JIKA berbicara mengenai buah goji, ia mungkin asing kepada sesetengah golongan masyarakat di negara ini. Namun, buah tersebut sebenarnya telah digunakan secara meluas oleh penduduk dunia terutama dari daerah Ningxia, China sejak beribu-ribu tahun dahulu untuk tujuan kesihatan. Di Ningxia, lebih 90 peratus populasi penduduknya beragama Islam dan mereka telah mengamalkan goji sebagai makanan harian untuk kekal sihat dan menjalankan kehidupan yang aktif.
Goji atau nama saintifiknya Lycium barbarum (wolfberries) merupakan sejenis tumbuhan herba yang berasal dari Banjaran Tibet dan Banjaran Himalaya. Secara tradisionalnya, buah goji dipercayai mengandungi banyak khasiat untuk tubuh badan manusia serta mampu membantu merawat pelbagai jenis penyakit.
Ini kerana ia dikatakan mempunyai bahan antioksida yang tinggi berbanding buah-buahan atau sayur-sayuran lain seperti strawberi, oren, rasberi dan lobak.
Antioksida membantu mempertahankan integriti sel dengan melindungi mereka daripada diserang oleh radikal bebas. Kebanyakan penyakit berkait dengan penuaan adalah disebabkan kerosakan akibat radikal bebas. Oleh kerana kualitinya yang lebih tinggi, beberapa kajian perubatan telah mengesyorkan kegunaan Goji Ningxia sebagai pertahanan yang terbaik dalam melawan radikal bebas. Seperti tumbuhan yang lain, Goji juga mempunyai pelbagai bilangan spesis dan jenis. Daripada 80 spesis Goji yang berbeza di seluruh dunia, Lycium barbarum dari Ningxia mengandungi paras rangsangan-imunisasi polisakarida yang jauh lebih tinggi.
abang nie i da pernah baca da pasal nie.....nie ader kat pemplet satu bisnes MLM tu...tapi tak ingat apa namanya...da try da minuman buah goji nie..rasanya cam quaker oat......
Insap la Fizie.. nampak sgt betapa tak feymesnya ko dikalangan awek2 GC ni, hinggakan benih pokok ko nk bagi free pun takde sapa hingin.. Len kali kalau sesapa nk benih pokok, mintak aje dgn aku..
Untuk jantan2 gersang mcm Fizie ni, aku ada benih pokok betik yg seswai utk korang tanam.. Musti suka bila tgk hasil buah betik tanaman korang nnti..
[url=http://[/url]
Biji benih pokok Pepaya sesungguhnya amat seswai ditanam oleh jantan2 lembam spt En. Fizie, kerna bila ianya berbuah, secara automatiknya akan ada sarung buahnya, jd selamat dari dimakan unggas2 @ parasit..
__________________
"Sejahat-jahat manusia, adalah sebaik-baik jin. Sejahat-jahat jin, adalah sebaik-baik Mister Rie.."