Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert, Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi. Suzy : Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin. Ayah : Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert. Suzy : Tapi mengapa? Ayah : (Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu. Tapi, jangan beritahu ibumu ye! Terkejut dengan jawapan itu, suzy pergi pula kepada ibunya. Suzy : Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert. Ibu : Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert. Suzi : Tapi kata ayah, Robert itu abang saya. Adik beradik kan tak boleh kahwin. Ibu : (Separuh berbisik) Hmmm.... Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya. Suzy : Ha!!??!!