KUANTAN: Seorang ibu tunggal terkejut kerana tidak menyangka bangkai itik tersangkut di celah akar pokok bakau yang dimakan biawak di tepi Sungai Kuantan berhampiran Peramu di sini, semalam, sebenarnya mayat bayi yang dihanyutkan arus.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, Mastura Mamat, 34, dari Kampung Panching di sini, menemui mayat bayi itu ketika menikmati hidangan di tepi jeti milik kilang memproses makanan laut di kawasan itu.
Lebih menyayat hati, mayat bayi yang belum diketahui jantina itu ditemui hanya tinggal kepala dan sebelah tangan, manakala anggota badan lain hilang dipercayai dimakan haiwan liar.
Menceritakan semula penemuan itu, Mastura berkata, dia menyedari kehadiran objek itu sejak kelmarin selepas melihat sekumpulan biawak mengerumuni sesuatu, tetapi tidak menghiraukannya.
Ketika itu, saya melihat sekumpulan biawak memakan bangkai itu yang terkeluar daripada balutan plastik hitam sejak jam 5 petang semalam (kelmarin), tapi tidak terlintas untuk memeriksanya sebelum mendapati ia masih berada di kawasan sama, pagi tadi (semalam).
Beberapa rakan yang berada di jeti melihat objek itu secara dekat sebelum memberitahu ia mayat bayi yang tinggal kepala dan tangan, katanya ketika ditemui.
Menurutnya, dia memaklumkan kepada pihak pengurusan kilang sebelum memberitahu Ketua Kampung Peramu, Baharuddin Sulong yang kemudian menghubungi polis, kira-kira jam 12 tengah hari.
Katanya, berikutan penemuan mayat berkenaan, dia trauma dan kesal dengan individu tidak bertanggungjawab tergamak melakukan perbuatan kejam itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff, ketika dihubungi mengesahkan mengenai penemuan mayat bayi berkenaan.
Menurutnya, Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) akan menjalankan bedah siasat bagi mengenal pasti jantina bayi itu termasuk mengetahui tempoh dilahirkan sebelum dibuang ke sungai berkenaan.
Katanya, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan bagi membantu siasatan
pg td aku bcer metro budak kolah mnengah boh baby lam beg dier... peh tu ader lagi la kes2 laen... yg aku eran tue klu anak haram nie la kan...senang jer nk kuar.... mak aku dulu cter kat aku maser nk branak kat aku n adik beradik yg len pnyer la ssah.. ermmm x tahu la org akhir zaman nie... nie pown nk salahkan pompuan 100% pown baby x akan jdi jgak klu xder sperm... so..korang pikir2 lah & selamat beramal... ngeee
__________________
Will you still love me when I'm no longer young & beautiful? :)
pg td aku bcer metro budak kolah mnengah boh baby lam beg dier... peh tu ader lagi la kes2 laen... yg aku eran tue klu anak haram nie la kan...senang jer nk kuar.... mak aku dulu cter kat aku maser nk branak kat aku n adik beradik yg len pnyer la ssah.. ermmm x tahu la org akhir zaman nie... nie pown nk salahkan pompuan 100% pown baby x akan jdi jgak klu xder sperm... so..korang pikir2 lah & selamat beramal... ngeee
kalau tak silap aku la..aku penah baca psl nih..katenye..seorang ibu akan diampunkan dosanya ketika melahirkan anak, lebih kurang dia teran tu untuk mengeluarkan sekali dosa-dosanya, sebab tulah ibu yang meninggal ketika melahirkan anak syurga jaminannya..itu yang halal punye..kalau yg haram dalam jamban pon leh branak....betulkan kalau salah yer...