SHAH ALAM Seorang bayi perempuan yang masih hidup ditemui pengawal keselamatan di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Jelatek, di sini awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, bayi malang itu ditemui di dalam tong sampah oleh seorang pengawal keselamatan yang bertugas waktu itu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Jalil Hassan berkata, bayi malang berkenaan dicampak ke dalam tong sampah oleh pasangan yang dikatakan bertikam lidah sebelum dilihat membuang sesuatu yang mencurigakan.
Dia melihat pasangan lelaki terlibat membuang objek yang diambil dari but kereta ke dalam tong sampah, bagaimanapun sebaliknya perempuan pula keluar daripada kereta dan cuba mengambil balik objek yang dibuang oleh lelaki berkenaan.
Tidak puas hati dengan perbuatan pasangan terbabit, pengawal keselamatan itu terus melihat apa yang dibuang mereka selepas meninggalkan kawasan berkenaan, katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.
Jalil berkata, polis kini dalam usaha menjejak pasangan terbabit selepas pengawal berkenaan dapat mencatatkan nombor pendaftaran kereta berkenaan.
Ditanya mengenai rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), Jalil memberitahu, kawasan berkenaan tiada pemasangan alat berkenaan dan kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan
__________________
"Hanya dikau dihatiku, onak & duri, ombak & badai kita tempuh bersama."
sob...sob... sedeynye bace pos ni.. kenapa lah manusia sekarang semakin ramai yang menjadi jahil... kenapa semakin ramai manusia ingin kembali kepada zaman jahiliyah??? kenapa...kenapa... kenapa anak yang tidak berdosa diperlakukan seperti sampah???? harap2 mereka yang bersalah tu mendapat pembalasan yang setimpal di dunia dan akhirat.. AMIN!!!
bila baca betul2... pompuan tu agak nye x nak kot buang baby tu... tapi lelaki tu nak juga buang... pompuan tu mesti tertekan... pastu terpaksa juga buang baby tu... wallahualam....subahannALLAH.....
Mungkin juga pompuan tu x nak buang anak, sape yg tak syg kat baby klu dok usung perut 9 bln 10 ari siang malam. Tapi sepatutnyer sebagai wanita biarlah ditempatkan baby tempat yg elok, sekurang kurang biarlah baby tu merasai kehidupan.
__________________
"Hanya dikau dihatiku, onak & duri, ombak & badai kita tempuh bersama."
semakin hari..semakin tua bumi ni..semakin tu bumi..semakin byk bencana..hmm..mari la kite taubat cepat2x..risau pulak asenye..slagi kite sedang bernafas jgn la kite buat perkare yg boleh mendatangkan dosa..
semakin hari..semakin tua bumi ni..semakin tu bumi..semakin byk bencana..hmm..mari la kite taubat cepat2x..risau pulak asenye..slagi kite sedang bernafas jgn la kite buat perkare yg boleh mendatangkan dosa..
salah satu tanda akhir zaman ialah islam akan ditindas dan mngalami kekalahan (seperti yg berlaku sekarang di Palestin)..tapi sampai satu masa islam akan bangkit dan akan menang....dan waktu tu kita da terlalu hampir ngan ari kiamat......marilah kita sama2 menambahkan amal dikesempatan yg singkat nie.......................
sebenarnya manusia yang bersifat begini lebih hina dari Babi sebab mereka dikurniakan akal tapi tidak nebgunakannya dgn betul... sedangkan babi pun tidak membuang anaknye....
kalo pempuan tu sygkan anak dia, dia takkan bagi laki tu buang anak tu.. walau dgn alasan apa pun.. klo rasa tak mampu nak jaga, tongsampah bukan tempat nye.. letak kat masjid ke.. rumah org ke.. tmpat yg selamat la.. ni letak kat tongsampah.. naseb bek org yg jmpa.. kalo anjing? tak imagine ke apa akan jadik ngan baby tuh? bodo punya mak bapak! tau buat jek..