Seseorang membuat dosa serta lambat menyesali perbuatannya atau pun lambat bertaubat atas dosanya. Ini adalah peringkat awal bagi orang yang membuat dosa. Jika seseorang itu berterusan membuat dosa pada peringkat pertama ini, maka ia akan secara automatik akan naik kepada dosa peringkat kedua.
Dosa Peringkat Kedua
Seseorang itu akan membuat dosa dan tidak merasai apa-apa di atas perbuatannya. Peringkat ini amat bahaya kerana ianya adalah bibit-bibit permulaan yang boleh menggugurkan iman seseorang.
Dosa Peringkat Ketiga
Seseorang itu membuat dosa dan merasa bangga dengan perbuatan dosanya. Peringkat ini akan sampai kepada suatu situasi di mana orang yang membuat dosa mula merasa sombong, bongkak, dan riak. Ucapannya juga akan membawa kepada unsur MURTAD. Contohnya ucapan "Aku minum arak ni biasa ajee... setakat sebotol tak mabuk lagi." Selepas peringkat ini seseorang itu akan sampai ke peringkat keempat.
Dosa Peringkat Keempat
Seseorang itu akan membuat dosa, bangga dengan perbuatannya dan mula MEMANDANG HINA ATAS KEBAJIKAN ATAU KEBAIKAN. Pada peringkat ini orang tersebut mula mencabar al-Quran, Hadis dan Sunnah kerana sifat sombong, bongkak, dan riak sudah sepenuhnya menguasai diri. Pada peringkat ini akan terdengar suara-suara, orang mula mempertikaikan hukum al-Quran dengan mengatakan ia tidak sesuai lagi untuk zaman sekarang kerana al-Quran turun lebih 1400 dahulu, dan ia perlu dikaji dan ditafsir semula.
Oleh itu hendaklah kita sentiasa berkira-kira tentang perbuatan kita setiap hari dan cepat-cepat bertaubat atas kesilapan atau perbuatan kita yang berdosa dan masuklah kita di kalangan orang-orang yang bertakwa di sisi Allah.
Seorang sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. "Wahai Rasulullah, akan adakah orang menyeru ke arah kejahatan dan dosa setelah datangnya Islam yang lengkap ini?"
Rasulullah s.a.w. menjawab, "Ya, memang akan ada pendakwah neraka di akhir zaman setelah datang ISlam yang lengkap." Sahabat bertanya, "Wahai RAsulullah, apa yang perlu aku lakukan sekiranya aku bertemu zaman itu dan pendakwah neraka tersebut?"
Rasulullah menjawab, "Hendaklah kamu cari ulama-ulama benar (ulama pewaris nabi) dan berpeganglah kamu kepadanya dan jangan sekali-kali kamu lepas darinya."
Wallahu'lam.
Semoga ia menjadi iktibar atau panduan kita dalam menjalani kehidupan yang serba mencabar pada hari ini. Sesungguhnya manusia pada hari ini mula tidak dapat membeza YANG MANA HALAL ATAU YANG HARAM dan YANG MANA PAHALA ATAU YANG MANA DOSA.
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????