Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: korban


Senior Member

Status: Offline
Posts: 168
Date:
korban


SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA KEPADA SEMUA GC...SEMPENA ARI RAYA NI TETIBE AKU NAK INSAP LA..SO, BG MENUNJUKKAN KEINSAPAN AKU, AKU POSTING LA ADAB MENYEMBELIH NI...( SBNANYA NI AKU PETIK DARI UTUSAN, SAJE NAK KONGSI NGAN SEMUA)

Rasulullah SAW juga pernah menegur seseorang yang meletakkan kakinya di atas binatang yang akan disembelih lalu mengasah pisau, Rasulullah SAW bersabda: Bukankah binatang ini akan disembelih? Ataukah dia (lelaki tersebut) inginkan binatang ini dimatikan dengan dua kematian(dua kesakitan). (riwayat Tabrani, dihitung sahih)

Antara adab yang digariskan oleh syarak dalam menyempurnakan sembelihan ialah:

1. Menyebut nama Allah SWT atau membaca al-basmalah serta berniat dengan niat yang baik.

2. Penyembelihan dilakukan di waktu siang hari.

3. Penyembelih menghadap ke arah kiblat.

4. Menajamkan alat sembelihan.

5. Tidak menampakkan alat sembelihan kepada binatang sembelihan.

6. Tidak disembelih seekor binatang di hadapan binatang sembelihan yang lain.

7. Jangan bertindak kasar terhadap binatang sembelihan seperti menarik kakinya ke tempat sembelihan.

8. Jangan menyembelih sehingga terputus kepalanya.

9. Pastikan sembelihan memutuskan halkum (saluran nafas), mari' (saluran makanan) dan dua urat di tepi leher.

10. Pastikan binatang sembelihan telah benar-benar mati sebelum proses melapah dilakukan.

Ternyata adab yang digariskan oleh syarak bertujuan memastikan kesempurnaan proses penyembelihan, memelihara nilai ihsan kepada binatang di samping penekanan dari sudut kesihatan dan kebersihan.

Jika ditinjau penyembelihan yang menurut akal pemikiran manusia sahaja tanpa dipandu oleh panduan wahyu, maka muncullah penyembelihan berupa renjatan elektrik, kaedah stunning (dipengsankan sebelum disembelih), memutus keseluruhan kepala dan pelbagai bentuk sembelihan yang direka oleh manusia. al-Quran diturunkan memandu umat ini dengan syariat yang unik lagi mu'jiz.

Kebenaran

Melalui peredaran masa, kemajuan dan teknologi terus membuktikan kebenaran dan keunikan syariat al-Quran. Benarlah firman Allah SWT yang bermaksud: Kami (Allah SWT) akan menunjukkan kekuasaan kami di afaq (langit dan bumi) dan pada diri kamu sehingga jelas kepada kamu bahawa bahawa dialah (Allah SWT) Tuhan yang sebenarnya... (Surah Fussilat:53).

Kini pelbagai kajian ilmiah dijalankan untuk mensabitkan keunikan syariat alQuran. Termasuklah syariat penyembelihan dengan segala adab kesempurnaan yang telah ditentukan oleh al-Quran dan petunjuk Baginda Nabi SAW.

Dalam satu kajian makmal yang dilakukan oleh sejumlah 30 orang pegawai perubatan di Syria di mana kajian tersebut telah memakan masa selama tiga tahun.

Dua sampel sembelihan telah dibawa ke makmal, sampel sembelihan yang menurut kaedah Islam dan sampel sembelihan yang tidak menurut kaedah Islam. Sampel sembelihan yang menuruti adab-adab Islam khususnya menyebut nama Allah SWT tatkala penyembelihan telah menghasilkan satu keputusan yang mengejutkan semua pakar perubatan yang menjalankan eksperimen tersebut.

Dua bentuk ujian telah dilakukan pertamanya mengukur jumlah bakteria pada daging sembelihan selepas 24 jam proses penyembelihan dan selepas dibasuh dengan cecair pencuci bakteria.

Seperti yang diketahui bakteria boleh memudaratkan manusia, menjadi penyebab banyak penyakit berbahaya seperti taun, disentri (dysentri), keracunan makanan dan lain-lain. Ukuran dijalankan dengan menggunakan perantaraan (medium) sodium thioglucolate dan levine medium (EMB).

Selepas 48 jam, hasil eksperimen menunjukkan tiada pembiakan bakteria pada daging sembelihan Islam berbeza dengan sembelihan bukan Islam di mana pembiakan bakteria begitu aktif sekali.

Keduanya, pemerhatian terhadap tisu binatang sembelihan bukan cara Islam di mana terdapat banyak sel darah putih (leukocyte) dan sel darah merah (erythrocyte). Ini berpunca daripada pembiakan bakteria yang ditunjukkan dalam proses pembengkakan tisu (inflammatory process).

Ini berbeza dengan sembelihan Islam di mana kurangnya pembentukan sel darah putih dan sel darah merah pada tisu daging yang menunjukkan kurangnya atau tiadanya pembiakan bakteria. (Majallat al-Ayat 2004).

Subhanallah, maha suci Allah SWT, Tuhan yang telah menurunkan al-Quran dengan segala kemukjizatannya. Marilah kita membesarkan Allah SWT dengan mentaati segala perintahnya, berkorban untuk kebenaran agama yang diturunkan-Nya. Selamat menyambut Hari Raya Korban.




__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 866
Date:

selamat raye haji...
selain korban haiwan2 yang di halalkan..
kita juga bleh berkorban untuk kebaikkan...




aku tak tahu nak cakap apa lagi lah!!!!1

__________________

"ZeitGiest"



Senior Member

Status: Offline
Posts: 227
Date:

aku tetiba jer teringin nak tanya betul ke ada orang kata orang nak sebelih lembu takleh pakai selipa betul ke?

__________________

staydo gembo-gembo,totap den.......



Senior Member

Status: Offline
Posts: 168
Date:

err....xtau plak aku...xde plak dalam list kat atas to..kena cari org yg arif lg pakar ni..sesape tau x????
tlg jwb....cian kat kat encik spendo ni...


__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2023
Date:

bungok btol kocing seko ni. Yg ko nk semelih pakai slipar tu nk watpe. Baik ko semelih pakai kasut tumit tinggi jerk.

__________________
Sepi sekuntum bunga sekeping hati


Senior Member

Status: Offline
Posts: 168
Date:

ntah...ape laa encik spendo ni..lenkali sembeli lembu pakai la pisau ke, gergaji ke ape ke...
baru afdal ckit...ellyza, jom dating!!! jgn dlayan incik spendo ni...

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 248
Date:

ley ke sembelih gna gergaji????
felik nor den raso????

__________________
sedapnye cokelat!!!!!!!


Super Member

Status: Offline
Posts: 804
Date:

buleh aja..
ak penah test pe...
time 2 ak tgh
sembelih biawak...
keras bebenor kulit biawak tersebut
maka dengan itu ak sembelih la pki
gergaji....
kalo coklat xtau meh ak tlg
ajrkan...tapi selum 2 coklat kene knlkan ak ngan adik coklat...
lelaki je pompuan ak xmo....
xde adk abg pun bleh...

__________________

"jage anak kambing sekandang lagi senang dari menjage anak dara sorang" kata bapak ak...

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard