"Cuaca buruk je akhir-akhir in ye.." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?
Berapa ramai di kalangan Kita yang mengeluh bila Hari hujan? - Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je.. - Alahai, hujan laaagiiii - Tiap-tiap Hari hujan...susah la mcm in - Payah nak buat apa2 kalau Hujan - Tak boleh balik lagi, hujan!
Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan DOA : "Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).
Hakikatnya, hujan itu rahmat.
"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) ." (Al-A'raf : 57)
Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya. 1. Membersihkan udara 2. Menyubur tanaman 3. Membekal air ke empangan
Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.
Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?
"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram in..?" Macam biasa dengar ayat TU kan ? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.
Sedarkah Kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab.
Sekarang ini, di tempat Kita hampir tiap-tiap Hari hujan. Tiap-tiap Hari Ada masa untuk DOA menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?
"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)
Maka, BERDOALAH. Semoga Hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, Hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf Dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun Ada juga mengingatkan Kita tentang kebijaksanaan Allah.
Lihatlah firman Allah yg bermaksud : "Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya. " (Al-Mukminun : 18)
Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru Hari ini Kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada Kita sekarang ini Ada sebabnya, Ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.
"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya. " (al-Hijr : 22)
Semoga Ada iktibar untuk peringatan Kita.
"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
aku pun pernah dpt email pasal ni... lepas je baca baru aku tersedar yang slama ni aku slalu merungut bila hujan... tapi lepas ni bila hujan je aku terus berdoa... bila hujan doa kita mustajab... ingat tuuu....
bg aku hujan tu rahmat. dan maksud rahmat tu aku simpulkan adalah rehat. koz bg aku, bende yg paling rahmat dalam dunia ni adalah rehat. bila hujan turun so aku bleh tdo dgn selesa. heheh. lg pun waktu hujan adalah suasana yg plg sesuai untuk rehat, sebab suasana ni lain dari pergi bercuti ke time bersantai dgn awek ke. huhu. klau berdoa ketika hujan rahmat tu datang kerana kusyuk yg di dorong oleh suasana hujan. wuuu sejuk nye ujan2 ni. tenang je.. huhuhu
hujan jugak byk digunakan atau di ilhamkan dalam bentuk sajak dan gurindam. ini kerana hujan itu dpt menunjukan ttg sesuatu yg nyaman dan harmoni. malah boleh di gunakan sebagai kiasan untuk memvisual kan keadaan sedih, rintihan hati dan dan resah.
tp klau tgh naik moto then hujan sakit woOO!! try la. setitik air tu klau kene muka. pergH!! pedih2!!
harap2 malam ni hujan sampai besok sampai lusa supaya tak banyak orang buat maksiat masa tahun baru ni... sempena tahun baru 2009 ni aku berazam menjadi seorang yang WARAK,HENSEM,dan BERDIKARI....wish me luck!!!!!!
biasa ler. kadang2 ape yang bos kita bagi pun kadang2 kita merungut. kita sebagai hamba cume merasa. klau tuhan bagi cili itu pedas, kita tergigit kemudian kita maki hamun cakap cili ni pedas. klau tuhan bagi hujan, kadang kala kita merungut cakap hujan ni membatas kan hari2 kita. kita kena sedar, bahwa ini lumrah kita hanya sebagai hamba. die (tuhan) memberi kita(hamba) merasa.