Jumaat 27/02/2009, lebih kurang pukul 8pm, saya menerima satu sms berita mengejutkan dari CEO Geng Cerita, Encik Mister Rie.. Ayahanda beliau yg dikasihi, Allahyarham Tn. Hj. Ghazali telah kembali ke rahmatullah akibat komplikasi jantung..
Kami di Forum Geng Cerita mengucapkan takziah kepada keluarga beliau atas pemergian ayahanda tersayang, diharapkan beliau sekeluarga tabah menghadapi dugaanNya..
Mister Rie turut mengirim salam kepada rakan2 lain di sini, dan mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan rakan2 sekelian terhadap forum kesayangan kita ini.. serta kenalan rapat yg sentiasa memberi sokongan kpd keluarganya semasa tempoh keuzuran Allahyarham..
Al-Fatihah buat Allahyarham Tn. Hj. Ghazali, semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan org2 yg beriman..
Amin..
GaBRiEL
(P/S : Maaf tak dapat post berita ni kat Ruangan Pengumuman.. ada kesilapan teknikal sikit..)
-- Edited by GaBRiEL at 21:34, 2009-02-27
__________________
"Sejahat-jahat manusia, adalah sebaik-baik jin. Sejahat-jahat jin, adalah sebaik-baik Mister Rie.."
Terima kasih sebab mengirimkan takziah buat arwah ayah aku...
Memang tak diduga, Tuhan lebih menyayanginya....
Benarkan aku menceritakan serba sedikit kisah2 akhir di hari ketiadaannya...
27/2/2009 - Jumaat
4.30 pagi : Mak aku kejutkan aku yang abah nak pegi hospital amik ubat (kebetulan aku ada kat kampung cuti panjang)
4.45 pagi : Abah elok2 je jalan masuk kereta... takde menunjukkan apa2... cuma dia sesak napas sikit je...
5.00 pagi : Sampai sepital... abah duduk di kerusi dan menunggu doktor datang... sambil duduk abah sembang2 ngan kitorang... ok je...
5.25 pagi : doktor sampai... muda giler doktor... umor baru 27 tahun... baru grad agaknya...
5.35 pagi : Abah mula tunjukkan tanda2 sesak napas yang teruk... doktor kena kasi rawatan rapi kat abah...
5.45 pagi : Abah dipengsankan untuk mengeluarkan air yang bertakung diparu2... doktor bertungkus lumus mengeluarkan air tersebut... tapi jantung makin lemah (mungkin sebab dipengsankan)
6.08 pagi : Kedengaran Azan subuh berkumandang... dimasa itulah, abah pergi.... tapi apa yang aku dan famili aku terkilan... doktor tak benarkan kami masuk melihat abah bertarung nyawa... tahu2 bila kami masuk... abah dah takde... doktor pun muka cam baru bangun tido...
Tapi Takpe.... kami redho dengan pemergiannya....
Kerana, abah disemadikan dengan semulia-mulia kematian... pergi diwaktu azan subuh berkumandang, perginya pada hari jumaat.... kemudian disembahyangkan ketika jemaah selesai solat Jumaat.... Alhamdulillah... Abah.... Abah temui juga apa yang abah inginkan....
Abah.... terimalah salam tulus dari anakanda, iaitu doa anakanda untuk abah disana, anakanda doakan, semoga abah ditempatkan dikalangan kekasih-kekasih-NYA... AMIN
DOAKU UNTUK MU, ABAH!
Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku, peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku, atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku, jadikanlah itu semua penyebab rontotnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah, hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, Izinkanlah mereka memberi syafaat untukku. Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafaat untuk
mereka, sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat
kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
sama gak citernya ngan makcik aku.......asma.......sampai da nazak pon doktor tak bg tgk...nk ajar ngucap pon tak sempat...tau tau da tak der.....terkilan la jugak ....
lama dh x balik kg gc ni.. takziah utk ko rie.. x terlambat lg rasanya..
x sama mcm cerita aku..
kat rumah aku kt bgsr ni ada la brader jual beger.. badan brader tu gemuk giler aa.. tahun lepas dlm bulan 7, malam, kul 10, aku lepak la kt bwh umah aku(umah flet).. sekali member aku pian panggil.. pian cakap brader tuh kena heart attck.. so, pian ajak aku antar brader tuh kat ijn.. aku pun setat kete aku then angkat brader tuh masuk lam kete..
bunyi napas brader tuh can napas kuda.. bayang kn aku pasang airkon punya la sejuk, maksima.. tapi brader tuh makin kuat berpeluh..
sampai ijn.. aku panggil nurse.. so diarang pun reramai bertungkus lumus la.. buat mcm mcm.. hp brader tu, aku ngan pian pegang.. nurse tu cakap brader tuh selalu kena mcm tuh.. xjaga makan katanyer..
dalam sengah jam kemudian sorang nurse(agak tua jugak la) panggil aku ngan pian.. nurse tu cakap.."awak boleh la call saudara mara yang lain.. dia agak tenat, takde harapan lagi.."
aku ngan pian terkejut besar.. so aku ngan pian godek2 talipon dia, jumpa nama 'abah'.. aku terus call no tu, sekali kat kuale kangsar la.. xpe.. aku bagi tau ler apa yg nurse tuh ckp kat aku td..
then, lepas tuh aku terus balik bangsar.. aku bagitau budak yg tlg dia kt kedai beger dia tuh apa yg berlaku..
selang dua minggu, terkejut besar aku, tgk brader bukak kedai beger dia balik.. apa ni.. hantu ke.. seram ni... so aku kol pian, pian ckp dari semalam brader tuh bukak kedai.. ceh.. aku pun pg tanya la brader tuh.. brader tuh ckp dia 4 hari je dlm ijn tuh.. org tua dia kul 5 pagi dh sampai ijn.. syukurla brader tuh panjang umur...
tp pk-pk balik aper nurse tuh ckp.. "awak boleh la call saudara mara yang lain.. dia agak tenat, takde harapan lagi.."
seram sejuk aku..
al-fatihah
chow
__________________
DuLu AkU SuKa TgK AvAtAr Aweks_HapPy nGaN pHiA PuNyEr LeLaMeR...
DuLu AkU SgT sUkE mKN DoNaT.. SkAnG AkU TaNaK jAdI pEnAkUt..
asalam buat semua sorry lambat dapat tau berita ni buat rie aku minta maaf course dgr berita ni.... takziah.....
al fatihah........ amin....
__________________
Sometimes We think about them who we love but since its not belongs to us we just think and think and think only just watch and learn from the pass...... ^^