"Petang itu, Pak Akob memandu kereta Morris Minornya yang cukup disayangi. Walaupun banyak juga orang kampung yang merungut yang keretanya mengganggu pemandu lain kerana kelembapan kereta itu dipandu tapi PakAkob tak peduli,baginya biarlah apa orang nak kata,dia tetap memandu kereta itu juga.
Bukan dirinya tangkai jering tapi hakikatnya begitulah,baginya hartanya perlu dikekalkan dan jika dia membeli kereta baru,bermakna hartanya akan berkurangan nanti.
Sedang asyik dia memandu,tiba- tiba dia terpandang sekumpulan orang sedang berkumpul di tepi jalan untuk melihat mangsa kemalangan yang berlaku di situ.Pak Akob pun memberhentikan kereta Morris Minornya itu.
Pak Akobpun menghampiri kumpulan tersebut, Pak Akob cuma menyelit masuk dalam kumpulan tadi untuk melihat mangsa kemalangan tersebut tetapi tidak berjaya.Lalu Pak Akobpun menggunakan helahnya dan berteriak,"Tepi, tepi aku nak tengok anak aku, anak aku yang accident tu,"Semua orang yang berada disitu terdiam dan terus memandang ke arah Pak Akob. Pak Akob tak peduli dengan pandangan mereka,baginya yang penting dia mesti lihat dengan mata kepalanya sendiri, mangsa kemalangan tersebut.
Sebaik sahaja Pak Akob melihat mangsa kemalangan tersebut, maka terkeluarlah perkataan daripada orang ramai yang melihat kejadian itu,"Oh,inilah dianya bapak kambing tu tadi!"
Dengan muka yang merah padam,Pak Akob terus berlari pergi dengan meninggalkan kereta Morris Minornya.Orang ramai yang ada di situ habis gelak ketawa melihat Pak Akob.
Moral: Dalam hidupni bertanya tu penting,jangan rasa macam best aje
cerita seperti ini telah pun diutarakan 1000 tahun dahulu before christ (B.C)... namun corak penyampaian yang bersahaja dan memenuhi koloborasi perkataan membuatkan penceritaan bertambah menarik dan jitu. Watak Spender pak akob yang dijayakan oleh mat the matics telah dilakonkan dengan begitu berkesan sekali, rupa paras mat amat real sehingga sebijik macam muka spender, siap ada line2 kuning lagi....
tahniah lah kepada krew produksi, kerana telah menjayakan drama yang tahap neraka wail ni...
Tak perlu la adik CTIE konpius dengan cerita ni... sebab penulisnya memang mempunyai ciri2 kambing dimana kalau beliau menulis karangan, karangannya akan haru biru...
dari adik CTIE duk konpius, baik adik CTIE menemani abang jalan2 kat pasar malam...
xpenah lagi ak dengar pasar mlm de siang2 bute nie.... abg rie.... kot ye pun menginap jamban umah zul papaya yg dalam keadaan gelap gulita 2 xkan xleh beza skag malm ke siang....
errrr....abg rie nak ajk g pasar mlm tadi kan??? jom2....
__________________
"jage anak kambing sekandang lagi senang dari menjage anak dara sorang" kata bapak ak...
abang rie, aku pun nak ikut jugak pi pasar malam. aku nak beli rangka ayam celup tepung tu... best..kalo kolonel kfc makan, dia pun nangis sebab takut bisnes dia bangkrap
__________________
aku rasa nak makan buah duku laa. umah sape ada buah duku angkat tangan!!!
haha ape kes la dorang gi kumpul tgk kambeng eksiden. ahaha. tp cite ni mmg klaka tahap tiga padang futsal jgk la. ahaha. koz aku xpena bace cerita ni sblom2 ni. slalu bace cerita awang kenet je. kui kui.