Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.
Pari Pari: Kenapa dengan kau?
Pak Ali: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.
Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.
Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.
Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh ke dalam tasik. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali..
Pari Pari: Kenapa kau bersedih?
Pak Ali: Isteriku jatuh ke dalam tasik.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Angelina Jolie.
Pari Pari: Inikah isteri kau?
Sambil menangis Pak Ali menjawab... "ya, itulah isteriku..."
Pari Pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak".
Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Angelina Jolie... kau akan bawakan pula Pamela Lee...kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku...bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku...". Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua"..
Iskkkk... tak percaya aku Pak Mohd Ali Bin Mohd Mokhtar wat macam tu... tang kapak emas tu dah tipu dah... seperkenalan aku gan Pak Ali tersebut, jangan kate Kapak Emas... Kapak dari Negeri Perak beliau dah sapu...
hahaahaaaaaa... mrlelakilemah ni mmg lawak ar... tak tahan aku baca post ni.. tapi aniway ada sesuatu pengajaran yang ble kita dapat dari crita ni... huahuahauhauahuhauaaaaaaaaa
dah lama aku tak baca crite lawak yang sangat2 menghiburkan aku...
en jofrie bin awang... cerita ini telah diulang tayang.... maka encik excekutip opiser kita kena lah delete posting berkurun lamanya ini... encik jofrie silakan...
Pabila kita tanya hati: Kenapa kita rindu seseorang?? Hati akn menjawab: Kau merinduinya krn dia dpt membuat kau tersenyum & merasa ditemani walaupun berjauhan..