Bagi mereka yang berfikir, musibah yang meragut 3 nyawa dan 18 lain yang cedera itu sebenarnya AMARAN dari Allah swt. Mengapa penulis katakan itu satu AMARAN?
Apa tidaknya..cuba tuan-tuan bayangkan seawal tengahari (dari pengalaman penulis memerhati) kelmarin bukankah jumaat, ketika ramai jamaah baru pulang dari mengerjakan solat jumaat, sudah kelihatan ramai pekerja(baca-mungkin peniaga) sudah mula sibuk memacak khemah dan mengatur barang jajaan. Laju benar mereka menyudahkan solat, apakah mereka hanya hadir ke masjid sekadar mendengar khutbahnya sahaja?
Jika pun turut bersolat pasti tidak terjangkau akal untuk jadi sepantas itu. Mustahil secepat itu mereka sudah tegak berdiri ditapak bazaar? Maka disini penulis berani mengatakan adanya orang islam yang disibukkan dengan perniagaan itu TIDAK bersolat.
Baik, teruskan bersangka baik, tetapi melihat akan corak pakaian yang langsung tidak sesuai untuk bersolat jumaat,apakah kita kira mereka itu bersolat jumaat? Dengan seluar jeans yang koyak sana sini, t-shirt yang terpampang wajah2 artis, apakah ia sesuai? Yang perempuannya pulak ramai tidak memperdulikan soal aurat.
Malah dari pengalaman penulis bersama peniaga-peniaga bazaar Ramadhan, ramai yang tidak mengerjakan solat Asar dan Maghrib. Begitu juga yang tidak berpuasa. Enteng saja mereka makan dan minum disitu. Tak percaya? Ambil masa dan perhatikan.
Maka tidak hairan, musibah yang berlaku di Melaka itu, adalah satu AMARAN dari murka Allah swt. Jika ditinjau ke bazaar Ramadhan yang disediakan oleh pihak PBT, tandas boleh pulak mereka sediakan..5 - 6 buah diletakkan, tetapi tidak untuk SURAU? Mungkin tapak surau(kontena yang diubahsuai boleh digunakan apa?) itu tidak penting agaknya.
Dari apa yang penulis baca, dan hadam dari peristiwa petaka itu, wajar semua pihak merenung diri dan muhasabahkan apa yang tidak kena sebenarnya. Kembali kepada Islam, dan jadilah peniaga yang sealim Abu Bakar. Wallahuaklam. Dibawah sebahagian foto yang dipaparkan untuk renungan kita bersama.
Kepada magsa yang terbunuh, sama-sama kita sedekahkan Alfatihah, dan kepada mereka yang terselamat dengan kecederaan, masa masih ada untuk untuk merenung diri dimana silapnya..kerana bala dan murka Allah swt, itu diturunkanNya tidak berpilih-pilih, jika turun bala, semua kena..baik manusia, binatang mahupun tumbuh-tumbuhan habis kena sapu !
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
tak baik nak tuduh org tu solat ke tak solat... tak baik mbuat fitnah... musibah tu adalah dugaan mereka bg mnguji kesabaran.... bkenaan dgn urusan agama tu antara mereka dgn tuhan... kita ni.... solat tu betul2 jaga ke tak... kalu ye alhamdulillah...kalu tak.. jgn nak mmberi hukum.... psal aurat jaga atau tidak.... kdg2 org yg jaga aurat betul2 perangai lagi buruk dari org yg kurg jaga aurat... bkn aku nak nyokong org tak jaga aurat.... tp kdg2 aku tak leh terima org yg suka2 mjatuhkan hukum tanpa mana2 rujukan.... dr mata kasar saje dh pikir bnda2 negatif... allahualam... bulan pose ni cuba la bsangka baik...dan jugak bukan bulan pose pun... kalu bnda tu tak baik pun kita doakan moga ia akan menjadii baik....
sekian tazkirah di pagi jumaat....
(amirshah... lain kali kalau nak post tlg sertakan dgn mana2 rujukan atau sumber... lagi2 bab agama... takut menyimpang kepada bnda negatif pulak...dan ko pun asyik posting je... xpenah pun bg respon org komen posting ko..... jgn ingat diri kita saje betul... diri kita ni pun setiap hari perlu dibetulkan..)
__________________
aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah
betul aku sokong puan radin.... sape kita untuk tentukan org tu berdosa atau tidak... Allah menuruhkan ujian kepada hambanya yg beriman tidak kesemua mangsa di tapak bazar ramadhan tu tidak solat en Amirshah berada di tempat kejadian ke sehinggakan en Amirshah mengetahui mereka solat atau tidak
__________________
aku meminta pada yang ada aku merindu pada yang sudi
tak baik nak tuduh org tu solat ke tak solat... tak baik mbuat fitnah... musibah tu adalah dugaan mereka bg mnguji kesabaran.... bkenaan dgnurusan agama tu antara mereka dgn tuhan... kita ni.... solat tu betul2jaga ke tak... kalu ye alhamdulillah...kalu tak.. jgn nak mmberi hukum.... psal aurat jaga atau tidak.... kdg2 org yg jaga aurat betul2 perangai lagi buruk dari org yg kurg jaga aurat... bkn aku nak nyokong org tak jaga aurat.... tp kdg2 aku tak leh terima org yg suka2 mjatuhkan hukum tanpa mana2 rujukan.... dr mata kasar saje dh pikir bnda2 negatif... allahualam... bulan pose ni cuba la bsangka baik...dan jugak bukan bulan pose pun... kalu bnda tu tak baik pun kita doakan moga ia akan menjadii baik....
sekian tazkirah di pagi jumaat....
(amirshah... lain kali kalau nak post tlg sertakan dgn mana2 rujukan atausumber... lagi2 bab agama... takut menyimpang kepada bnda negatif pulak...dan ko pun asyik posting je... xpenah pun bg respon org komen posting ko..... jgn ingat diri kita saje betul... diri kita ni pun setiap hari perlu dibetulkan..)
bila aku baca encik amirshah punya thread kat atas tu.. sebenarnya aku pun nak komen macam cik puan radinaz ni... (tapi lum sampai hati coz forumner ni kawan baru aku...)... aku bersetuju dengan kata-kata cik puan kita ni teruatama ayat yang aku bold kan (hitamkan) .... uztaz yang pernah aku hadiri majlis ceramah dia ... ada berkata .. x semestinya musibah yang menimpa seseorang atau kaum atau masyarakat disebabkan satu hukuman daripada Allah SWT kecuali ada bukti kukuh ... dan siapa kita nak jatuhkan perkara itu ke atas mangsa2 bazaar ramadan bahawa itu hukuman Allah kerana mereka x solat .... solat atau tidak .. bukan kewajiban kita untuk menghukum mereka .. kalo kita nak berdakwah dan suruh mereka bersolat ... pendekatan macam brother blues buat tu (aturkan majlis dan jemput org bijak pandai dalam bidang agama dan berkarisma ...)
hanya Allah SWT yang tahu musibah itu kerana apa .. kita sebagai ahli msyaarakat yang ada ..tumpang bersedih bagi mereka dan mendoakan mereka mendapat perkara2 yang baik d masa akan datang dan bersabar dengan musibah yang menimpa ... dah la kita x menolong atau membantu mereka ... malah kita mencemuh pula di sini ... kasihan .... dalam ramai2 mangsa aku percaya ada yang sempurna solat dan amalannya ... dan mereka kena juga ... bencana Allah nak datang x kira masa, tempat dan siapa ... tapi Allah x zalim ... setiap musibah akan diganti olehNya dengan hikmah yang besar di sabaliknya ....
(contoh: rumah hamba Allah terbakar .. mula2 buruk jek.. rumah papan ... masa tu Allah timpakan musibah kebaran tersebut .. cuba lihat kemudiannya ... mereka dapat membina rumah batu dan lebih besar lagi... Allah bagi rezeki bg mereka dan kemudahan ... aku percaya sangat .. setiap kesusahan yang ditimpa kepada kita ada hikmah dan bukan percuma ... Allah akan ganti dengan yang lebih baik... perkara ini telah berlaku dalam hidup aku sendiri... Allah ganti dengan yang lebih baik... cuma aku yang tidak cukup bersyukur...)
kesimpulannya .. kita juga manusia ... mempunyai kelemahan, kekurangan dan amalan pun x sebanyak mana.. di luar sana lebih ramai lagi yang mempunyai ilmu. amalan soleh tetapi bersimpati dengan mereka yang menerima musibah ...bersyukurlah kita ...
begitu juga dengan posting yang melibatkan agama... sila bantu ... setiap kenyataan yang dikeluarkan hendaklah disertakan rujukan ... darimana petikan kata-kata itu dibuat .. oleh siapa ..... jadi ... bagi maklumat lanjut mereka boleh membaca rujukan tersebut bagi yang berminat .....
(kalu buat asigment ... cuma ayat dan karangan saja .. x ada disertakan nota kaki... x disertakan bahan rujukan .. markah mungkin kosong ...)
p/s: minta maaf lar encik amirshah ... aku besetuju juga dengan kata2 puan radinaz .. ko selalu membuat thread .. dan x pernah pula membuat respon atau posting untuk sama-sama memeriahkan lagi GC ini.. fungsi GC .. GIVE N TAKE ... maaf sangat2 .. di bulan puasa ramadan yang mulia ini .. aku mnyusun jari jika kata-kata aku di atas menyinggung ko or sesiapa..)
kadang2 kita tak tau apa itu KUASA ALLAH.... kita tak boleh persoalkan ketentuan ALLAH... kalau benar mereka tak solat ke atau buat salah yang besar, bukankah mereka yang meninggal tu mati dalam sebaik-baik kematian...
Hari jumaat di bulan romadhon...
Sepatutnya, kepada pihak2 yang menangguk di ayer keroh tu...rentikanlah...