I.C.U. Atas saranan doktor, Mamat dihantar utk berubat di USA kerana penyakitnya yg agak kritikal. Sesampainya di Hospital New York, Mamat dibawa ke bilik bedah & dipasang tiub getah kiri kanan.
Beberapa jam kemudian, seorang pesakit dari UK yg kelihatannya lebih parah dibawa masuk & diletak bersebelahan katil si Mamat. Si Mat Saleh ini walaupun kelihatannya lemah, dia masih mencuba utk berkomunikasi dgn Mamat. Dia mengangkat tangannya dgn susah payah & berkata: "United Kingdom..."
Mamat yg juga sedang lemah, menjawab: "Malaysian..." Setelah itu dua-duanya pengsan kerana keletihan.
Beberapa jam kemudian mereka kembali sedar & cuba berkomunikasi lagi. Si Mat Saleh berkata dgn lemah: "James...".
Dijawab dgn susah payah oleh Mamat: "Mamat...". Habis itu mereka pengsan lagi.
Beberapa jam kemudian setelah sedar,mereka berdua masih mencuba melanjutkan percakapannya.
"Birmingham..." kata si Mat Saleh. Dijawab Mamat: "Kuala Kangsar...".Pengsan lagi....
Tak lama kemudian mereka sedar & masih mencuba utk berbual. Si Mat Saleh yg sudah hampir kehabisan nafas berkata: "Cancer..." Dan dgn sisa-sisa nafas yg ada Mamat menyahut: "Capricorn...!"