Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: BATU - BATU YANG ANEH


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
BATU - BATU YANG ANEH


Dalam sebuah hadis menceritakan, pada zaman dahulu ada seorang lelaki wukuf di Arafah. Dia berhenti di lapangan luas itu. Pada waktu itu orang sedang melakukan ibadat haji. Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang sangat penting. Bahkan wukuf di Arafah itu disebut sebagai haji yang sebenarnya kerana apabila seorang itu berwukuf di padang Arafah dianggap hajinya telah sempurna walaupun yang lainnya tidak sempat dilakukan.

Sabda Rasulullah mengatakan :

·           Alhajju Arafat (Haji itu wukuf di Arafah)

Rupanya lelaki itu tadi masih belum mengenali Islam dengan lebih mendalam. Masih dalam istilah muallaf. Semasa dia berada di situ, dia telah mengambil tujuh biji batu lalu berkata pada batu itu :

·           Hai batu-batu, saksikanlah olehmu bahawa aku bersumpah bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah.

Setelah dia berkata begitu dia pun tertidur di situ. Dia meletakkan ketujuh-tujuh batu itu di bawah kepalanya. Tidak lama kemudian dia bermimpi seolah-olah telah datang kiamat. Dalam mimpi itu jyga dia telah diperiksa segala dosa-dosa dan pahalanya oleh Tuhan. Setelah selesai pemeriksaan itu ternyata dia harus masuk ke dalam neraka. Maka dia pun pergi ke neraka dan hendak memasuki salah satu daripada pintu-pintunya.

Tiba-tiba seketika batu kecil yang dikumpulnya tadi datang dekat pintu neraka tersebut. Tetapi mereka tidak sanggup rupanya. Malaikat azab telah berada di situ. Semua malaikat itu menolaknya masuk ke pintu neraka tersebut. Tapi sanggup rupanya. Kemudian dia pun pergi ke pintu lain. Para malaikat itu tetap berusaha hendak memasukkannya ke dalam neraka tapi tidak berjaya kerana batu mengikut ke mana sahaja dia pergi.

Akhirnya habislah ketujuh pintu neraka didatanginya. Para malaikat yang bertindak akan menyiksa orang-orang yang masuk neraka berusaha sekuat tenaga untuk menolak lelaki itu dalam neraka tetapi tidak berjaya. Sampai di pintu neraka nombor tujuh, neraka itu tidak mahu menerimanya kerana ada batu yang mengikutinya. Ketujuh-tujuh batu itu seolah-olah membentengi lelaki itu daripada memasuki neraka. Kemudian dia naik ke Arasy di langit yang ketujuh. Di situlah Allah berfirman yang bermaksud :

·           Wahai hambaku, aku telah menyaksikan batu-batu yang engkau kumpulkan di padang Arafah. Aku tidak akan menyia-nyiakan hakmu. Bagaimana aku akan menyia-nyiakan hakmu sedangkan aku telah menyaksikan bunyi syahadat yang engkau ucapkan itu. Sekarang masuklah engkau ke dalam syurga.

Sebaik sahaja dia menghampiri pintu syurga itu, tiba-tiba pintu syurga itupun terbuka lebar. Rupanya kunci syurga itu adalah kalimat syahadat yang diucapkannya dahulu.



__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????


Super Member

Status: Offline
Posts: 866
Date:

uii...
bestnye kalau dapat naik haji...
bagus punya post ni..

__________________

"ZeitGiest"



Senior Member

Status: Offline
Posts: 221
Date:

FiRsT TiMe DeNgaR CiTeR NiH........naK MaSuK SyUrGa Tu TaK SuSaH TaPI TaK JuGaK SeNaNg.......

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 532
Date:

sesungguhnya hambu ini juga tak sabar nak ke sana ( haji ).


__________________


Newbie

Status: Offline
Posts: 1
Date:

waty wrote:

FiRsT TiMe DeNgaR CiTeR NiH........naK MaSuK SyUrGa Tu TaK SuSaH TaPI TaK JuGaK SeNaNg.......




 SENANG JER NAK MASUK SYURGA...... BUAT APA YANG ALLAH SURUH JE.. SAMA ADA SURUH BUAT ATAUPUN SURUH TINGGAL... GERENTI MASUK SYURGA



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1209
Date:

1)batu kelikir..
2)serpihan batu marmar (menjadi batu kecil)
3)sepihan batu pantai (menjadi batu kecil)
4)batu karang
5)batu nisan...erk??
batu pa lagi arr...
arang batu..leh ker?
atau hati batu..

__________________
XXXXxxxx.....(^_^)....xxxxXXXX
*~Hidup ini indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan~*


Senior Member

Status: Offline
Posts: 108
Date:

huhuhu...bestnya, muallaf bley mauk syurga...kita yg dh lama peluk agama islam nih ada can ke nk tandingi dia???

__________________
Pabila kita tanya hati: Kenapa kita rindu seseorang??
Hati akn menjawab: Kau merinduinya krn dia dpt membuat kau tersenyum & merasa ditemani walaupun berjauhan..
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard