Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: ceriter agak panjang ( part 1 )


Senior Member

Status: Offline
Posts: 387
Date:
ceriter agak panjang ( part 1 )


Masa belajar dulu, memang heaven kalau tiba cuti semester. Dapat la aku berehat 3 minggu, menenangkan otak yg berserabut dengan macam-macam hukum, yang secara praktikalnya aku gagal untuk memahami dengan baik. Mungkin sebab aku lagi banyak main dari belajar, tak sah lagi. Biasalah hidup seorang student, tidur, makan, merayap, main bola, lepak minum, tengok wayang, bercinta, macam-macam lagi la, kalau nak sebut semua aku pun malu. Pendek kata, buat benda lain lagi banyak daripada belajar.

Macam sokmo-sokmo, cuti je aku balik ke kampung metropolitan, Kuala Rompin, nama gah ala-ala Kuala Lumpur, tapi lagi mendamaikan. Elok pulak masa tuh sanak-saudara bertandang ke rumah. Ada la nenek aku, sepupu-sepapat apa semua. Bukan main syok lagi aku nak balik, naik motor 5 jam pun apa ada hal. Jiwa aku banyak terpengaruh dengan cerita KL Menjerit masa tu. Aku pun tak tau la kenapa, biasalah jiwa muda, senang sangat hanyut tak tentu hala.

Pada satu tengahari yang pening tak berapa hening, aku sebatang kara kat rumah, tak ada orang dewasa menemani. Yang tinggal hanyalah si kanak-kanak kecik sepupu-sepapat aku yang jiwa mereka sentiasa riang, sikit pun tak nampak macam pernah ada masalah. Topik apa aje yang boleh diborakkan dengan kanak-kanak yang belum akil baligh? Ah, lantak diorang la. Perut aku mula berkeriuk minta diisi. Kunci motor pulak entah mana pergi, bodoh punya kunci, semalam-semalam tak nak pulak dia hilang. Puas aku cari sana-sini tak jumpa-jumpa. Masa tu mula la terfikir,"kan bagus kalau kunci boleh miskol macam handphone". 

Penat cari kunci motor, pikir punya pikir, aku bertekad untuk jadi chef ulung, dengan menggoreng mee. Aku pernah berguru dengan makwe aku dulu pasal selok belok cara membuat mee goreng yang sedap dan mengenyangkan. Hasil dia memang pehh, bukan orang lain aje yang tak lalu nak makan, aku sendiri pun sama. Cara penyedian dia kalau JAKIM datang cek, confirm-confirm tak dapat sijil Halal, kebersihan memang ke laut. Rupa dia jangan cakap, sekali tengok pun dah nampak tak sedap, apa lagi dua kali tengok.

Aku mengatur langkah menuruni anak tangga menuju ke dapur. Beberapa perkakas dan keperluan untuk memasak aku siapkan, nampak macam professional, silap takde kopiah putih panjang chef tu je, kalau tak Chef Wan pun bungkus. Kuali diletak atas dapur, minyak dicurah berhati-hati. Sempat aku mengelamun teringat makwe aku sekejap sementara menunggu minyak tu panas. 

Sedang enak mengelamun, kedengaran suara belum baligh ke udara," Abang Long, motor terbalik". Berderau darah rempit aku mendengar perkhabaran buruk tersebut. Lantas kaki dipaksa berlari menuju ke luar, 5 saat dah sampai. Hebat jugak aku berlari pecut rupanya. 

Nganga. Mesin rempit kesayanganku rebah, cermin pandang sisi yang lebih dikenali sebagai 'side-mirror' di kalangan orang melayu patah terkulai. "Sape yang buat ni hah?", hati aku panas tak dapat dibendung. Aku tongkatkan balik mesin rempit aku sambil memandang satu-persatu makhlus-makhluk halus yang berdiri kaku kat depan aku. Walaupun jiwa aku rempit, tapi reti jugak bersabar, reti jugak kesian tengok muka makhluk-makhluk halus yang dah macam tempe tu. "Dah, pegi masuk, kang tak pasal-pasal dapat penampar free kat sini", aku berucap dengan gaya macho sambil menunjuk ke arah muka pintu. 

Berterabur semua lari, sampai yang si paling halus antara yang halus tu lari masuk rumah pakai selipar, maksudnya tak bukak selipar la. Dia ingat ni rumah omputih ke apa? Cantek, aku jugak yang kena mop nanti. Sabar, sabar, bukan ke sabar tu separuh dari iman? Tapi lagi separuh? Mak aku memang cukup pantang orang masuk rumah tak basuh kaki, apatah lagi masuk pakai selipar. Kalau balik pasar malam tak bukak selipar apa pun, kena basuh kaki. Bapak aku balik masjid pun, kena basuh kaki. Kalau masuk rumah tak basuh kaki, memang satu rumah habis dia mop. Mak aku memang suci lagi menyucikan, itu sebab aku bangga dengan mak aku. I love u mak.

Tengah ralit aku membelek-belek mesin rempit aku, kedengaran lagi suara makhluk-makhluk halus tadi, kali ni dari dalam rumah, disusuli pula dengan sorakan dan tepukan yang tak ubah macam suasana hari sukaneka tadika. "Api, api, api. Abang Long, kuali berapi". Pehh, memang terbaik, aku lupa tutup api dapur. Sekali lagi aku berlari pecut, sangat laju, tak ubah macam Watson Nyambek. Sampai aje aku kat dapur, terbeliak biawak biji mata aku memandang kuali yang dah berlubang. Dinding dapur sampai ke siling dah hitam legam. Asap berkepul-kepul macam apa pun aku tak boleh nak bayangkan. Api marak membakar kuali. 

Aku panik. Hukum fizik, teori sains, formula matematik, asas kemahiran hidup, semua bercampur-aduk dalam kepala otak aku. Aku cuba aplikasikan dengan keadaan genting waktu tu, tapi semua tak ada kaitan. "Sia-sia jugak rupanya belajar rajin-rajin selama ni", getus hati yang semakin cuak. Aku keliru, tak tau mana satu teori aku nak pakai. Tiba-tiba, muncul mentol atas kepala aku. Keting! Aku dapat satu idea, aku pernah baca pasal benda ni kat perpustakaan sekolah dulu. Buku tu aku rasa ada kat dalam bilik, lupa nak pulang. Entah berapa ringgit aku kena denda kalau aku pulangkan selepas berbelas tahun pinjam, maka adalah lebih baik tak payah pulangkan.

Aku ambik kain batik mak aku yang tengah basah kat dalam mesin basuh, aku serkupkan kat atas kuali. Tak semena-mena, api hilang. Ajaib, sangat ajaib. Aku kagum, tapi masih tak boleh nak senyum. Aku jolok-jolok kuali tu pakai penyapu. Sah, api dah tak ada. Nafas ditarik sedalam yang boleh, cepat-cepat aku pegang telinga kuali dengan kain basah. Kali ni dah tak boleh berlari pecut, aku sekadar berlari-lari anak menuju ke belakang rumah, bimbang berlaku sebarang tragedi . Fuh! Aku rasa lega sekejap, api dah padam. Elok je lepas perasaan lega tu timbul, zaaaas! cahaya oren-merah oren-merah muncul dari kuali, sipi-sipi lagi nak kena muka aku. Api menyala balik. Sah la buku perpustakaan tu menipu, maknanya sekolah aku pun kena tipu, beli produk bacaan tak berkualiti untuk murid-murid. 

"Hensem lagikah aku?",tanya hati aku.

Bersambung.. 


-- Edited by izat_raikkonen on Saturday 16th of October 2010 01:21:01 AM

__________________

https://www.facebook.com/one.izat



Super Member

Status: Offline
Posts: 3114
Date:

hahahahha ... brovo.. bravo..... ijot rekomen ni pandai lak
memenyet keybod ni tahap pengarang novel ...
macam ni yang haku ingin nak membacer......
muahahahahahaa.... geli jugak bulu ketiak aku tatkala
menatap novel lawak ijat nih ...
(kene jeck sikit budak ni...bior dia rajen memenyet lelama cikit ...
kalo x dia tulis  takat ooooooooo er memanjang ... ngeeeeee.....)

-- Edited by baddar on Saturday 16th of October 2010 08:46:11 PM

__________________

make me feel it



Super Member

Status: Offline
Posts: 3114
Date:

hai makhluk bernama ijat rekomen ....
ko sebenarnya kopi pes dari maner ceriter nie? (bile aku bace balik ..
sah ..ko kopi pes criter ni ... seratos duplo peratos jangkaan aku betol ..)
apa2 hal pun .. aku terhibur..... lawak sungguh ...

__________________

make me feel it



Senior Member

Status: Offline
Posts: 159
Date:

mana smbungannya??????????

__________________

AkU bErSyUkUr DeNgAn ApE yG AkU AdA....



Super Member

Status: Offline
Posts: 1209
Date:

gila juga otak budak nie kalau buat karangan .....adessss!

__________________
XXXXxxxx.....(^_^)....xxxxXXXX
*~Hidup ini indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan~*
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard