus enjoy sehinggalah aku di tingkatan empat.

aku bukanlah seorang budak yang serius belajar..yang jenis wajib study smpai pukul 1 atau 2 pagi..not my style la..tapi alhamdulillah, setiap kali exam besar2 aku x pnah result aku menghampakan hati..mungkin kerana iringan doa seorang mak yang dah banyak berkorban kehidupannya untuk aku..thank you very much mak.. mak aku ni brilliant orangnya, tapi sayang dia tak dapat peluang belajar tinggi kerana kesempitan hidup di zaman persekolahannya..

satu pagi sewaktu aku ditingkatan empat, hujan turun terlalu lebat, pendek kata mcm pepatah orang putih rain cats and dogs.. aku baru saja dapat lesen motor, jadi aku memang kesekolah dengan motor, dan tugas harian aku menghantar dua adikku yang masih disekolah rendah..

jam sudah menunjukkan pukul 7.20 tapi hujan sikit pun belum reda, aku pengawas sekolah, aku tak boleh lambat, kalau lambat, tercemar la maruah seragam biru yang aku pakai ni..aku kena pergi sekolah sekarang jugak tapi aku
resah memikirkan adik-adik aku yang masih kecik dan x tau apa2..melangut aje..tunggu aku agaknya, tapi manalah sampai hati aku nak biarkan depa basah kalau naik motor..dan abah aku, cuma berpeluk tubuh dijenang pintu dengan wajah kosong tanpa sebarang reaksi.. masa makin berlalu, waktu semakin lewat, abah tetap disitu, x ada sebarang tanda nak hidupkan enjin kereta dan hantar anak-anak dia yang masih kecil ke sekolah..

tiba-tiba hati aku menjerit marah..x ada perasaankah abah?? dengan hati yang bengkak aku start motor, aku hantar dua adik ke sekolah..sebelum aku tinggalkan umah, aku nampak ada airmata dipipi mak aku.. dan abah??? masih tetap selamba dengan wajah tak bersalah..dalam hujan aku menangis..hati aku sayu..bukan mengenangkan aku terpaksa berhujan ke sekolah..tapi mengenangkan dua adik dibelakang aku..

sampai di sekolah, hati aku macam disentap2 disiat2 bila tengok baju yang diaorang pakai lencun.."kakak...sejuk..." dan..tangisan aku bersambung.. seharian aku mengelamun..and keep question my self.. aku ni anak yatim ke anak yang ada bapak? dan sejak hari itu, hati aku perlahan2 mula memiliki cengkerang..yang sedikit sebanyak mulai tak lut dengan seorang manusia bergelar abah..

episod perit kedua dalam hidup aku...

siapa2 yang lahir tahun 1987, dan sit for spm in 2004 kan..dan aku adalah salah satu candidate utk spm tahun 2..1st paper yang aku ambil..add maths..kebetulan masa tu bulan puasa..second paper pulak bahasa melayu..
mengikut kata cikgu aku, kalau fail bahasa melayu, sijil spm takkan dikeluarkan..maknanya, 11 tahun berjuang, berakhir mcm 2 aje tanpa sebarang cert..ruginya..tapi tuhan 2 sentiasa ada agenda untuk hambanya..sekadar menguji..antara paper add maths dn paper bm ada gap 3 hari..lpas abis paper add maths, aku balik umah, aku rasa perut aku tak selesa sangat..tapi aku tahan juga x nak buka puasa.. malamnya lepas buka puasa, dengan perut yang sakit sangat, badan aku panas..dan aku disahkan demam..masa tu tuhan saja la yang tau perasaan aku..aku pulak jenis 3 tahun sekali baru nak demam, tapi sekali demam 2 tibai aku..4 hari aku x bleh bangun..masa 2 aku dah fikir..july paper la aku..ya allah.. x tau la kenapa demam aku kali tu mmg worse of all la..cirit birit, muntah2..bayangkan la tiap kali aku buang air dan muntah, benda2 yang keluar warna hijau pekat, dan aku juga lost control bila nak buang air besar..kalau termuntah, bawah pn automatik keluar sama ( sorry quite disgusting guys )..tapi 2 la hakikatnya..doktor cakap aku kena jangkitan usus, gelap dunia ni aku rasakan..mcm ne dgn paper bm aku????

tuhan maha kaya, aku mampu recover dlam 70% masa 3 hari dan 2 la harinya aku kena amik paper bm..tapi kepala aku masih pening...berdiri pun tak kuat..mcm bengong2 lagi..aku dah siap nak p sekolah..dan abah aku..dia langsung tak kisah pasal aku..aku terpksa berpaut pada grill kt depan pintu umah untuk berdiri..seriously aku mmg tak stabil..bila dah lewat sangat tiba2 abah tanya aku..kenapa tak pi sekolah lagi? aku cakap kakak pening, abah hantar boleh? dan jawapan dia..pi sendiri tak boleh? dalam keadaan aku yang cukup2 dizzy tergamak dia suruh aku pi sekolah sendiri..naik motor guys..anything can happen..dalam keterpaksaan, dia hantar aku..tapi aku nampak riak wajah dia yang keruh..wajah keruh 2 mengiringi aku sampai la kedewan exam..tapi semangat mak aku, aku genggam sekuat mungkin..i'll do it for u mak..only for you..pls pray for me..aku menjawan exam dengan kepala terlentok dimeja dari mula sampai tamat exam..aku tak mampu nak tegakkan kepala pun..

alhamdulillah..selesai segalanya..tibalah masa untk aku tengok segala hasil usaha aku..aku rasa menggigil nak kesekolah ambil result spm aku..aku takut aku akan kecewakan banyak hati..sebelum pergi, aku cium mak..aku mohon maafkan segala salah silap aku seandainya apa yang aku bawak balik tak seperti yang dia harapkan..mak ckap..p la kakak, apa pun keputusan, mak redha.. thats my mum..

tapi tuhan tu maha adil..aku tersenarai dalam top student sekolah..aku rasa macam nak buat sujud syukur kat situ jugak..dalam hati aku cuma ada mak..aku nak cpt smpai umah..aku nak bagi tau mak, bm aku dapat A1..dan diiringi beberapa A lagi..ni semua untk mak sorang..

sebaik aku sampai, mak tengok slip result aku, mak peluk mak nangis..mak ckp, kakak tau..sepanjang pagi kakak ambik exam mak buat sembahyang hajat, mak baca yasin mohon tuhan kuatkan semngat kakak..mak tak harap banyak..tapi alhamdulillah, Dia bagi jugak kat kakak..2 la saat paling menyentuh jiwa aku..sampai hari ni aku akan rasa sebak..tapi dimana abah aku?? aku tak bagi tau dia sampai la dia balik keje..i dont bother about him..

to be continue...

p/s : lepas ni cite permulaan aku nak masuk universiti...





__________________
aDiLaH
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard