Kisah Rasulullah S.A.W sebagai pengajaran dan tauladan
1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.
3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'
4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan' ) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.' Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.
5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.' 'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu? '
6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.
7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,
'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?' 'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'
'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'
8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.
9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.
11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.
12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.
13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?' Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'
kenapa kita kadang2 lupa akan pengorbanan Rasulullah terhadap umatnya sedangkan Baginda tidak pernah lupa akan umatnya... Baginda sanggup berlapar dari menyusahkan umatnya... segelintir manusia sekrang pula ada yg membiarkan dirinya sentiasa kenyang di bulan puasa..ishishish!!!
Alhamdulillah Syukur
__________________
Rock adalah muzik yg disukai oleh masyarakat b'jiwa m'berontak, yg m'ambil sikap 'peduli apa'. Mereka tdk suka memikirkan soal2 yg m'gelirukn mereka. Krn itu mereka sering disalah anggap sebagai golongan yg menentang kelaziman hidup bermasyarakat
Subhanallah.........Allah yang menjadikan manusia mulia ini...Allahuma Sali'alai Muhamad......
Tambah skit.....kisah/sirah ini tak selalu di war2 kan.....so, aku cete ckit lah yek...
Dari Siti Fatimah rha binti Rasullulah s.a.w:-
Ketika malaikat maut sedang mencabut nyawa Rasullulah dan sampai di paras perut Rasullulah bersabda: "Ya Jibrail betapa sakitnya maut ini......" lalu Jibrail memalingkan muka nya dari melihat muka Rasullulah.......maka Rasullulah bertanya....."Wahai sahabatku Jibrail, adakah kau jijik melihat aku?"..........lalu Jibrail menjawap......."Ya Rasulullah sapa yg sanggup melihat org se mulia kau sedang bertarung dgn maut.."
Lalu Rasullulah berdoa dgn doa yg paling besar rahmat nya kepada umatnya.........
"Ya Allah, jika beginilah sakit nya maut.........maka aku bermohon kepada Kau.........Kau timpakan lah kesemua kesakitan maut ini kepada aku...........agar umat ku tidak merasakan kesakitan maut...."
Lalu Allah memperkenankan doa Rasullulah........tapi cume 2/3 kesakitan maut ini tak kan di rasakan oleh umat Rasullulah......i.e. cume 1/3 saje kesakitan yg kita akan rasa kesakitan maut..
Moral nye, walaupun dlm begitu dalam kesakitan Rasullulah.......dan ketika nyawa Rasullulah menghampiri tamat....sempat beliau berdoa untuk umatnya..begitulah sayang nya Rasullulah kepada kita......cume soklannya sekarang........"Bagaimana pula dengan saya dan anda smuerr demostrate yang kita juga cinta dan sayang Rasullulah...???........tepuk dada tanya iman...........wallahualam
bersyukur kita di lahirkan sebagai umat Muhamad SAW ... betapa baginda menyayangi umatnya ... (terkedu kalo korang hayati riwayat dan sirah Rasullullah SAW) baginda juga menaikkan martabat wanita Islam... menyayanginya ... dan mengasihinya ... lihatlah betapa baginda melayani Saiyidatina Khadijah r.a. istri pertamanya yang tidak pernah dimadukan walaupun usianya berbeza 15 tahun daripada baginda dan dia satu2nya isteri yang sangat dikashi dan disayangi hingga menyebabkan Sayidatina A`syah sendiri agak cemburu walaupun beliau telah wafat (Rasul kerap bercerita mengenainya ... riyawat yang menyatakan demikian ...)..
dan sebagaimana bro blues nyatakan .. baginda amat mengasihi dan menjaga umatnya walau pun telah sakarat sedemikan dengan doanya untuk umatnya di kemudian hari ... dan beliau juga memberi syafaatnya di hari Kiamat kelak untuk menjamin umatnya untuk kebahagiaan di akhirat (sebab itu apabila disebut Nabi Muahamad SAW kita disunatkan berselawat jugak ke atasnya ...)
tiada nabi dan rasul yang Allah beri keisitimewaan memberi syafaat kepada umatnya kecuali Nabi Muhamad SAW...
(p/s: oleh yang demikian .. aku mengingatkan diri aku sendiri juga kaum keluarga semua agar .. jauhilah perbuatan mungkkar yang boleh menyebabkan Rasullullah tidak mengakui kita umatnya .. salah satunya ialah perbuatan songsang ... gay .. minta maaf lar banyak2 aku nyatakan di sini ... aku tidak menujukan kepada sesiapa di sini... hanya untuk memaklumkan.. Insya Allah ..kita semua di sini dan keluarga saudaramara kita terlindung dan dlindungi Allah hingga akhir hayat ...)
-- Edited by baddar on Thursday 19th of August 2010 11:34:12 PM
Subhanallah.........Allah yang menjadikan manusia mulia ini...Allahuma Sali'alai Muhamad......
Tambah skit.....kisah/sirah ini tak selalu di war2 kan.....so, aku cete ckit lah yek...
Dari Siti Fatimah rha binti Rasullulah s.a.w:-
Ketika malaikat maut sedang mencabut nyawa Rasullulah dan sampai di paras perut Rasullulah bersabda: "Ya Jibrail betapa sakitnya maut ini......" lalu Jibrail memalingkan muka nya dari melihat muka Rasullulah.......maka Rasullulah bertanya....."Wahai sahabatku Jibrail, adakah kau jijik melihat aku?"..........lalu Jibrail menjawap......."Ya Rasulullah sapa yg sanggup melihat org se mulia kau sedang bertarung dgn maut.."
Lalu Rasullulah berdoa dgn doa yg paling besar rahmat nya kepada umatnya.........
"Ya Allah, jika beginilah sakit nya maut.........maka aku bermohon kepada Kau.........Kau timpakan lah kesemua kesakitan maut ini kepada aku...........agar umat ku tidak merasakan kesakitan maut...."
Lalu Allah memperkenankan doa Rasullulah........tapi cume 2/3 kesakitan maut ini tak kan di rasakan oleh umat Rasullulah......i.e. cume 1/3 saje kesakitan yg kita akan rasa kesakitan maut..
Moral nye, walaupun dlm begitu dalam kesakitan Rasullulah.......dan ketika nyawa Rasullulah menghampiri tamat....sempat beliau berdoa untuk umatnya..begitulah sayang nya Rasullulah kepada kita......cume soklannya sekarang........"Bagaimana pula dengan saya dan anda smuerr demostrate yang kita juga cinta dan sayang Rasullulah...???........tepuk dada tanya iman...........wallahualam
aku penah dengar cite ni ustat aku cite masa sekolah...betapa sayangnya Rasullulah pada umatnya
__________________
aku meminta pada yang ada aku merindu pada yang sudi