sOmeTiMeS tHe bESt WaY To HoLd, OntO sOmEtHiNG Is To LEt iT GO ........
Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga .........
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambahnya semula.... Akhirnya ia dibuang....
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.... Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain.. Kamu juga yang akan MENYESAL....
P/S: Kwn2 aku lupa mcm mana nak upload gmbr larr~~ tlg leh x??
luv tis... rasa mcm tenang sgt bila baca.. sesungguhnya kesempurnaan yg terlalu diharapkan tidak akan datang dan memberi kebahagiaan sekiranya manusia tidak pandai untuk bersyukur.. cewahhh...
__________________
-forget about someone who broke ur heart yesterday but don't forget about someone who loves u tenderly today think it... do it..-
aik laila...ini macam ayat aku aje....dah lama aku tak sambung lagi ayat ni...tak apa hari aku sambung sikit
jika kamu dapati dirimu menyintai seseorang yang tidak membalas cintamu janganlah merasa tersisih dan sedih tiada salahnya menyintai seseorang kerana cinta tidak memilih untuk singgah di hati seseorang
jika kamu di cintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai anggaplah ia satu pengorbanan buat dirimu..tetapi selitkan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur jangan ambil kesempatan dan juga melukakan sebagaimana kamu mengurus cinta begitulah kamu mengurus dirimu...dan setiap hati ada perasaan mengalami akan kepedihan yang serupa..walau sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza
jika kita bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri kita dan memilih untuk pergi......tiada siapa yang harus dipersalahkan relakan cinta itu pergi..kerana setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi dan kita akan menyedari apabila masa bersilih ganti.
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
aku pun x tau wei.. aku dapat email.. dr kakak ipar aku..coz dia ckp ayat2 ni sesuai bangat utk aku..ha3!! nak sambung jugak..
Jika dirimu beranggapan bahawa kamu tidak sesempurna orang lain... Bersyukurlah... redha dengan pemberian yang telah Allah kurniakan.. Kerana di dalam dunia ini tiada seorang pun yang sempurna.. Kecuali orang yang bersyukur terhadap nikmatnya...
Jika dirimu merasa kecewa dan sakit diatas sesuatu kegagalan.. Berdirilah!!! bangun dan terus berusaha.. Kerana disetiap kegagalan itu pasti tersimpan hikmah yang pasti... Sesungguhnya kegagalan itu merupakan guru yang terbaik untuk mencapai kejayaan...
sorila semua aku tercopy n terpaste semua puisi (puisi ker nie...? ahh lantak ler mana2..) ni dlm MS Words... pastu aku ekjas sedikit sebanyak... taruk background pastu tukar fonts... lawa giler... hek hek hek.... aku nak mintak izin ni... sebelum aku jadikan puisi ni hak milik kekal aku...