Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: OPEN INTERVIEW.........JUST READ


Super Member

Status: Offline
Posts: 866
Date:
OPEN INTERVIEW.........JUST READ


TEMUDUGA TERBUKA : SEBAGAI CALON JENAZAH

TEMUDUGA TERBUKA : SEBAGAI CALON JENAZAH

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN!!!!!

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.


Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:

"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya." Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.

 

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah.. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".

 

 

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat

 

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga iniā¦

 



__________________

"ZeitGiest"



Senior Member

Status: Offline
Posts: 387
Date:

terima kaseh untuk sbda nabi itu

__________________

https://www.facebook.com/one.izat



Senior Member

Status: Offline
Posts: 111
Date:

ko ni ijat tokonan..ada mslh mental ke hape..nape ko ske tobitkn kmbali posting yg lama2 cenggini?ke ko giler sgt ngn bintang2 yg brgemerlapn tu?aku ghase,tuan CEO kte ykni mister rie cipan dh igtkn brkali2 dh..

__________________
~~ Sejak mengenalimu, ssh bagiku untuk melupaknmu...Setiap malam kau hadir dlm mimpi2ku & mmbuatkan aku mnjerit...HANTU!!!HANTU!!! ~~


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 33
Date:

belum cukup amalan aku ni nak pergi temuduga tu. Grrrrr....

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 653
Date:

Jiwa takut menyelubungi bile membaca detik2 interview ni......apa persediaan kita......???...ayuh rakan2 & adik2 sekalian......berlumba-lumba lah kita mencari keredhaan Illahi agar tenang bila sampai detik nya nnti....

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 3114
Date:

terima kasih sekali lagi pada anaknda izat rokonen ... kalo posting hal agama ... ianya x ada masalah kalo di upkan lagi... sebab topik agama ni evegreen ... x lapuk ...x out of date ...

terima kasih jugak kepada bigbossman (si feer ) yang buat tawaran iklan kepada seme kengkawan kat GC ni .. aku salah sorang calon .. Insya Allah ... mudah-mudahan kita seme dapat melepasi sakarat ini dengan jayanya ... bukan saja kursus induksi perlu hadir dengan jayanya ... temuduga calon jenazah juga perlu dilalui dengan jayanya ... Insya Allah ...

__________________

make me feel it



Super Member

Status: Offline
Posts: 2292
Date:

posting ni mmg aku dah pernah baca..

tak ingat dekat mana sama ada dkt gc ni atau dkt emel ofis aku..

tak pasti plak mana satu..

tapi bila post ni dikeluarkan semula..

mmg bertambah insaf ler jawabnya..

kita sebagai umat Islam tahu apa yg perlu dilakukan..

jadi sama² lah kita melakukan kewajiban sebagai umat Islam..

-- Edited by Fizie on Monday 3rd of January 2011 06:43:04 PM

__________________

ccpsantai.th.png

Crazy Chaos Paintballerz



Member

Status: Offline
Posts: 18
Date:

tengx...akhrnya,ALLAH grakkan aty sy nk bce bnd ni...tenkiu2...

__________________
-insan biase-
sudu rindu kambing


Senior Member

Status: Offline
Posts: 221
Date:

bagus jgk kuarkan blik posting camni...nk korek blk yg zaman tok kaduk tue...cam malas la plak......

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

nasehat yang baik tu memang perlu diulang-ulang berkali2,

sebab kite ni mudah lupa.

__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 51
Date:

mati itu pasti

__________________

ariapersanta.blogspot.com

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard