Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kisah Rasulullah S.A.W-jika suka..baca dan jadikan teladan


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
Kisah Rasulullah S.A.W-jika suka..baca dan jadikan teladan


Kisah Rasulullah S.A.W sebagai pengajaran dan tauladan

1) Kalau ada  pakaian yang koyak, Rasulullah
menampalnya  sendiri tanpa
perlu menyuruh isterinya.  Beliau juga memerah susu
kambing untuk  keperluan
keluarga mahupun untuk  dijual.

2)  Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat
tiada makanan yang sudah siap
di masak untuk dimakan, sambil tersenyum  baginda
menyinsing lengan bajunya
untuk membantu isterinya di dapur.  Sayidatina
'Aisyah menceritakan  'Kalau
Nabi berada di rumah, beliau selalu  membantu
urusan rumahtangga.


3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat
berangkat ke masjid, dan
cepat-cepat pula kembali sesudah selesai  sembahyang.'


4) Pernah baginda  pulang pada waktu pagi.
Tentulah baginda  teramat lapar
waktu itu. Tetapi dilihatnya  tiada apa pun yang
ada untuk sarapan.  Yang
mentah pun tidak ada kerana Sayidatina  'Aisyah
belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya
Khumaira?' (Khumaira adalah
panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah  yang
bererti 'Wahai yang
kemerah-merahan' )
Aisyah menjawab dengan agak serba salah,  'Belum
ada apa-apa wahai
Rasulullah.'
Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku  puasa
saja hari
ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut  wajah baginda.


5) Sebaliknya  baginda sangat marah tatkala
melihat  seorang suami sedang
memukul isterinya.  Rasulullah menegur, 'Mengapa
engkau memukul  isterimu?'
Lantas soalan itu dijawab dengan  agak gementar,
'Isteriku sangat  keras
kepala! Sudah diberi nasihat dia  tetap degil juga, jadi
aku pukul lah  dia.'
'Aku tidak bertanyakan alasanmu,'  sahut Nabi s. a. w.
'Aku menanyakan  mengapa
engkau memukul teman tidurmu dan  ibu kepada
anak-anakmu? '


6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik  lelaki
adalah yang paling  baik,kasih
dan lemah lembut terhadap  isterinya.' Prihatin,
sabar dan  tawadhuknya
baginda dalam menjadi ketua  keluarga langsung
tidak sedikitpun  menjejaskan
kedudukannya sebagai pemimpin  umat.


7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam  solat.
Dilihat oleh para
sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun  ke
satu rukun yang lain amat
sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup  seolah-olah
sendi-sendi
pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser  antara
satu sama lain. Sayidina
Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda  itu
langsung bertanya setelah
selesai bersembahyang,


'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah  tuan
menanggung penderitaan yang
amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?'
'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan  segar.'


'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan
menggerakkan tubuh, kami
mendengar seolah-olah sendi bergeselan di  tubuh
tuan? Kami yakin engkau
sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.


Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya.  Para
sahabat amat terkejut. Perut
baginda yang kempis, kelihatan dililiti  sehelai
kain yang berisi batu
kerikil, buat untuk menahan rasa lapar  baginda.
Batu-batu kecil itulah yang  menimbulkan
bunyi-bunyi halus setiap  kali
bergeraknya tubuh baginda.


'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan  lapar
dan tidak punya makanan
kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'
Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak  para
sahabatku. Aku tahu, apa
pun akan engkau korbankan demi Rasulmu.  Tetapi
apakah akan aku jawab di
hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai  pemimpin,
menjadi beban kepada
umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini
sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku  kelak
tidak ada yang kelaparan di
dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan  di
Akhirat kelak.'


8) Baginda pernah tanpa rasa canggung  sedikitpun
makan di sebelah  seorang
tua yang dipenuhi kudis, miskin dan  kotor.


9) Hanya diam dan bersabar bila kain  rida'nya
direntap dengan kasar  oleh
seorang Arab Badwi hingga berbekas  merah di
lehernya. Dan dengan penuh  rasa
kehambaan baginda membasuh tempat yang  dikencing
si Badwi di dalam masjid
sebelum menegur dengan lembut perbuatan  itu.


10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH  swt
dan rasa kehambaan yang
sudah sebati dalam diri Rasulullah saw  menolak
sama sekali rasa ke  tuanan.


11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari  ALLAH
langsung tidak dijadikan
sebab untuknya merasa lebih dari yang lain,  ketika
di depan ramai mahupun
dalam keseorangan.


12) Pintu Syurga telah terbuka  seluas-luasnya
untuk baginda,  baginda
masih lagi berdiri di waktu-waktu  sepi malam hari,
terus-menerus  beribadah
hinggakan pernah baginda terjatuh  lantaran kakinya
sudah  bengkak-bengkak.


13) Fizikalnya sudah  tidak mampu menanggung
kemahuan jiwanya  yang
tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina  'Aisyah, 'Ya
Rasulullah, bukankah
engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau  masih
bersusah payah begini?'
Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah,  bukankah
aku ini hanyalah seorang
hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi  hamba-Nya
yang bersyukur.'


__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????


Super Member

Status: Offline
Posts: 1209
Date:

terharu sungguh...x terkata dah....
ada lagi ke hamba Allah di dunia seperti dia sekarang..?

__________________
XXXXxxxx.....(^_^)....xxxxXXXX
*~Hidup ini indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan~*


Senior Member

Status: Offline
Posts: 106
Date:

'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar
dan tidak punya makanan
kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'
Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para
sahabatku. Aku tahu, apa
pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi
apakah akan aku jawab di
hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,
menjadi beban kepada
umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini
sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak
tidak ada yang kelaparan di
dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di
Akhirat kelak.'



kenapa kita kadang2 lupa akan pengorbanan Rasulullah terhadap umatnya sedangkan Baginda tidak pernah lupa akan umatnya...
Baginda sanggup berlapar dari menyusahkan umatnya...
segelintir manusia sekrang pula ada yg membiarkan dirinya sentiasa kenyang di bulan puasa..ishishish!!!

Alhamdulillah Syukur

__________________

Rock adalah muzik yg disukai oleh masyarakat b'jiwa m'berontak, yg m'ambil sikap 'peduli apa'. Mereka tdk suka memikirkan soal2 yg m'gelirukn mereka. Krn itu mereka sering disalah anggap sebagai golongan yg menentang kelaziman hidup bermasyarakat



Super Member

Status: Offline
Posts: 653
Date:

Subhanallah.........Allah yang menjadikan manusia mulia ini...Allahuma Sali'alai Muhamad......

Tambah skit.....kisah/sirah ini tak selalu di war2 kan.....so, aku cete ckit lah yek...

Dari Siti Fatimah rha binti Rasullulah s.a.w:-

Ketika malaikat maut sedang mencabut nyawa Rasullulah dan sampai di paras perut Rasullulah bersabda: "Ya Jibrail betapa sakitnya maut ini......" lalu Jibrail memalingkan muka nya dari melihat muka Rasullulah.......maka Rasullulah bertanya....."Wahai sahabatku Jibrail, adakah kau jijik melihat aku?"..........lalu Jibrail menjawap......."Ya Rasulullah sapa yg sanggup melihat org se mulia kau sedang bertarung dgn maut.."

Lalu Rasullulah berdoa dgn doa yg paling besar rahmat nya kepada umatnya.........

"Ya Allah, jika beginilah sakit nya maut.........maka aku bermohon kepada Kau.........Kau timpakan lah kesemua kesakitan maut ini kepada aku...........agar umat ku tidak merasakan kesakitan maut...."

Lalu Allah memperkenankan doa Rasullulah........tapi cume 2/3 kesakitan maut ini tak kan di rasakan oleh umat Rasullulah......i.e. cume 1/3 saje kesakitan yg kita akan rasa kesakitan maut..

Moral nye, walaupun dlm begitu dalam kesakitan Rasullulah.......dan ketika nyawa Rasullulah menghampiri tamat....sempat beliau berdoa untuk umatnya..begitulah sayang nya Rasullulah kepada kita......cume soklannya sekarang........"Bagaimana pula dengan saya dan anda smuerr demostrate yang kita juga cinta dan sayang Rasullulah...???........tepuk dada tanya iman...........wallahualam



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 3114
Date:

bersyukur kita di lahirkan sebagai umat Muhamad SAW ...
betapa baginda menyayangi umatnya ...
(terkedu kalo korang hayati riwayat dan sirah Rasullullah SAW)
baginda juga menaikkan martabat wanita Islam... menyayanginya ...
dan mengasihinya ... lihatlah betapa baginda melayani Saiyidatina Khadijah r.a.
istri pertamanya yang tidak pernah dimadukan walaupun usianya berbeza 15 tahun
daripada baginda dan dia satu2nya isteri yang sangat dikashi dan disayangi
hingga menyebabkan Sayidatina A`syah sendiri agak cemburu walaupun
beliau telah wafat (Rasul kerap bercerita mengenainya ... riyawat yang menyatakan
demikian ...)..

dan sebagaimana bro blues nyatakan .. baginda amat mengasihi
dan menjaga umatnya walau pun telah sakarat sedemikan
dengan doanya untuk umatnya di kemudian hari ...
dan beliau juga memberi syafaatnya di hari Kiamat kelak
untuk menjamin umatnya untuk kebahagiaan di akhirat
(sebab itu apabila disebut Nabi Muahamad SAW kita disunatkan
berselawat jugak ke atasnya ...)

tiada nabi dan rasul yang Allah beri keisitimewaan memberi syafaat
kepada umatnya kecuali Nabi Muhamad SAW...

(p/s: oleh yang demikian .. aku mengingatkan diri aku sendiri
juga kaum keluarga semua agar .. jauhilah perbuatan mungkkar
yang boleh menyebabkan Rasullullah tidak mengakui kita
umatnya .. salah satunya ialah perbuatan songsang ... gay ..
minta maaf lar banyak2 aku nyatakan di sini ... aku tidak
menujukan kepada sesiapa di sini... hanya untuk memaklumkan..
Insya Allah ..kita semua di sini dan keluarga saudaramara kita
terlindung dan dlindungi Allah hingga akhir hayat ...)

-- Edited by baddar on Thursday 19th of August 2010 11:34:12 PM

__________________

make me feel it



Senior Member

Status: Offline
Posts: 243
Date:

syukur..

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

blues6906 wrote:

Subhanallah.........Allah yang menjadikan manusia mulia ini...Allahuma Sali'alai Muhamad......

Tambah skit.....kisah/sirah ini tak selalu di war2 kan.....so, aku cete ckit lah yek...

Dari Siti Fatimah rha binti Rasullulah s.a.w:-

Ketika malaikat maut sedang mencabut nyawa Rasullulah dan sampai di paras perut Rasullulah bersabda: "Ya Jibrail betapa sakitnya maut ini......" lalu Jibrail memalingkan muka nya dari melihat muka Rasullulah.......maka Rasullulah bertanya....."Wahai sahabatku Jibrail, adakah kau jijik melihat aku?"..........lalu Jibrail menjawap......."Ya Rasulullah sapa yg sanggup melihat org se mulia kau sedang bertarung dgn maut.."

Lalu Rasullulah berdoa dgn doa yg paling besar rahmat nya kepada umatnya.........

"Ya Allah, jika beginilah sakit nya maut.........maka aku bermohon kepada Kau.........Kau timpakan lah kesemua kesakitan maut ini kepada aku...........agar umat ku tidak merasakan kesakitan maut...."

Lalu Allah memperkenankan doa Rasullulah........tapi cume 2/3 kesakitan maut ini tak kan di rasakan oleh umat Rasullulah......i.e. cume 1/3 saje kesakitan yg kita akan rasa kesakitan maut..

Moral nye, walaupun dlm begitu dalam kesakitan Rasullulah.......dan ketika nyawa Rasullulah menghampiri tamat....sempat beliau berdoa untuk umatnya..begitulah sayang nya Rasullulah kepada kita......cume soklannya sekarang........"Bagaimana pula dengan saya dan anda smuerr demostrate yang kita juga cinta dan sayang Rasullulah...???........tepuk dada tanya iman...........wallahualam



aku penah dengar cite ni ustat aku cite
masa sekolah...betapa sayangnya Rasullulah pada umatnya

 



__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Super Member

Status: Offline
Posts: 555
Date:

mulia sungguh keperibadian rasul saw...nak la jadi gitu....

__________________
Jika tiada kereta kuda, naiklah kuda, jika tiada kuda, lebih baik berjalan kaki


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 27
Date:

Tiada yang sehebat Rasulullah SAW. Dan tiada ummah yang lebih baik selain ummah Rasulullah SAW.

__________________
Kita tak sentiasa berada di atas...pandanglah yang berada di bawah..
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard