aku mmg suka dengar lagu nie....(mentera beradu -malique feat m nasir )lirik dia mmg aku "angkat topi", banyak maksud tersirat... mana tau ader member2 yg tau maksud tersirat blh share sesama... tq
aku rase aku baru 2x dgr lagu ni.. tapi best juga aku dgr kagu ni... kalau dapat dengar lagi mnkin aku bleh lah merungkaikan apa yang tersirat di dalam lagu ni.. M.Nasir tu..
(M.Nasir) Gerakkan Hati Hati gerakkan Pandanglah aku.. aku lah dia..
(Malique) Kulitku tebal.. ku kebal.. ingatku kebal.. hanya berbual makan angin kembung perut mual resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang.. ku schizo paranoia takut pecah tembelang
(M.Nasir) Pecah tembelang peta dah hilang bangau dah pulang suara sumbang..
(Malique) Lidahku kaku tak selicin kuku teman baikku buku bini ku pena.. tak pernah lena aku suka mengintai pantang ditenung berakhir pertelingkahan dalaman pasti belum
Ikut gerak hati.. pena melayang dilihat dua layang pandang tak lah sekarang takat meradang tanya.. abang gedang, apa barang? badan macam badang main macam belakang parang
Kuhunuskan keris musuh ada pistol tradisi kekalkan adaptasi harus betul tujuh baris keramat tujuh garis penamat baik berpada biar jahat asal selamat
(Suara Latar) Ramai saudaraku yang baik telah dipijak
(M.Nasir) Awan mendung yang berarak bawa tangis bawa resah rebah rindu yang terkumpul semua birat dan kalimah semua janji yang terikat lebur disisimu
(Malique) Yo! ijazah terbaik datangnya dari jalanan dari pengalaman bercakap dan bersalaman konflik motivasi cuba medatasi positif dan benci jadi inspirasi pagi
Peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah halang biar keduanya muka cantik soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya lebih hina dari zina
Lu bikin dosa ku bikin prosa testosterone testarosa citacita sosa kl kl kosa nostra jalan berliku ku harung roller coaster gah sentosa tiada penyesalan luas pandangan jauh dah berjalan tak sempurna masih ada kejanggalan gagal merancang, merancang kegagalan
(M.Nasir) Awan mendung yang berarak bawa tangis bawa resah rebah rindu yang terkumpul semua birat dan kalimah semua janji yang terikat lebur disisimu
Kucing bawa tidur rimau bawa igau masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
(Malique) Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau turun bukit pucat dengar tiga miaww kucing bawa tidur rimau bawa igau masuk tempat orang bawa otak bukan pisau tolak pintu gua tiga kerat tenaga kosong tak dijaga sampai datang tiga naga ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang menang dengan otak tak mesti dengan pedang
Sebelum jadi bangkai ikan koi renang renang pura pura salah jawapan untuk naik berang panggil lima kawan atau biar pergi laju risaukan pekara remeh kita tak akan maju muka sama hijau hati siapa tahu merah dah menyala pasti mati siapa mahu gagap tiga kali bercakap benar saja bulan terang ramai yang keluar buat kerja
(Malique + M.Nasir) Panjat pokok buluh cari tukun air terjun naik sampai nampak dah terpegun turun tiga ular ikut lompat atau paut kalau lari mati jika jerut maut
(M.Nasir) Awan mendung yang berarak bawa tangis bawa resah rebah rindu yang terkumpul semua birat dan kalimah semua janji yang terikat lebur disisimu
Puisi hati mu hati mu puisi palu hati ku palu hatiku
(Malique) Kulit tak besalin walau saling ganti baju pandang sini pandang sini ku berbahasa baku kata kata nahu himpun jadi satu mantera beradu dengan irama dan lagu
Percaya atau tidak.. lagu ni sebenarnya membicarakan kekecewaan pasal salahlaku kumpulan2 di bawah pertubuhan Pekida? Tu yg kuar 3 naga la.. 3 ular la.. Cakap Ayahanda la.. Geng Kucing la.. Geng Rimau la.. 3 line kaler merah, hijau, kuning.. Geng 30 (Tiga Kosong).. Baru2 ni, kuar kt paper psl kes penyanyi Awie, dituduh chief Kumpulan Naga Pekida yg salahguna kuasa..
Mengikut khabar, M. Nasir & Malique pernah la ada kes dgn diaorg ni.. Ingat lg studio M. Nasir pernah kena bakar? Malique tak muncul2 lama?
Abis la aku kena tahan dgn Mister Rie lps ni.. beliau Ayahanda Kumpulan Cipan..
__________________
"Sejahat-jahat manusia, adalah sebaik-baik jin. Sejahat-jahat jin, adalah sebaik-baik Mister Rie.."
ahhh... mana mungkin kata-kata ko ni dibenarkan wahai gabriel tunyuk... ko kan tak pernah sekolah... mana boleh idea-idea bernas terkeluar dari perut buncit ko...
lagu ni bukan untuk pekida... tetapi ditujukan khas untuk pekidu... pekidu ialah sebuah kumpulan khas yang ditubuhkan untuk melakukan kemungkaran terhadap maknyah2 dan juga debu-debu kota kat lorong haji taib andak... ketua dia gabriel tunyuk ni la... ape nak jadi la ko ni gab.. sanggup ko menanggotai kumpulan pekidu ni.. ape ko nak jadi cam zul dan mat?
Benerr.. Benerr.. Tepat sungguh kata2 nista yg dilemparkan oleh Rie Cipan ke atas aku. Semmgnya aku la cip Pekidu yg bermaharajagopal kt Lorong Haji Taib Andak.
Adik Sasuke pun tau psl citer ni yee.. Kalau adik Sasuke berminat, adik boleh aje sertai kumpulan Pekidu abg.. Abg la Cip Geng Lipan Lorong Haji Taib Andak.. Ini kerna jari jemari abg dikatakan mudah aje merayap2 mcm lipan, lebih2 lg kt peha awek mcm adik ni..
__________________
"Sejahat-jahat manusia, adalah sebaik-baik jin. Sejahat-jahat jin, adalah sebaik-baik Mister Rie.."
aku pernah berhadapan dgn geng 3 line kaler entah.. dia nak pukul aku.. sebab aku mengunakan public phone dekat tampat kerje dia dia cakap aku gangu dia... gila ke apa... tapi aku tak ganjak... tak nak makan dgn gertak2 mereka...
aku dah belasah dia sampai jumpa dgn brother dia... nasib baik bro die baik orgnye...
Benerr.. Benerr.. Tepat sungguh kata2 nista yg dilemparkan oleh Rie Cipan ke atas aku. Semmgnya aku la cip Pekidu yg bermaharajagopal kt Lorong Haji Taib Andak.
Adik Sasuke pun tau psl citer ni yee.. Kalau adik Sasuke berminat, adik boleh aje sertai kumpulan Pekidu abg.. Abg la Cip Geng Lipan Lorong Haji Taib Andak.. Ini kerna jari jemari abg dikatakan mudah aje merayap2 mcm lipan, lebih2 lg kt peha awek mcm adik ni..
abang gab,jangan tak taw...sasuke nie senantiasa men'follow'.. belakang abang..apa yang abang taw,sasuke wajib kena taw.. dan apa yang sasuke tak taw..abangla tempat sasuke bertanya, hikhikhikhik..geranti sasuke,join kelab pekidu abang tue..nak kena isi borang dalam bilik abang rie kew?
JGN JADI SPT LALANG SKEJAP KIRI SKEJAP KANAN... JGN JADI KACANG LUPAKN KULIT KRN KULIT XPRNAH LUPAKN KACANG... KALAU ORG JUAL KITA BAYAR 'CASH'!!! LINDUNGI KNAK2, ,PREMPUAN, ,ORG TUA, & ADEK BRADEK... XADA BARU XADA LAMA YG MBEZAKN KITA HNYALAH HORMAT... BERAT SAMA DIPIKUL RINGAN SAMA DIJINJING KAU&AKU SAMA... BERSATU KITA TERUS MAJU KE HADAPAN!!!
apa-apa pun...lagu nie bawa maksud yang amat mendalam,.. = ijazah terbaik datangnya dari jalanan dari pengalaman bercakap dan bersalaman =menang dengan otak tak mesti dengan pedang
pembetulan skt, kalo tak silap aku bukan bercakap tp bercakar..
= ijazah terbaik datangnya dari jalanan dari pengalaman bercakar dan bersalaman
ini satu lagi terbaek dari Malique. ___________________________________
Aku maafkan kamu- Malique ft Jamal Abdillah
(Jamal) Ada teratak dihujung kampung Bawah cermin kopak ada kotak Tersembunyi dalamnya ada tempurung Sembunyi bawahnya katak melalak
(Malique) Atur sepuluh daktil batal yang batil Detik dua usul ditutup satu lagi tampil Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil Minta di isolasi dari dalil busuk jahil Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni Mana cepat terbang atau warna gelang tangan Buah fikiran aneh tergantung dipersimpangan Halusinasi susuli ketandusan ihsan Ubat parut auditori kesan artileri insan Gagal dikesan
Aku maafkan kamu Tak perlu kita bertemu Cukup kau tahu Yang aku Maafkan kamu Tolong teruskan hidup Jangan sebut namaku
Timbul tenggelam, timbul tenggelam Acapkali terpendam, acapkali tersergam Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam Ini bukan lagu rindu ini madah dendam Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia Ku dihukum masuk neraka oleh manusia Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu Maafkan mereka, mereka tidak tahu Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu Mereka tidak fasih malah fasik guna kata Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa Maafkan mereka, mereka tiada nilai Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
Atas kepala murai sekawan Baling ku ramit kucup lehernya Terlalu rahi dendam di angan Sampai terkacip mulut mahirnya
Aku maafkan kamu Tak perlu kita bertemu Cukup kau tahu Yang aku Maafkan kamu Tolong teruskan hidup Jangan sebut namaku
Jangan ahli sihir seru nama maharaja Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara Kalau terpelajar sila guna hak miranda Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham Mereka mula kiri, aku kanan bila baca Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta
(Alif) Ada teratak di hujung kampung (Ba) Bawah cermin kopak ada kotak (Ta) Tersembunyi dalamnya ada tempurung Sembunyi bawahnya katak melalak
Ada teratak di hujung kampung Bawah cermin kopak ada kotak Tersembunyi dalamnya ada tempurung Sembunyi bawahnya katak melalak
Aku maafkan kamu Tak perlu kita bertemu Cukup kau tahu Yang aku Maafkan kamu Tolong teruskan hidup Jangan sebut namaku
Ada teratak di hujung kampung Bawah cermin kopak ada kotak Tersembunyi dalamnya ada tempurung Sembunyi bawahnya katak melalak
teman pengganti- Malique ft Black ___________________________
Ketawa bersama Menangis bersama Ku bersumpah harap kita Mati pun bersama
Sejak dua menjak ini Makin kerap ku diganggu visi Bila celik, juga bila mimpi Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi Dia membelaimu dengan izin dan permisi Sentuhan katanya semuanya kau iakan Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan Aku redha walau tidak ku damba Walau hampa semuanya dah dijangka
Beberapa purnama dulu cinta bertahta Kenangan dibina kita indah belaka Ketawa bersama, menangis bersama Ku bersumpah harap kita mati pun bersama Namun hakikatnya, bukan mudah Aku sembunyikan gulana-gundah Segalanya kan berubah Dengarkan apa yang ku mahu luah
*Rahsia ini Telah lama aku pendamkan Tiba masanya Segala-galanya Ku ceritakan Aku kan pergi Pergi ku tak akan kembali Tiba masanya Kau cari teman pengganti
Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias Kita tak terlepas dari terkena tempias Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks Bila dunia seolah tak memahami Kau sudi selami, dalami dan mengalami
Setia mendengar, sentiasa hadir Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal 70 000 hijab harus ku singkap Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap Dalam diam ada, seorang yang ku puja Kau teristimewa tapi dia yang sempurna
Ulang *
Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan Dalam persekitaran yang penuh kejumudan Terperangkap dalam jasad, ku keliru Mujur ada kau si peneutralisasi pilu Namun aku tetap murung, berkurung Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput Komplikasi di halaman rusuk kiri Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri
Lagu ini yang terakhir aku sajikan Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan Jaga diri, jangan makan hati Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi Cincin, kunci, dompet dalam laci Ada sikit wang, itu saja baki Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti
Aku kan pergi Bertemu kekasih abadi Tiba masanya Kau cari teman pengganti