Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini? Murid-murid : Nampak cikgu. Guru tadika : Pen ada kan ? Murid-murid : Ada cikgu.
Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..
Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen? Murid-murid : Tak nampak cikgu. Guru tadika : Pen ada tak? Murid-murid : Tak ada cikgu. Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak? Murid-murid : Tak nampak cikgu. Guru tadika : Tuhan ada tak? Murid-murid : Tak ada cikgu.
Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan
Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu? Guru tadika : Boleh,mari ke depan. Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak? Murid-murid : Nampak. Amin : Cikgu ada kan ? Murid-murid : Ada. Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak? Murid-murid : Tak nampak. Amin : Cikgu ada otak tak? Murid-murid : Tak ada.