Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Ibu PEMBOHONG... :(


Senior Member

Status: Offline
Posts: 329
Date:
Ibu PEMBOHONG... :(


Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.


Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : "Makanlah nak ibu tak lapar." PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.


Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.


Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi."   PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.


Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!"   PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.


Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.


Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit"   PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.


Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara.
Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang."   PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH


Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit."   .  PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN


Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu

"SEMOGA MENJADI TAULADAN".... :( :'(





__________________

 ~Melukis kekuatan melalui masalahnya..
~Tersenyum di saat tertekan..
~Tertawa di saat hati sedang menangis..
~Tabah di saat terhina..
~Mempesona kerana memaafkan..
~Mengasihi tanpa meminta balas..
~Bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi
     
¯\(°_o)/¯



Super Member

Status: Offline
Posts: 866
Date:

AIK..MCM tak ada org yg komen...
tak ada mungkin semua sedang menangis
sedih gak...
bersyukur lah sebab kita ada ibu sama ada masih ada atau telah pergi..

__________________

"ZeitGiest"



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 80
Date:

hargailah ibu kita selagi masih ada..syngi dn kasihi la ibu kita sbg mana ibu kasihi kt semasa kecil..lindungi ibu kita biarpn nyawa kita terpks menjadi korban kerana tnpa ibu kt xkn wujud di dunia ini..

__________________
-GooDbyE Mr.CooL-


Senior Member

Status: Offline
Posts: 329
Date:

baru je post kowttt..!!! wahai bigbossman


__________________

 ~Melukis kekuatan melalui masalahnya..
~Tersenyum di saat tertekan..
~Tertawa di saat hati sedang menangis..
~Tabah di saat terhina..
~Mempesona kerana memaafkan..
~Mengasihi tanpa meminta balas..
~Bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi
     
¯\(°_o)/¯



Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

tapi aku rase bukan sebab baru post kot...
tapi sebab dah pernah post...
so bende nie da takde original...
tapi disebabkan keoriginalati Cik Toyota Corola,
maka saya berikan 5 bintang keatas post ini...
malah saya berikan pakej bermalam dengan saya....
sudi-sudi la terima hadiah tersebut.....

(Namun matematik telah kembali kepangkal peha awek tomeyto kerana hadiah tersebut Lola berikan kepada Ho-Nam)

__________________





Senior Member

Status: Offline
Posts: 416
Date:

ah..penah post ke ta penah ke aku nk nangis jugak..
waaaaaa....lalu aku menangis dgn sepenuh perasaan..

__________________



Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

mak~~~ saya sayang mak!!!
Perasaan x, kita rasa malu nak ungkapkan ayat ni?...
takut dianggap manja, tidak matang atau takut dianggap anak mak...

Tapi kalo nak ucap" baby i love"~~ relax je kan?..
x de malu nye..makin bangga adalah..

sebenarnya, dulu aku pun malu nak ckp "sayang mak", "sayang abg" or "syg kakak"..
tp bila dah jauh dr diaorg baru aku berani ckp.. sebab aku takut kalo x sempat..
so skrang dah jd rutin, pas tepon depa mesti aku akan cakap:
" mak org syg mak sgt2" : mak aku akan jwb "emmmsss"
Kalo aku ckp " abg aku syg ko sgt2" : abg aku akan balas " syg abg sbb duit dah masuk kan"
kalo aku ckp "kak aku syg ko sgt2" : kakak aku akan balas " dah buang tabiat apa ko ni"

mula2 dgr mmg sakit jiwa gak.. tapi aku tau sebenarnya diaorg terharu dgr ayat 2..
X rugi mengucapkan kata sayang pada family kita..walaupun kadangkala respond yg kita trima mmg hampeh...jom ramai2 katakan syg pada family masing2....

__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Senior Member

Status: Offline
Posts: 329
Date:

ye ke dh penah post..!!! tp knnn...cik lola baru je dpt cite nie...
haiiisshhhhh...sesungguhnya cik lola sgt ketinggalan dowwww...
hukkk..hukkk...disbeliefdisbeliefdisbeliefdisbeliefdisbelief
xpe..xpe..stakat nk share xslh kannn...????? biggrinbiggrin

__________________

 ~Melukis kekuatan melalui masalahnya..
~Tersenyum di saat tertekan..
~Tertawa di saat hati sedang menangis..
~Tabah di saat terhina..
~Mempesona kerana memaafkan..
~Mengasihi tanpa meminta balas..
~Bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi
     
¯\(°_o)/¯



Super Member

Status: Offline
Posts: 1209
Date:

sedih lar jugak...huhuhu....
ooiii asukai..!
pinjam bahu jap....
crrreeeetttt....erk?
sorry terlepas pulak....hehehe
anggapla upah pas bg pinjam bahu ye....awwaww
tenkiu!


__________________
XXXXxxxx.....(^_^)....xxxxXXXX
*~Hidup ini indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan~*


Super Member

Status: Offline
Posts: 653
Date:

walaupun dah penah post.....aku x penah boring membaca artikel nie......meremang bulu mata aku.....tapi buat aku tersedar tu yg syoknya......

__________________


MODEST

Status: Offline
Posts: 1987
Date:

takpe cik lola loli.... aku tak penah lak bc posting ni..takpe la dh post ke belum.. tp gaya ko post mcm blm penah org post... takpe la biasala si mat kan ke suka jeles.. org pakai spender sama ngn dia pun nak mrh gak.. org nak buat fesyen rambut ala2 mayang mengurai pun tak kasik sbb dia pun dh buat... takpe cik lola.. truskan memosting... nak post surat cinta kat mat pun takpe... teruskan.... dia suka tuu..

__________________

aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah



Senior Member

Status: Offline
Posts: 329
Date:

tulatu...cik lola cm dh majuk laaarrrr...
cik lola dh tamau wt posing dhhh....
tp kn walau papew pn...tengkiu pn radinnaz
sbb sanggup memBELA nasib kaum sejenis yg hina ini..
hukk..hukkk..nononono

__________________

 ~Melukis kekuatan melalui masalahnya..
~Tersenyum di saat tertekan..
~Tertawa di saat hati sedang menangis..
~Tabah di saat terhina..
~Mempesona kerana memaafkan..
~Mengasihi tanpa meminta balas..
~Bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi
     
¯\(°_o)/¯



Newbie

Status: Offline
Posts: 1
Date:

Isk..isk... Sedih... Nak balik kg skang jugak!!!

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1071
Date:

hahaaha..sabo Rizq...call la mak tu.

Mcm Kesuma Apache plaks suka ckp I love u sume2.... kat family.
MEmg tak dinafikan kalu bechenta laju je lafazkan... jmpa 2 jam tros ckp ailebiu.tp kalu family, dh tumbuh uban pun x[nh ckp...malu kunun...

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 122
Date:

pergh...
berair mate bc cite ni..
tetiba plak aku rndu ngan mak aku...
waaaaaaa
lmbt lg nk blk kg...
hukhukhukhk

__________________
kalo kail panjang sejengkal, pi mancing parit je la......

suRveyor cAbuk.....


Super Member

Status: Offline
Posts: 1071
Date:

sabo kangkung... call dlu.. mata aku pun dah berair gak ni..laaa penye nguap.hehehe
balik la wahai anak rantau... duit boleh cari tp kasih syg ibu n ayg takde ganti...bini pon leh cari gnti..huhuuh

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 305
Date:

mak... orang xnak g oversea......
nak duk sini je tiap2 minggu leh jumpa mak....
dah senang t kita g haji same2 eh mak n abah...
orang keje sume tuk tunaikan hasrat mak nak g keje...
keje 24jam sehari pon xpe...
orang x kisah sume tu, janji mak dapat tunaikan impian mak...
dari kecik orang dengar mak ckp nak g sane..
insyaallah x lama lagi mak....

kehidupan orang xkan orang agp penting selagi mak x tertunai impian mak....

~~ ayat aku 3 tahun lepas sebelum aku g oversea, time ni mmg aku sebak gila kat KLIA~~
aku akan egt ayat ni selagi hayat dikandung badan..
insyaallah x lama je lagi akan menjadi kenyataan.... amin.......

my LIFE just 4 My Parents.....
I'm alWays seCond And will Be ForeVer~~~

__________________
I LOVE ALLAH, I LOVE MY PARENTS, I LOVE MY DEAR, I LOVE MY SELF


Super Member

Status: Offline
Posts: 1071
Date:

Haaa....bila lg Ren??

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2292
Date:

lola..

biarlah apa orang kata..

kanda tetap di sisi adinda sepanjang masa..

ignore je apa yg mat the gaytic perkatakan tu..

mari sini ke celah keti abg pijie utk kita beradu asmara..

p/s: soobbb..soobb! sedih betul kisahnya...aduhhh! MAKKKKKKKKKKK!!! (walaupun dah baca post mcm ni aku tetap mengeluarkan air mata apabila membacanya lagi sekali)

__________________

ccpsantai.th.png

Crazy Chaos Paintballerz



Senior Member

Status: Offline
Posts: 243
Date:

besar nye pengorbanan mak kita yea...

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1071
Date:

Tul la kengkawan... jgn la sesekali menitiskan air mata ibu kita.
Tapi kalu nangis happy tu takleh watpe la..
Kan syurga di bawah telapak kaki ibu.. Rindu mak la...nk mkn bubur lambuk mak masak.huhuhu

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 305
Date:

aku watkan bubur tuk ko eh kesuma...
aku lenyek bubur tu pakai kaki je...
baru nampak syurga di bawah tapak kaki....
mau???

__________________
I LOVE ALLAH, I LOVE MY PARENTS, I LOVE MY DEAR, I LOVE MY SELF


Super Member

Status: Offline
Posts: 1071
Date:

Ampeh ko Ren.Stakat kaki ko cagu tu tak payah ler.Ko tu stakat mkn ko tau la.Aku tak gerentiko pandai msak.

Nak mak gak msak..

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 129
Date:

perh!!!sedihny....emak......
(T_T)

__________________

"sh0ot f0R thE m0oN,evEn iF u miSs,u'lL laNd am0Ng thE sTaRs"
______________________________________



Super Member

Status: Offline
Posts: 807
Date:

agak2nya...mak aku kat kg tu penah x bohong benda yg sama kat aku???????
hmmm..tetiba rindu lak kat mak walaupun br je jumpa cuti CNY baru2 ni...

__________________

LuCkY - nO tImE fOr LoVe...

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard