Larangan dari Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam:
Dari Jabir radhiyallahu 'anhu,... dia berkata,
Rasulullah SAW telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.
(Hadith Riwayat Imam Muslim)
Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan.... ianya telah menular di kalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kunoh dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga.
Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah SAW., juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah SWT.
Ali bin Abi Talib radhiyallahu 'anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi,
Tidakkah kamu mahu aku utuskan kamu untuk melakukan perkara yang aku diutuskan oleh Rasulullah untuk melakukan? Kamu hendaklah meruntuhkan semua berhala dan meratakan semua kubur yang ditinggikan orang.
(Hadith Riwayat Imam Muslim)
Note:
__________________
nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee
Aku sje je menyemen kubur cipan. Dgn harapan x de la rumput rumpai tumbuh d sekelilingnyer. Namun berkat krn terlalu byk kemungkaran yg beliau lakukan d dunia, Alhamdulillah, selai toge pn x ingin duk ats kubur dia.
'Rasulullah Shallallaahu Alaihi wa Sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.' (Hadith Riwayat Imam Muslim)
ermm tapi klu susun bata jer xper arn arn arn... kubo nenek aku susun bata jer..tu pown dah cantek..peh tu tanam pokok.. weyh gila subur...cantek la... ngeee~! tp yg seblah kubo nenek aku tu laa... siap buh marmar ag..siap pagar ag.. mmg la cantek n husband arwah tiap2 arie jmaat dtg bcer yasin..xkan aku nk pegi tego plak.. ermmm..renung2kan...& slamat beramal... ngee~!
__________________
Will you still love me when I'm no longer young & beautiful? :)
2lah sesetengah pendapat kata tanam pokok kat atas kubr 2 pahalany bila burung2ke unggas2 makan serap kat arwah bila kita niat tanam untuk beliau ddlm sn..
pendapat??? PENDAPAT?? ada plak boleh main pendapat-pendapat.... macam masalah cinta jer nak kasik pendapat...
tapi yang ko pnye PENDAPAT tu aku tak pernah dengar... tapi setahu aku la, kalo tanam pokok atas kubur, setiap daun dari pokok tu akan mendoakan kesejahteraan si mati dibawah pokok tu... tapi jangan tanam pokok yang ada akar tunjang.... just yang akar pendek jer.... so pop bunga pon kene pandai pilih, jangan sampai akar makan rangka si mati.. terseksa die kat bawah tu....
Pendapat ni aDalah pandangan para ulama'.. berdasarkan...
ulasan Syeikh Sa'id Hawa tatkala memperkatakan tentang hadis yang menceritakan Nabi s.a.w. memacak pelepah tamar basah di atas dua kubur agar penghuninya diringankan dari azab. Kata beliau (yakni Syeikh Sa'id Hawa); 'Di dalam hadis tersebut terdapat petunjuk bahawa pentingnya kedapatan tumbuh-tumbuhan/pokok-pokok di atas kubur. Dari kenyataan ini, dapat kita simpulkan bahawa di antara adab-adab kaum muslimin bersama tanah-tanah perkuburan ialah dengan mereka menjadikannya menghijau (dengan pokok-pokok), malah jika dapat mereka menjadikannya seperti taman-taman'. (al-Asas Fi as-Sunnah Wa Fiqhuha, 3/1175).
tepat bila che' mate berkata2
jangan tanam pokok yang ada akar tunjang.... just yang akar pendek jer....
n lg slaluny bl..ba2 nisan xde batu sungai diletakkan sebagai penanda kubur.. dgan tujuan yg sama.. zikir n doa sampai pada si mati.. dan tuk pendapat .. tanam pokok kat atas kubr 2 pahalany bila burung2ke unggas2 makan serap kat arwah bila kita niat tanam si mati
Berkata Syeikh 'Atiyah Saqar; 'Aku melihat tidak ada dalil yang menegah amalan tersebut (beliau merujuk kepada soalan yang ditanya iaitu; 'Menabur bunga dan memacak pelepah/batang pokok di atas kubur; adakah ia disyari'atkan?'). Selama diimani bahawa yang memberi manfaat dan mendatangkan mudarat ialah Allah sahaja dan apa yang kita lakukan untuk si mati sama ada doa, sedekah atau lain-lainnya tidak lebih dari sebab-sebab untuk memohon turunnya rahmat Allah (kepada si mati), maka tidak ada factor untuk diingkari amalan tersebut'. (al-Fatawa, Syeikh 'Atiyah Saqar, 1/370).
sapa punye pendapat pahala burung atau unggas makan serap pada si mati?? xde pon dari para ulama' tu??? aku tak pernah dengar nie.... yang aku pasan pasal batu nisan dari tamar basah... pasal pokok tu nak jadikan seperti taman... pasal tabur amalan bunga atas pusara atau pacak pelepah... Ulama' mana yang kasik taw??? aku musykil nie...
leks dl en mate (walau dlm atie timbul persoalan, lu nie blaja ke monteng ms gie sek agama rakyat dl ke wehh..)
xla jels tersurat maksud aku sampaikan..bl tanam pokok kat atas kubr 2 pahalany bila burung2 ke unggas makan serap kat arwah bila kita niat tanam si mati tapi dah jelas tersirat kalau kita cb mehaminy dlm pndpt Syeikh 'Atiyah Saqar (ulama Al-Azhar) kt ayt bwh nie.. Selama diimani bahawa yang memberi manfaat dan mendatangkan mudarat ialah Allah sahaja dan apa yang kita lakukan untuk si mati sama ada doa, sedekah atau lain-lainnya tidak lebih dari sebab-sebab untuk memohon turunnya rahmat Allah (kepada si mati), maka tidak ada factor untuk diingkari amalan tersebut
pasal pokok tu nak jadikan seperti taman... pasal tabur amalan bunga atas pusara atau pacak pelepah... 2 tambhan utk rengan kt bersama
tersurat ke tersirat?? kalo tersurat memang da nampak.. tang mane yang tersirat?? aku tak nampak blah mane yang tersirat... seyes... aku bab agama memang tak pandai.. so kalo ko taw, share la ilmu bersama.... "pasal-pacal" tambahan tu memang dari awal aku nmpk... tapi yang satu nie jer....
cdg aku bro mlm2.. jumaat gini rajin2 la kaki jemaah..bc Yasin.. sblm blah ko tahan Pak Imam.. blanja dia seCawan Dua Ali Kafe.. ko Soal dia sal nie.. I'Allah lg Afdal n panjg Lebr Penjelasan Beliau nt..
akhirnya aku jumpe gak hadis yang aku cari... aku lupe bunyi die sebelum nie..
Rasulullah SAW bersabda tanam pohon biar pun esok hari akan kiamat, jika kamu tak dapat makan buahnya, rezeki orang lain, kalau tidak burung hinggap pun dapat pahala.
Pasal pelepah tamar pon aku dah jumpa....Dalam satu hadis lain ada menceritakan mengenai Rasulullah SAW melalui satu kawasan perkuburan. Rasulullah memberitahu sahabat bahawa ada dua ahli kubur yang diseksa kerana mengumpat dan kerana tidak membersihkan najis. Baginda kemudian meminta dipatahkan daun pelepah tamar dan berkata: Semoga azab kubur mereka diringankan selama mana daun itu basah.
Yang aku jumpe hampir gan ape yang ko terangkan cume nie jer... Yang aku musykil cume kalo kite yang tanam, betul ke si mati bawah tu gak yang dapat????
Soal 2 aku xTau.. ikhlas yg Pasti Hanya Allah Yang Mengetahui smpai ke x kt beliau.. Yang Past kt yg Hidup nie ban2la insan dsana sal gmana pun.. Kau,Aku,Kita sume akan kembali ke Yang Maha Esa jua.. kan..kan..
buat blues.. mati itu pasti... hidup itu atas Kehendak-Nya....
x perlu takut MATI tapi perlu takut akan PERSEDIAAN kita untuk mati...
alahai, tak paham rupenye... bende nie memang aku taw.... tapi kemusykilan aku bile korang serap kat si mati.. Rasulullah just bersabda pokok yang kita tanam... bukan pokok atas kubur....
pelepah tamar tu pon sama.... pasal pokok jugak... selagi pelepah tamar/kurma tu berair atau belom layu...
tapi yang pasal pokok atas kubur, kalo burung/unggas makan memang aku tak pernah dengar kat mane-mane ceramah, khutbah ke... atau terbaca kat mane-mane artikel, rencana ke... tak kisah la.. nie 1st time aku bace/dengar pasal nie... tu yang aku kompius tu....
hurm..nak berceramah ke, nak beri pendapat ke, biar lah berasas dan berdalil. Insyaallah, kengkawan, setiap kemusykilan akan terjawab sekiranya kira rajin bertanya tetapi bertanya dan merujuklah kepada yang ahli dan bukan sembarangan bila berbicara.
" ikutlah kamu seseorang pada perbuatannya tetapi bukan apa yang dibicarakannya"
ha? inipun kena fikir2kan secara mendalam jugak ye..
__________________
nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee
en matemetik .... mksud shah rul han tuh... aku pun sbnrnye x brape phm akan pkataan ..serap n bla bla bla...
aku ade gak kitb.. tp kne crik dlu.. nk 4wrd susah skt ler.. kitbnyer ada kat almari...tp kn mksudnye..
... uztad yg ajar kami kt opis stiap ari jumaat pnah memberi tahu kmi ... slgi peleph tamaar basah or..... dahan n seumpamanya... di letk di atas kbur simati.. arwah akan dapat pahala kerana zikir dari daun2 basah td sehingga ia kering (walalhualam)..
.. dan ada setengah ijtimak ulamak... memberi pendapat... dibolehkn ditanam pkok yg mcm u all katekan di atas.. supia pokok dpt berzikir untuk ahli kubur di bawah ... so.. mksud shah bull eh ..e h.. shah rul.. serap tu mksudnya mendapat faedah... pahala la dpd pokok td atas kebesaran Allah ... wallahualam (dan Allah yang Maha Mengetahui...)..
btl kate c gayah.. membicgkan hal-hal agama nie.. mesti refer pada hadis n al Quran agar tidak kiter tergelincir...
lbey2 bg org mcm aku yg kurg ilmu agama... mmg jauh dri layak membincangkannya ....
.. berbicaralah kamu mengenai agama jika kamu mengetahui.. jika tidak.. berdiam diri adalah lebh baik....
.. maaf la eh .. klu kate2 di atas kurg sesuai ...
aku ade gak kitb.. tp kne crik dlu.. nk 4wrd susah skt ler.. kitbnyer ada kat almari...
dan ada setengah ijtimak ulamak... memberi pendapat... dibolehkn ditanam pkok yg mcm u all katekan di atas.. supia pokok dpt berzikir untuk ahli kubur di bawah ... so.. mksud shah bull eh ..e h.. shah rul.. serap tu mksudnya mendapat faedah... pahala la dpd pokok td atas kebesaran Allah ... wallahualam (dan Allah yang Maha Mengetahui...)..
..........................................
TENGKIU tengkiu Incik Badrul muhayat lau Rajin nanti nak bangun baca ke belek2 kitab 2, ko 4ward kn skali kat cnie..dpat kongc utk pedoman bersama.