Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Dengarlah kawan


Super Member

Status: Offline
Posts: 850
Date:
Dengarlah kawan


Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang
memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi
hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur
orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam
itu,dia akan dikira sebagai mati
syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?

Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk
menghindarkan sihir dan niat jahat
manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan
mengira seolah -olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah
sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang
piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak
tangan di bawah pipi.

Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk
dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream
sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama
lelaki.Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya
tidak menimbulkan fitnah.

Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur
meniarap,dibawahnya Syaitan/ Jin Betin a.Tidur bogel atau tidak
menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang
makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa,Syaitan/ Jin akan
bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk
bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau
anak-anak ikut perangai "bapa-bapa angkat" mereka ketika kita
bersetubuh dulu.
"

Wallahualam


__________________
PaStiKan KiSah SeMalam berLalu tanPa kESan


Super Member

Status: Offline
Posts: 866
Date:

huhuhuuuu!!!!!!!!!!
tersangat2 berguna ni..
mmg banyak yg tau ni tapi ramai yg sllu lupa..
mcm aku...

__________________

"ZeitGiest"



Super Member

Status: Offline
Posts: 850
Date:

(ni aku sambung skit lagi)...


Pewarna Rambut Tetap Haram Untuk pengetahuan semua, sahabat saya telah menelefon JAKIM dan bercakap dengan Ustaz Shahrulnizam, Bhg Halal & Haram utk mengesahkan tentang pewarna rambut samada sah atau tidak utk dibawa sembahyang. Beliau telah mengesahkan yang pewarna rambut yg berada di pasaran sekarang TIDAK SAH utk dibawa sembahyang kerana bahan kimia yg tedapat didalamnya menghalang air dari meresap ke rambut. Oleh itu jika anda mewarnakan rambut maka WUDHUK & MANDI WAJIB TIDAK SAH. Tanda 'Halal' yg terdapat pada kotak pewarna rambut, bermaksud tiada bahan haram ( yg berkaitan dengan babi, etc ) Bahan yang boleh digunakan utk mewarnakan rambut ialah inai, meresapi air dan mestilah mengandungi bahan yang halal. Diharap sahabat sekelian dapat menyampaikan maklumat ini kepada rakan˛ yg lain. Untuk pengesahan atau pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi JAKIM @ 03-88864000 Bhg Halal & Haram. Mudah-mudahan anda semua mendapat kebaikan dari maklumat ini kerana ia melibatkan ibadah harian kita iaitu sembahyang fardhu limawaktu yg juga merupakan salah satu Rukun Islam. Nota: Tolong sebarkan krn fenomena mewarna rambut melanda org˛ Melayu dgn hebatnya.



__________________
PaStiKan KiSah SeMalam berLalu tanPa kESan


Senior Member

Status: Offline
Posts: 248
Date:

ko mmg pelupa biggboss...
ari2 mkn semut,,
g pn ko da senile....
huhuhuhu,,,hope ko phm...
da tua mmg cam gini..
seb bek ngaku..

__________________
sedapnye cokelat!!!!!!!


Senior Member

Status: Offline
Posts: 362
Date:

huh! aku klu dah jumpe katil mesti x ingat ape2 dah...
memang berguna ni...
buat aku insaf....
tido mesti amal kan sunnah2 ni dulu....

__________________

Siapa Adamku??? 



Super Member

Status: Offline
Posts: 866
Date:

kitkcadbury wrote:

ko mmg pelupa biggboss...
ari2 mkn semut,,
g pn ko da senile....
huhuhuhu,,,hope ko phm...
da tua mmg cam gini..
seb bek ngaku..



ape tu senile tu??
tak paham aku!!



__________________

"ZeitGiest"



Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

bigbossman wrote:

 

ape tu senile tu??
tak paham aku!!

 


maksud die 'seni le'..
dah lame...dah tua...dah bangka...
body evo seploh...tapi sayang pakai enjin kancil jer....
tu pon dah lapan blas tahun tak servis...
tu la...ko banyak sangat kiss Zul Pepaya...
tu yang naik bukit gear 1 pon tak lepas...

 



__________________





Senior Member

Status: Offline
Posts: 248
Date:

maksud kta ko nyanyuk la biggboss
pe lak si mat ni mncarut??
pe lak kaitan owg ng enjin kancil??
konpius tol..

__________________
sedapnye cokelat!!!!!!!


Super Member

Status: Offline
Posts: 866
Date:

dah dia peminat keta kancil yg entah mcm mna die ble ubah body jd evo..
kunpius aku..
nyayuk???ish..nda mo aku..

__________________

"ZeitGiest"



Senior Member

Status: Offline
Posts: 387
Date:

tima kaseh

__________________

https://www.facebook.com/one.izat



Super Member

Status: Offline
Posts: 653
Date:

Thanks for the reminder......Ra Rabbi sungguh cantik Kau jadikan Islam utk sekalian umat manusia & jin.......cube kita fikir sejenak....ada ke x agama lain mengajar sebegini.....walimah....sampai ke bilik termenung (tandas)pun Islam ada cara2 nya......masih x yakin kah kita

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 3114
Date:

terima kasih lar anaknda izat rekonen yang rajin post up kan posting lelama tang agama ni ... terima kasih kerana mengingatkan kami seme yang umor pun ada yang agak-agak ... dah seusia ngan bendere jalor gemilang ....

Subhanallah (Maha Suci Allah) menjadikan Islam agama sempurna hingga akhir zaman  ... kehidupan kita dipenuhi dengan segala macam doa ... dan solat itu sendiri merupakan doa kita kepada Rabbi (Tuhanku) ... 

__________________

make me feel it

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard