Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Rahsia Sujud dalam Solat


Super Member

Status: Offline
Posts: 555
Date:
Rahsia Sujud dalam Solat


Sujud melegakan sistem pernafasan. MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia. (burut)

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

- meringankan bahagian pelvis.

- memberi dorongan supaya mudah tidur.

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

- mengurangkan kegemukan.

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke ! tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala danmigrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Tujuh kalimat
Sabda Rasulullah S.A.W Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa! smile


__________________
Jika tiada kereta kuda, naiklah kuda, jika tiada kuda, lebih baik berjalan kaki


Super Member

Status: Offline
Posts: 3114
Date:

Maha Besar Allah Yang Maha Agung ...
besarnya fadilah sujud ...
apa yang Allah perintahkan untuk manusia .. tiada yang sia-sia
kecuali untuk kebaikan manusia itu sendiri ...
sebagai manusia .. ada yang masih tidak bersyukur spenuhnya
akn nikmat Allah termasuklah aku (aku mengingatkan dri aku sendiri juga)

terima kasih bro kerana mengingatkan kita semua
tentang 7 kalimat Rasullulah SAW
mudah2an kita dapat mengamalkan pesanan Rasullulllah itu
agar kita dipandang mulia dan diampun dosa2 kita walau sebanyak buih di laut ..

tambahan:

bacaan SUBHANALLAHIL AZIMI SUBHANALLAH HI WABIHAMDIH ...setiap khamis ..
Allah SWT bagi ganjaran setiap kali bacaan
mendapat keampunan bagi dosa2 kita sebanyak buih di lautan
dan Allah hidupkan satu pohon untuk kita di syurga ... Insya Allah




-- Edited by baddar on Thursday 7th of October 2010 05:52:13 AM

__________________

make me feel it



Super Member

Status: Offline
Posts: 653
Date:

Subhanallah..........cantkkan Allah jadi Islam ni.....sampai ke sijud pun byk kelebihan.....bukan saje dari segi physical malah spiritual pun ada.......

Pernah Rasullulah (s.a.w) bertanykan kpd Saidina Ali (kwj).....

"Tahukah kamu Ali ketika mana afdhalnya, umat ku berdoa dan Allah akan mendengarnya dan akan menunaikan permintaan hambanya"

Maka Saidina Ali mengatakan "Ya Rasullulah (s.a.w), hanya Engkau (Rasullulah) dan Allah sahaja yang lebih mengetahui"

Rasullulah (s.a.w) bersabda "Ketika umat ku bersujud kehadratNya (Allah)

Kasus Tabrani, perawi Imam Muslim, petikkan Hidaytul Salihin karangan Imam Ghazali

__________________


MODEST

Status: Offline
Posts: 1987
Date:

aku sll sakit kepala bila aku tgh tak leh solat...... tp bila bleh solat je.... ilang sakit kepala aku.... elok je sujud sume sakit2 ilang.... mmg byk hikmah dari sujud ini.... dengan itu jgn tinggalkan solat kecuali dlm keadaan uzur.....

sekian pesanan dari ustazah

__________________

aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah



Super Member

Status: Offline
Posts: 2292
Date:

aku dah baca post ni dkt ofis..

ada staff sini dia emelkan..

so bila di postkan lagi..

ucapan tima kasih sgt² sebab mengingatkan kembali..

mmg byk hikmat sebenarnya..

janganlah kita tinggalkan solat dan sesungguhnya solat itu adalah wajib...

-- Edited by Fizie on Monday 3rd of January 2011 06:50:45 PM

__________________

ccpsantai.th.png

Crazy Chaos Paintballerz

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard