Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: PETIKAN : 'Nota Hati Seorang Lelaki' ( Pahrol Mohd Juoi )


Super Member

Status: Offline
Posts: 866
Date:
PETIKAN : 'Nota Hati Seorang Lelaki' ( Pahrol Mohd Juoi )


Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah
kisahnya...

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin
pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....

" Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat
seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik
kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri
dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak
banyak meragam.

"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada
duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar
ditembak reaksinya.

" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.

"Takkan 5 ringgit?"

Emak mengganguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh
dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa
ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan
ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang
ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang
bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati
mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung,
saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan
selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk
diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya
yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan
kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum
apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.
Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam
memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi
sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan
setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya
tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik
perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada',
tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau
disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan.
Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin
membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas
beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat
komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung.
Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada
sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi
keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun
perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya
ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin
saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap
diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit  itu tidak lagi 'dikebas' oleh
saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya
berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek
anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya
sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di
samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh
sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah
membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading.
Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun
saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada
anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.
Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami,
tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tah apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :

" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam
kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka
bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu
sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul
siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun
itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan
pulang kepada kita semula.
DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan.
Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."

Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang
diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana
buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada?
Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga?  Memberilah kepada sesiapa sahaja.
Kita sentiasa berfikir untuk memberi.
Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!
 
 

__________________

"ZeitGiest"



Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

sapa y nak baca kena pakai kanta pembesar nye...
nice story...." ibu n bapa bukan bebanan di dunia tp asset didunia n akhirat"

__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Super Member

Status: Offline
Posts: 1715
Date:

btl2 ... sokong ... kena pakai knta nieee x nampak

__________________

heyyy .. salam perkenalan untuk anda semua ...
dari saya .... smile always ..... :)



Super Member

Status: Offline
Posts: 653
Date:

aduuuuuuss....bukan saje mcm2 kanta aku pakai.....ni siap pakai mikroskop nie....susah aku nak membacanye.....x abis2 lg nie.....

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 50
Date:

huii. tak sangke berhemah juge big boss ni rupenye.. hakkhakkkhakk... anyway.. nice story.. sesungguhnye memberi seribu kali lebih baik dari menerima... time kasihle ingatkan aku yg kadang2 terlupe betapa besarnye pengorbanan mak n abah aku besaukan aku...huhuhu....

__________________

S i c k O f C r y i n g T i r e d O f T r y i n g Y e a h I m S m i l i n g B u t I n s i d e I m D y i n g



MODEST

Status: Offline
Posts: 1987
Date:

betul... aku setuju seratus dua peratus.. pemberian kepada ibu bapa akan menambahkan lagi rezeki buat kita... jgn berkira atau mengeluh... insyaallah ada la rezeki akan dtg selepas itu.... niatkan kerana Allah..... sesiapa yg pernah mengalaminya pasti akan tersenyum kerana ini adalah kenyataan...

__________________

aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah



Super Member

Status: Offline
Posts: 1715
Date:

jangan abaikan famliy udah yee?? masa sek2 tu pepandai lak minta duit pada org tua ...

bila dh berjaya ... ish2 lupe lak ... tu arr zaman skg nieee ... insya allah .. ak x ...

korang lak mcm mnee erkk :P(sibuk2 je hahahak)

__________________

heyyy .. salam perkenalan untuk anda semua ...
dari saya .... smile always ..... :)



Super Member

Status: Offline
Posts: 1209
Date:

nice one...sampai merah mata meneliti satu persatu huruf nya...(~.~)

__________________
XXXXxxxx.....(^_^)....xxxxXXXX
*~Hidup ini indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan~*


Super Member

Status: Offline
Posts: 1715
Date:

ye ke sampai merah niee?? ke nagis ... hehehe ... cover errr

__________________

heyyy .. salam perkenalan untuk anda semua ...
dari saya .... smile always ..... :)



Super Member

Status: Offline
Posts: 3114
Date:

PETIKAN : 'Nota Hati Seorang Lelaki' ( Pahrol Mohd Juoi )
Reply Quote

blankstare.gif

nak tnye bley? bigbossman nie pahrol mohd juoi ker?


...of coz not..

ibu bpa aset dunia n akhirat..


adik aku nei jaga mandi makan mak aku yg uzur. buat ari2... apa dia dpt? dia dapat keje gomen.. x pyah inrview.. trus dpt.. walau jwtn kecik.. tp berkat dia jga mak aku wei... Alhamdlullah...





__________________

make me feel it



Super Member

Status: Offline
Posts: 653
Date:

Bile dah abis bace cete ni (huh tulisang termat kocik).......bro blues teringek lah pado cete sorang ni........dek krana dah berjaya & berjawatan bosa......omak gan bapak dio pun dio x konal..........ampeh.....ado skali tu omak gan abah nya mai ke keyel......tepon ke dia soh pick-up.......mamat tu bleh jawap apo????........ni sapo ni.....I x konal sapo ni (refer pado namo bapak dio).......anyway I dah x ado omak gan bapak laie dah......huuurrmmmm....tup....tup....apo yg bro blues donga......skrg ni kat spetial bahagio.issshhh...........cian dio......tu lah maso ado asset dulu x nak di jago nyo...........nyosal x sudah

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 59
Date:

..pitching bagus..persembahan yg mnarik..biggrinbiggrinsleep.gif
~'ayah.. dan ibu...ayah dan ibu...lalalala

__________________
2x5=10 cikguu..



Super Member

Status: Offline
Posts: 1209
Date:

ayah dan ibu....lalalalala..
sob..sob..sob...(tumpang jadi penyanyi latar)

__________________
XXXXxxxx.....(^_^)....xxxxXXXX
*~Hidup ini indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan~*


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 59
Date:

hahaaha nyanyi jgn tak nyanyi... relax.gif
hdupku diselubungi suara sumbang yeahh!! ignore.gif

__________________
2x5=10 cikguu..



Super Member

Status: Offline
Posts: 1209
Date:

SUmbang kau kata clay...
kau tengok ..hujan pun turun tau kalau dengar aku nyanyi...
(kata katak kodok kepada clay)

__________________
XXXXxxxx.....(^_^)....xxxxXXXX
*~Hidup ini indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan~*


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 59
Date:

biggrin

__________________
2x5=10 cikguu..



Super Member

Status: Offline
Posts: 730
Date:

zoom jela page nie..xppayah nk sakit2 mata membaca..huhuhu

__________________

"mencari ketenangan"

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard