Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: abahhhhhh....


Senior Member

Status: Offline
Posts: 329
Date:
abahhhhhh....


ABAH

 

Kalau semua orang dapat rasa belaian dan kemanjaan dari seorang Ayah,
aku tak macam tu, Abah aku memang teramat garang, dari kecil sampailah usia aku 18 tahun masih lagi merasa penangan dari Abah.

Aku ni anak perempuan sulung dari adik beradik seramai 7orang, yang
pertama dan kedua lelaki, ketiga akulah, keempat dan kelima lelaki jugak, keenam dan ketujuh perempuan. Dulu aku tak ada rasa hormat dengan Abah, yang ada cuma rasa takut, tak pernah langsung berbual dengan Abah, waktu makan pun asing-asing kecuali bulan puasa jek, itupun waktu berbuka, cukup dengan 3 bijik kurma(wajib makan, kalau tak abah luku kepala) dan air, tak boleh makan dulu, solat maghrib jemaah, barulah boleh makan malam, itupun Abah biasanya makan kat atas meja, kita orang depan TV. bukan tak nak makan ngan Abah tapi takut, salah tertib makan nanti pinggan singgah kat kepala pulak. Abah punyalah tertib makan, ambik lauk ngan tangan kanan, yelah makan kan pakai tangan, jadi ambik lauk tangan kiri ler, Abah kata sudu boleh basuh, tangan kiri tu tangan setan. Tak boleh makan sambil minum air, dah abis makan baru boleh minum, ambik lauk yang dekat aja, yang jejauh suruh orang hulurkan, jangan nak menjangkau tangan. Aku ni hantu buku, tak kiralah masa makan ke, tengok tv ke mesti ada buku terlekat kat tangan, Abah selalu tegur 'Akak nak makan buku tu letak, karang Abah koyak buku'.
Aku ni memang degil, satu hari tu, waktu makan tengahari sebelum nak gi
sekolah agama petang, aku bacalah buku cerita, baru pinjam dari library, tak perasan Abah ada, tetiba jek buku aku tu melayang keluar rumah dan landing atas tempayan yang penuh air. Biasalah perempuan mestilah menangis, bukannya Abah pujuk, Abah hadiahkan aku satu luku kat kepala 'Abah dah kata banyak kali, kepala ni keras sangat'. Mak aku kutip dan ironkan buku aku yang basah tu dan aku pegi sekolah agama dengan mata bengkak dan perut separuh lapar. Aku ni pendendam, aku pasang semangat untuk belajar pandai-pandai supaya dapat masuk asrama dan Abah tak boleh pukul aku lagi dan bila aku dah berjaya dapat gaji besar aku bagi mak jek duit, Abah aku buat tak layan. Aku berjaya masuk ke sekolah asrama penuh dan balik rumah pun, sebulan sekali aja, itupun time nak mintak duit, tapi jaranglah balik sebab aku dapat biasiswa, anak orang felda, kira susah jugaklah.

Cuti sekolah jek balik rumah Abah, itupun kekadang lepak rumah member ambik part time kat McD' atau KFC. Tapi bagitau Abah ada aktiviti sekolah.
Tapi Abang aku yang nombor 2 tu dan adik aku no 4, puas kena belasah
ngan Abah, Abangku yang sulung nenek bela, aku pun tak tau kenapa mak aku bagi kat nenek. Untung tak kena belasah ngan Abah. Pernah sekali tu Abang aku balik lambat dari bermain, Abah rantai Abang kat tiang seri rumah dan rotan berkali-kali, aku dan adik aku cuba halang Abah, aku sayang kat abang aku tu, dia baik, kita orang pun kena rotan sekali, kita orang boleh lari, tapi Abang aku sampai lembik kena belasah. Mak pun selalu jugak kena pukul ngan Abah, kadang-kadang tu sampai lebam-lebam. Abah memang panas baran orangnya.Mak terlalu banyak bersabar ngan Abah.
Mak memang seorang ibu mitahli, pada akulah, tak pernah dengar mak
meninggi suara ngan Abah, waktu Abah pukul mak, tak pernah dengar mak melawan atau menangis teresak-esak. Cuma aku nampak airmata mak aja mengalir. Mak akulah sapu minyak kat birat-birat kitaorang, birat kat badan dan hati mak sapa yang rawat? itu semua menjadikan aku jadi benci pada Abah. Tapi mak selalu nasihat, satu hari nanti Abah mesti berubah.'Doa untuk Abah, Akak' mak selalu pesan bila aku mendirikan solat Ternyata doa kami tak sesia bila mak dapat adik aku yang kelima (jarak 7tahun ngan adik aku yg keempat) dan seterusnya, Abah dah slow, masih marah-marah tapi tak pukul lagi, kekadang jek, mungkin sebab dah tua atau tau yang kami tak suka sikap panas baran dia tu. Tapi oleh kerana asuhan yang keras macam tu, menjadikan kami manusia yang berguna dan ingat pada ibu bapa. Abang sekarang ni dah berkeluarga dan memperolehi 4 org anak, dia seorang suami yang baik dan ayah yang amat penyayang. Aku pulak, masih single, pengalaman lalu membuat aku takut nak berumahtangga, takut dapat suami macam Abah, tapi Alhamdulillah Aku dapat kerja yang boleh tahan jugak dan mampu memiliki sebuah Wira 1.5 dan mampu jugak setiap bulan memberi sedikit wang kepada mak. Abah tak nak duit Aku, cukuplah bagi kat mak sorang aja, Abah pesan kat mak. Adik aku menjadi Chef di salah seorang hotel 5 bintang di Johor
Bahru dan telahpun memiliki sebuah rumah sendiri.
Adik aku yang keempat pulak menjadi seorang polis, mereliasikan impian
mak aku, adik aku yang kelima sekarang tahun akhir di salah sebuah Pusat Pengajian Tinggi dan yang bongsu pulak baru Tingkatan 2. Walau dulu aku terasa yang cara Abah terlalu zalim dan mendera, tapi sekarang ini aku rasa berterima kasih pada Abah.
'Abah, you make us a better Man and Woman' Selamat Hari Bapa Abah.... Hasil dari ketegasan didikan Abah dan kelembutan belaian Mak, dua kombinasi ini menjadikan kami, warisan yang tegas namun mampu bertoleransi dalam mengendalikan apa jua keadaan. Tak mudah melatah dan naik angin tak tentu pasal. Tapi itu sifat Abang dan adik-adik aja, aku tak serupa mereka. Sedari kecil sifat aku memang berlainan, mungkin kerana 11 bulan dalam kandungan mak dan lahir dengan selaput seperti kulit bawang membaluti aku dari pinggang hingga ke kaki. Aku banyak mewarisi sifat-sifat Abah, panas baran, garang dan mudah naik kaki tangan kalau amat marah.
Namun begitu aku juga memiliki separuh dari sifat Mak, pemaaf, mudah
menangis, mudah mengalah, pandai memujuk tapi aku tak tunjuk sifat itu
semua kerana sifat Abah lebih menguasai diri aku, mungkin kerana aku
tidak mahu orang menilai aku sebagai perempuan yang lemah dan mudah dibuli. Apabila umur aku telah menjangkau suku abad ini, sifat-sifat Abah yang ada pada diri aku telah banyak telah aku kikis.
Terutamanya sifat panas baran, garang dan mudah naik kaki tangan. Aku mahu menjadi seperti Mak, lemah lembut, penyayang dan sentiasa tersenyum. Sepanjang penghidupan kami jarang sekali aku lihat mak bermasam muka, walau payah sekalipun mak akan sentiasa tersenyum, namun kekadang bila aku renung matanya ada kesedihan disitu, tapi mak tak pernah tunjuk kat anak-anak, terutamanya kat aku kerana mak tau aku ni pendendam, dan paling teruk sekali mak juga tau, aku akan laksanakan dendam aku bukan dengan cara kasar tapi dengan cara reverse psychology, aku mampu menganalisa dan aku akan jadi pemangsa bukan lagi sebagaimangsa.
Tapi cerita dulu, kisah suku abad yang dulu, apabila melihat wajah mak
yang semakin dimamah ketuaan, namun masih berseri hasil dari wudhu' yang tak pernah kering dan selawat yang tak pernah putus, dengan sendirinya aku mendidik diri aku untuk menjadi seperti mak, supaya apabila Allah ambil mak dari aku,...... Aku mampu mendidik dan menjaga adik-adik aku, teramat penting sekali mereka hormat kepada aku dan menjadikan sebagai pelindung sebagaimana mereka berlindung kepada mak, meletakkan segunung kepercayaan kepada aku seperti aku menyerahkan nyawa aku pada mak.
Garis-garis ketuaan mak semakin hari semakin terserlah, sakit kakinya
semakin menjadi-jadi, hampir saban minggu aku menghantar dia pergi
berurut, namun sakitnya terkadang surut kekadang pasang. Kalau boleh aku nak bagi mak kaki aku, tapi apakan daya. Kadang-kadang tu, jantung mak pun memberi masalah kepadanya, pernafasan mak tersangkut-sangkut macam orang semput. Aku selalu diundang rasa takut, takut kehilangan mak dalam waktu ni. Aku tak mampu mengharunginya sendirian. Aku juga takut, tanpa mak kami adik-beradik akan hidup berpecah dan membawa haluan masing-masing. Abah pula dah semakin akrab dengan kami, sifat lamanya masih ada tapi telah dibendung, terserlah kasih sayang Abah sekarang ni. Namun begitu Abah masih tak mampu mengapai kasih sayang kami sebagaimana kukuhnya kasih kami pada mak. Suka melihat Abah melayan kerenah cucu-cucunya,dipeluk, dicium, bergurau dan menyuap cucunya makan.
Mungkin Abah mahu menebus ketegasan didikan masa lalunya kepada kami
dengan mencurahkan kemesraan pada cucu-cucunya. Kekadang mengalir air mata aku melihat kemesraan Abah dengan cucu cucunya, rasa cemburu campur rasa terharu, mengapa aku tak dapat merasai itu semua dahulu. Mengapa Abah tidak begitu dahulu. "Abaaaahhhhhhh!" lantang jeritanku memanggil Abah, sambil memangku tubuh Mak yang terkulai di pangkuan Aku. Takungan air mata aku pecah bercucuran. "Abah, Mak jatuh, Mak tak bangun-bangun" "Mak, bangun Mak.
Jangan buat Akak macam ni Mak. Mak, Akak sayang Mak. Mak bangun". Aku usap tubuh Mak lembut, Aku kejutkan Mak suruh Mak bangun. Tapi Mak tak jugak bangun, Mak masih diam di pangkuan Aku. Nafas Mak beralun lemah. Wajah emak seperti orang tidur nyaman dan tersenyum. Waktu itu aku tahu yang Mak dah tak ada, tapi aku tak mahu terima kenyataan ini. Aku tetap usap wajah Mak, aku lurut jari-jemari tangan

Mak, Aku cium kaki Mak.
"Mak kalau Akak buat salah, Akak sakitkan hati Mak, Mak hukumlah Akak,
tapi jangan buat Akak macam ni. Mak bangun, Akak masih nak manja dengan Mak." Tapi Mak tak bangun-bangun. Mak terus tidur selamanya. Jiran tetangga datang dan Aku masih erat memeluk tubuh Mak, mereka pisahkan Aku dari Mak, Aku meraung, Aku nak bersama dengan Mak tapi mereka tetap menghalang Aku dari mendekati Mak. Mereka kata "redhakanlah Mak pergi Akak, kalau Akak sayangkan Mak, pegi ambik air sembahyang, bacakan yasin untuk Mak" Aku bangun dan aku sempat mengerling ke arah Abah, sayunya wajah Abah. Abah yang pada aku adalah seorang yang kuat, gagah dan perkasa, malah tiada ada apa yang mampu mengoyahkan kekuatan dan kelelakian Abah, tapi hari ini, tika dan saat ini Abah kelihatannya terlalu lemah, terlalu tua dan terlalu dihimpit perasaan sebak. Kali pertama dalam sejarah kehidupan Aku, aku melihat air mata Abah mengalir kontras. Serta mertanya segala ketakutan dan kesakitan aku dulu terhadap Abah hilang, diganti oleh rasa terharu dan amat sayang pada Abah. Bukan setakat Abah, aku dan adik-adik sahaja di landa rasa ketidak percayaan atas kehilangan Mak, malah semua orang seolah tak
percaya. Mak tak sakit, Mak sihat dan pagi itu pula aku dan Mak masih
sempat berbual dan bergelak ketawa, malah kami merancang nak
bersiar-siar ke bandar JB sambil melawat Mak Long kat Hospital Tun Aminah.
Waktu itu pukul 10 pagi, "aku kata mak cepatlah siap mak, pukul 11 pagi
kita nak bertolak" dan "mak kata nantilah kejap, pukul 10.30 pagi nanti
mak mandilah siap-siap". Aku borak lagi dan sempat makan lagi dengan mak kemudian mak kata dia nak buang air besar dan sempat bergurau lagi
"perut-perut kau nak buang air ke tidak", aku gelakkan mak. Mak bangun
dan aku bangun sama dengan mak untuk temankan Mak ke bilik air sebab lutut dia lemah, aku takut dia terjatuh kalau aku tak paut dia. Tiba-tiba mak rebah dan aku paut kuat tubuh mak sambil melaung memanggil Abah. Waktu itu pukul 10.30 pagi. Waktu mak pergi, Abang aku yang sulung ada kat JB, Abang aku yang kedua ada kat Kota Tinggi,

Adik aku yang keempat sedang bekerja di Hotel(chef)JB, Adik aku yang kelima sedang bekerja di Perak(polis),Adik aku yang keenam berada di IPTA Melaka dan yang bongsu sedang berada di sekolah ko-kurikulum. Hanya ada aku dan Abah di rumah. Abah pula waktu itu sedang mesin rumput di laman rumah. Tinggal aku dengan Mak, dan aku adalah orang yang berada di samping mak di saat-saat akhirnya. Abang dan adik-adik aku semua meraung seolah-olah tak terima kenyataan yang mak dah tak ada.
Abah tak mampu berkata apa-apa, cuma menyuruh kami ambil air sembahyang dan bacan yasin untuk mak. Aku cuba menjadi seorang manusia yang kuat untuk hari itu, aku pujuk adik-adik aku dan aku dapat membaca yasin 7 kali di hadapan arwah mak sebelum dibawa pergi. Mak dikembumikan selepas Asar, dan alhamdulillah, majlis pengembumian Mak berjalan dengan lancar dan berlangsung dengan mulia sekali. Awalnya sewaktu mak dimandikan dan aku turut memandikan mak, tubuh mak lembut, tak berbau dan tiada najis. Sewaktu mak dikafankan, kain kafan mak banyak lebih dan Abah jahitkannya menjadi "saprah" dan sedekahkan di surau buat sejadah sembahyang.
Sewaktu dikebumi pula, cuma perlu 3 orang untuk mengangkat tubuh mak
masuk ke liang lahat. Mereka kata tubuh Mak amat ringan dan tanah buat
menambak kubur mak, terlalu banyak lebihannya. Semua orang memuji-muji dan memperkatakan keajaiban pada hari itu. Aku mengambil cuti satu minggu dan hari-hari itu aku habiskan dengan setiap pagi membawa Abah dan adik-adik melawat mak dan membaca tahlil dan yasin untuk mak. Sehingga hari ke 9, kuburan mak masih lagi basah sedangkan tanah lebihan dari kuburan Mak sudah lama kering. Dan Abah sejak hari itu telah benar-benar menjadi seorang Abah, dia tidak lagi pemarah dan setiap masa dan ketika Abah akan bercerita tentang mak pada aku, segala kebaikan mak dan kemuliaan sifat mak. Abah kata mak benar-benar seorang isteri yang solehah. Selama mak masih ada hayat, Abah tak pernah memuji mak, selalu marah mak adalah, tetapi setelah kehilangan mak, barulah Abah berbicara segalanya kebaikan dan kesolehan mak. Segala wajah kegarangan yang ada pada muka Abah, telah diganti dengan wajah sayu dan kasih sayang. Hari Rabu keenam balik semula ke IPTA Melaka, aku dan Abah hantarnya ke bus station Larkin, sebelum adik menaiki bas, Abah peluk dan cium dahi dia. Selama ni Abah tak pernah cium kami hatta
sekalipun. Begitu berubahnya Abah, Abah menjadi lembut dan amat
penyayang.
Dengan adik-adik aku yang lain dan aku pun begitu juga, sebelum kami
semua kembali ke bekerja, Abah akan peluk dan cium dahi kami. Kasih sayang aku yang dulunya terlalu sedikit untuk Abah, namun sekarang ini kasih aku terlalu melimpah untuk Abah walau ianya tak mampu menyamai kasihku yang melimpah ruah untuk arwah mak. Tapi segalanya kemungkinan apabila waktu mengizinkan. Al-Fatihah untuk arwah Mak yang kembali rahmatullah pada 15hb Jun 2002 jam 10.45 pagi. Pemergian Mak memberi tamparan yang amat hebat pada aku, kehidupan aku waktu ini aku rasakan cukup hambar. Jika dulu, aku 'looking forward' ke hari minggu untuk balik kampung jumpa mak. Selalunya mak akan ajak aku jejalan naik kereta, yelah mak tak boleh aktif sangat nanti lutut dia 'cramp', kalau jalan pun mak guna tongkat dan aku akan paut dia. Tapi kini, semua kenangan tu tak akan berulang lagi. Selama ini segala apa yang aku lakukan, semuanya untuk mak. Aku belajar pepandai dan menjadi seorang yang cukup sempurna, supaya dapat bagi kesenangan pada mak, tapi mak hanya mampu mengecapi itu semua hanya seketika. Impian aku untuk mak belum tercapai tapi mak dah pergi.
Apabila mak pergi, mak telah membawa keseluruh jiwa dan raga aku, ianya
seolah-olah turut mati bersama bersemadinya jasad mak. Aku memang amat
manja dengan mak, dulu mak zaman mudanya mak dan remajanya aku, mak akan korekkan telinga aku, potongkan kuku aku dan urut badan aku kalau aku kelihatannya letih. Dan apabila tuanya mak dan dewasanya aku, aku pula akan ketipkan kuku mak, urut kaki mak dan masak untuk mak jika aku pulang ke kampung. Tapi selalunya mak akan masak untuk aku jika aku beritahunya aku akan pulang. Bila sampai kat rumah aja, makanan telah terhidang untuk aku.

Mak memang seorang ibu yang amat-amat prihatin dan penyayang. Dan aku
benar-benar terasa kehilangan yang amat besar dan tidak dapat
digambarkan oleh perkataan.

Airmata ini pula, terlalu murah sekarang ini, acapkali teringat memori-memori pahit dan manis bersama mak, mudahnya air mata mengalir. Jika dulu bila teringat kat mak, aku akan telefon dia dan bagitau
"Mak, Akak rindu kat Mak" dan mak akan ketawa "Macam budak kecik jek",.
Kemudian aku akan minta mak doakan aku supaya selamat dunia dan akhirat. Kalau dulu ada orang buli aku atau selalu sakitkan hati kat ofis, aku akan ngadu kat mak dan mak akan kata "biarlah Akak, biar dia buat kita, kita bersabar dan sembahyang jangan lupa, Allah tu amat memahami dan pengasih".
Hati aku amat tenang mendengar jawapan dari mak, bukan sahaja kerana
jawapan dari mak tapi alunan suara mak yang mersik dan penuh kasih. Aku
akan telefon mak setiap hari, untuk tanya yang mak sihat atau tidak dan
melepaskan rindu, jika tak dengar suara mak satu hari aku akan jadi tak
tenteram. Kadang-kadang tu bila aku sibuk sesangat aku lupa nak telefon
mak dan mak pula yang telefon aku "Anak mak sihat?, ngapa tak telefon?", sayu suara mak di hujung talian. Tapi kini, aku kehilangan semua itu dengan sekelip mata, tiada lagi gemersik suara mak dan deringan telefon dari mak untuk aku. Rasa macam mimpi. Airmata ini tanpa segan-segan mengalir tak kira waktu dan tak kira ketika. Abah adalah lelaki sejati, maksud aku lelaki sejati adalah lelaki yang tak pernah ke dapur menolong mak masak dan tak pernah menukar lampin kami adik beradik apatah lagi bangun malam membancuh susu untuk kami adik beradik. Pada Abah itu semua kerja perempuan.

Kerja Abah adalah mengerah tulang empat kerat untuk rezeki keluarganya.
Apabila mak balik kampung B. Pahat, waktu nak melahirkan adik-adik aku.
Abah akan makan di kedai. Sehingga habis pantang barulah mak balik
semula ke sisi Abah. Namun untuk Abah menjenguk dapur sekadar memasak, gigit jarilah gamaknya. Pagi Sabtu aku pulang ke kampung seperti biasa. Tiada lagi suara mak yang menyambut salam aku, tapi suara Abah. Garau tapi sayu, aku capai tangan Abah dan aku cium.

Lesunya aku lihat Abah, mungkin masih 'trauma' atas kepergian mak. Hari ini, aku rasa amat terharu melihat Abah terkial-kial di dapur sedang menyiang ikan, kemudian Abah memarut kelapa dan memotong bawang dan lada. Selepas memotong bawang dan lada, aku lihat Abah termenung merenung lada dan bawang yang berenang-renang kat dalam mangkuk berisi air. Aku kerling dengan ekor mata aku melihat apa yang ditenung dek Abah, Rupanya melihat-lihat resepi yang disalin kat secebis kertas. Terbit kasihan di hati aku, Aku tanya Abah, nak masak apa. Nak masak ikan lemak pedas rupanya. Abah segan nak tanya aku, betul ke resepi nih. Aku kata kat Abah, tak pelah biar jek Akak buat, Abah duduk jelah.

Kemudian aku rendamkan lada dan kupaskan bawang bebanyak dan 'blend'kan
sekali untuk Abah, supaya lain kali dia tak perlu nak buat tu semua
apabila nak masak. Cuma perlu siang ikan dan tumis sahaja.
Abah teliti cara aku masak satu persatu dan bertanya itu dan ini.Syahdu perasaan ini.
Petang itu aku kembali ke Johor, setiap detik
perjalanan pulang aku, air mata ini gugur disahut dengan hujan yang
turun dengan lebatnya. Teringat arwah Mak, terkenang dakapan lesu Abah dan mengenang hari-hari yang bakal aku lalui tanpa Mak. Sebelum berangkat aku sempat menziarah 'persemadian mak', ingin aku laungkan "Mak, Akak rindukan Mak, Mak kembalilah" tapi kata-kata itu tak boleh aku laungkan kerana itu akan menyeksa Mak. Itu bermakna aku tak redha dengan kepergian Mak. Aku redha dengan qada' dan qadarNya, tapi aku memang masih rindu dan perlukan mak, hari ini, esok dan selamanya. Amat lama aku bertafakur, di sisi persemadian mak, amat mengharap yang mak menemani aku di saat itu. Rasa sepi, rasa terharu, rasa marah, amat terluka dan rasa amat-amat payah untuk melepaskan mak pergi. Seolah-olah tak redha, pertanyaan demi pertanyaan bertubi-tubi menumpu di benak aku, kenapa mak pergi dan mengapa mesti mak pergi? Aku tahu satu hari nanti mak akan pergi, bukan sekarang, bukan saat dan ketika ini, di saat-saat aku amat-amat memerlukan belaian dan kasih mak. Di saat aku sedang meniti tangga-tangga kejayaan dalam kehidupan, aku mahu berkongsi segalanya dengan mak, tapi segalanya anganku ini musnah, kerana mak pergi dulu tanpa sempat mengecap kejayaan yang bakal aku limpahkan padanya.

Sedari dulu mak tak pernah hidup senang, sebagai anak perempuan sulung dari 12 orang adik beradik, mak memikul tanggungjawab membela adik-adik beliau yang masih kecil. Mak seorang pelajar yang pintar, tapi terpaksa berhenti sekolah ketika di darjah 6, kerana ialah orang dedulu, perempuan dok kat dapur jek, tak yah belajar tetinggi. Sejak usia 12 tahun itu mak dah pandai memasak dan semua kerja rumah tertakluk di bahu mak. Sejak itu juga mak tak pernah berhenti bekerja, waktu mak bernikah ngan Abah pun, waktu itu usia mak 20 tahun, mak bekerja jugak, buat kerja kampung. Kehidupan kami amat susah masa tu, hidup pun menumpang rumah kakak Abah. Sehinggalah Abah dapat surat panggilan masuk Rancangan Felda, kami berpindah, waktu itu usia aku dalam 4-5 tahun. Tapi kehidupan kami tak berubah jugak dengan sikap Abah yang panas baran tu dan sikap borosnya.

Pandai-pandailah mak berjimat cermat untuk sekolahkan kami adik beradik. Mak bekerja jugak masa tu, kerja 'kongsi kong', ambik upah tanam sayur kat mana entah, aku masih kecik masa tu. sehinggalah aku masuk darjah 2 barulah mak berenti kerja, tapi itu pun ambik upah jaga anak jiran. Dan apabila di kedewasaan ini, mak baru mengecap sedikit bahagia yang aku dan adik-adik curahkan, tiba-tiba mak pergi, kenapa???? aku tau yang aku tak akan dapat jawapan untuk pertanyaan ini. Sejak itu jugak sikap Abah terlalu berubah,amat penyayang, amat prihatin. Abah seolah-olah mahu menjadi seperti mak, Abah seolah memohon kasih kami yang terlempar kepada mak, dicurah padanya. Telah agak lewatkah perubahan Abah? Pada aku tidak, belum terlewat untuk kami merasa kasih Abah, tapi andainya mak masih ada tentu mak merasa amat bahagia. Mak selalu inginkan rumah di tepi pantai yang mempunyai beranda, mak kata petang-petang mak boleh duduk di kerusi malas sambil mengadapke laut dan membiarkan angin sepoi menyapu wajah jernihnya. Rasa sesemut kaki aku, apabila bangun dari sisi persemadian mak,
beratnya rasa kaki nak melangkah, aku gagahkan diri berpaling dan Abah
bergitu setia menanti aku di sisi kereta. Melihat langkahku yang amat
lemah itu, Abah merapati aku dan memaut tubuh aku yang hampir tumbang. Di saat aku tau, pemergian mak membawa rahmat yang tak ternilai dan tak terucap dengan kata-kata.

Terima Kasih Abah, atas didikan Abah, aku menjadi manusia dan atas kasih sayang Mak aku menjadi insan yang kudus. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu adalah dari kekhilafan diri saya sendiri.

Wassalam.

 

 



__________________

 ~Melukis kekuatan melalui masalahnya..
~Tersenyum di saat tertekan..
~Tertawa di saat hati sedang menangis..
~Tabah di saat terhina..
~Mempesona kerana memaafkan..
~Mengasihi tanpa meminta balas..
~Bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi
     
¯\(°_o)/¯



Super Member

Status: Offline
Posts: 866
Date:

huuhhh!!!!!!!!
bestnye crite..penuh pengajaran....
er!!!sharing is caring kan cite ni??hakhakhak

__________________

"ZeitGiest"



Senior Member

Status: Offline
Posts: 329
Date:

caring is sharing pn boleeee....biggrin

__________________

 ~Melukis kekuatan melalui masalahnya..
~Tersenyum di saat tertekan..
~Tertawa di saat hati sedang menangis..
~Tabah di saat terhina..
~Mempesona kerana memaafkan..
~Mengasihi tanpa meminta balas..
~Bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi
     
¯\(°_o)/¯



Super Member

Status: Offline
Posts: 653
Date:

Ummmaaaaannnggg....aaaiii.....pjg nye.....sila bg sipnosis ckit.....

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

panjang ah~~ aku baca skip2..je..tapi rasanya aku dpt apa y penulis cuba sampaikan..
kisah penulis lebih kurang aku ah.. aku anak bongsu dr 7 beradik.. arwah ayah aku punyalah panas baran.. batang paip, tali pinggang suma jadi makanan kat badan abang aku.. peliknya ayah aku x pukul sgt kakak2 aku.. cuma abg aku y 2nd je..Bila abang aku main lebih sikit dr kul 5.30 ptg confirm badan dia mkn tali pinggang... kalo diaorg gaduh or bising masa makan, confirm pinggan suma kena baling...

Aku lansung x pernah kena pukul dgn ayah aku?? bertuah ke aku???
sebenarnya aku yang paling malang~~ masa usia aku 6 bln dlm kandungan ayah aku dah sakit.. Masa aku dilahirkan ayah aku dah tenat.. dan masa umur aku 6 bulan di dunia, ayah aku dah pergi meninggalkan aku.. Abang selalu selalu berdendam dengan ayah aku.. selalu cakap aku bertuah sebab kalo ayah aku hidup lagi mesti badan aku dah berbirat-birat kena pukul..

Tapi secara jujur, aku rela kena pukul dengan tali pinggang asalkan aku diberi peluang untuk menyebut perkataan "ayah" kat depan dia.. aku sanggup kena libas kena bantang paip asalkan aku di beri peluang untuk peluk dan cium ayah aku... aku rela kena belasah asalkan aku dapat merasi belaian dari ayah ku..Tapi semua tu x mungkin.. tapi aku bersyukur, sebab aku masih ada mak.. Mak yang sangat kuat, tabah, sabar dalam menghadapi ujian dari Allah swt..

Bolehkah aku mengerti dan merasi erti kasih sayang seorg ayah???



__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Senior Member

Status: Offline
Posts: 329
Date:

alaaaaaa...sedih laaaaa...cry

__________________

 ~Melukis kekuatan melalui masalahnya..
~Tersenyum di saat tertekan..
~Tertawa di saat hati sedang menangis..
~Tabah di saat terhina..
~Mempesona kerana memaafkan..
~Mengasihi tanpa meminta balas..
~Bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi
     
¯\(°_o)/¯



Super Member

Status: Offline
Posts: 555
Date:

sedihnyer....aku telah membace ceria ni..tetapi aku terpakse skip..hukhukhuk....

__________________
Jika tiada kereta kuda, naiklah kuda, jika tiada kuda, lebih baik berjalan kaki


Super Member

Status: Offline
Posts: 653
Date:

oooooohhh...tu mcm ye sipnosis dier iye Cik Lailatu Qadar......

Sodih nye.....aku teringat kembali masa ayah aku menghembus nafas terakhir di dlm pangkuan aku....sampai skrg aku menyanjungi dier....walaupun aku truk lah gak kena belasah masa kecik2 dulu....tapi atas didikkan dier masa dulu lah aku jadi org yg dipandang tinggi skrg.....

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

2 bkn sinopsis dia ah bluess.. 2 citer ttg aku..
kalo ko tinggi mesti ah org pandang tinggi bluess... he3!!

best ah korg kan.. at least pernah merasa kasih sayang seorang ayah,
walau ada y sekejab je~~
Aku ni x tau lansung apa 2 tugas seorg ayah??
dulu aku lansung x kisah.. ada ayah ke x de sama je~~

Tanpa ayah, aku rilex je dpt suma apa y aku nak..
Tanpa ayah gak aku happy je, malah lebih happy dr kwn2 yg ada complete family..
tapi makin aku dewasa, baru aku sedar betapa aku perlukan seorg ayah..
Thanx kat lecturer aku~~ 1st time ada seorg lelaki y ckp n act like seorg "ayah" dkt aku..





__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Senior Member

Status: Offline
Posts: 145
Date:

ish2 kita serupa noo..

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

apa y serupa narutong??? pelik aku~~

__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

lailatul qodar...

tak payah nak pelik... kalau nak jugak rasa pelik, pegi kampung sungai pelek...

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

kampung sungai palek??
ada ke? pe kata CEO kita ni bw aku p sana...
pe ada kat sana??


__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard