Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: tazkirah jumaat (kelebihan wanita)


Super Member

Status: Offline
Posts: 555
Date:
tazkirah jumaat (kelebihan wanita)


meh kite kosi bace same-same

Kelebihan Seorang Wanita

muslim_girl.jpg

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 lelaki yang jahat. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

banyak sungguh kelebihan wanita nieh....wink


__________________
Jika tiada kereta kuda, naiklah kuda, jika tiada kuda, lebih baik berjalan kaki


Super Member

Status: Offline
Posts: 1643
Date:

hahaha nie aku nk tambah2 jer.. hee sbb aku suka artikel yg aku cilok kat muka buku nieh.. wee wee enjoy~!

kenapa wanita MELUAT dgn BIDADARI ?


Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?

Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah), sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap, oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an.

Jawapannya nanti dulu. Aku nak bincang hal yang lebih penting. Haha..

Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak luahkan perasaan tu.

Mmm..nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari syurga. Aku guna perkataan meluat sebab aku rasa inilah istilah yang paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan bidadari, aku tak nafikan.

Apa puncanya sampai jadi macam tu?


Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu.

Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain.

Aku pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah tabligh..ustaz yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada menyebut, Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup, majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang masih lemah imannya..

Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat..

Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga pantang disebut tentang bidadari di depan wanita.

Tapi..Dalam Al-Quran kan bidadari disebut tanpa berselindung? Ohohomungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham pun bila mendengar atau membaca Quran.

Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita bermusuh dengan bidadari? Tak ada cara nak mendamaikan dua golongan ni ke?

Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi.

Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia.. Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum kelat.

Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagai ketua bidadari. Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi.

Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya.

Hebat kan? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan?

Tidak juga.

Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang?

Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya.

Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya. Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.

Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi `uruban atraaba, yang apabila diterjemahkan bermaksud: sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka.

Di dalam bahasa Arab, kalimah `uruban juga bermaksud berahi berpanjangan. Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki normal macam tu).

Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan? Barulah bidadari lain tak kacau daun.

Betul?

Tapi adakah anda pasti?

Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga;

Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, Benar. Oh, sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih. ~au kama qaal

Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas.

Tak kisah, janji dia tak layan bidadari.. mungkin itu jawapan seorang wanita.

Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith yang menyatakan bahawa tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau dahaga... (au kama qaal)

Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun?

Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. Ketua! Biar kami pula ambil alih! ..mungkin itu yang mereka kata.

Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku! Mungkin ada wanita yang berfikir begini.

Izinkan saya bertanya lagi; Tak nak pergi shopping ke? ; )

Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?

Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir, Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu pasar di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.

Dan di pasar syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan bentuk.

Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh produk yang dipamerkan, niatkan Aku mahu yang ini!; maka dengan serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.

Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?

Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi mereka.

Ibarat anda dah dapat semua file/software yang anda ingini, sampai anda tak tahu nak download software/file apa lagi di internet

__________________

Will you still love me when I'm no longer young & beautiful? :)

 



Super Member

Status: Offline
Posts: 653
Date:

Alhamdullilah.......syukuran2....kedua2 artikel dlm thread ni sungguh membawa keberkatan....moga2 yg meng postkan artikel ini Allah akan sentiasa MeRahmatinya........so, apo laie.........berusaha lah utk mencapai Janji2 Allah yang baik ni........jgn dok asyik berangan ajerrr utk dpt mcm kedua2 artikel ini........usahalah kita dan ber hijrah lah kita utk mencarai KeRedhaanNya.......

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1209
Date:

erm..betol lar..best...
aku pun syok je baca...senyum sorang2 pun ade gak..
indah nya syurga tu..indah lagi dr pemandangan kat tepi pantai tu...

__________________
XXXXxxxx.....(^_^)....xxxxXXXX
*~Hidup ini indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan~*


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 27
Date:

Indahnya Syurga Allah itu tidak dpt dibayangkan. Tidak terlintas difikiran manusia...SubhanAllah..semoga kita ditempatkan di syurga Allah..

__________________
Kita tak sentiasa berada di atas...pandanglah yang berada di bawah..


Super Member

Status: Offline
Posts: 1643
Date:

haaa bez kan..? hee tu la.. aku pown senyum sorang2 biler bcer HAHAHA..
moga2 kita menjadi2 golongan2 ahli syurga.. waaa bez nyer shopping... hehehehe..
pasal husband tue aku x kesah sgt.. > chewaah x kisah kunun... heee

__________________

Will you still love me when I'm no longer young & beautiful? :)

 



Super Member

Status: Offline
Posts: 1209
Date:

mcm2 yg kite akan dapatkan...
yg paling best tu..jadi bidadari...ketua pulak tu...iksh..
title KETUA tu yg x tahan...mesti cantek xda tandingan...
tambah lagi senyum sampai ke telinga ni...
doakan kite ramai2 msuk syurga....

__________________
XXXXxxxx.....(^_^)....xxxxXXXX
*~Hidup ini indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan~*


Super Member

Status: Offline
Posts: 555
Date:

nanti ley la nak mkn epal kat saner...yam yam....dah la tu epal g mayang isyak tu....senyum je x abis2...

__________________
Jika tiada kereta kuda, naiklah kuda, jika tiada kuda, lebih baik berjalan kaki


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 67
Date:

nikmat syurga memang la indah dan sabagai manusia aku sentiasa mengharap masuk syurga yg kekal abadi syurga ni xsama dgn apa yg kita bayangkan sebab nikmatnya xsama dgn di dunia... ianya berganda2 lebih hebat dan lebih baik tapi aku terfikir mampu ke aku yg lemah dan sentiasa lalai dgn kewajipan yang di perintahkan ni boleh masuk syurga terkadang rasa aku xlayak kesana tapi aku juga takut dgn bahang neraka entah la... bila baca pasal syurga aku suka tp bila cerita pasal neraka aku takut...

tapi kalau cerita pasal kehebatan wanita aku dah banyak dengar n baca pasal itu memang hebat jd wanita seperti diatas tapi nak cari golongan mcm tu kalau dihadapkan 10 org wanita belum tentu salah sorg dari wanita tersebut boleh jd wanita yg disebutkan diatas.

__________________
A+R+A+B = Anda Rasa Anda Bagus..??
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard